25 August 2012

Pak Lah tidak yakin dengan Najib


Tun Abdullah Ahmad Badawi yang memimpin Barisan Nasional (BN) sewaktu gabungan tersebut mendapat keputusan terburuk dalam sejarah pada pilihan raya umum (PRU) 2008 memberikan amaran hari ini populariti parti pemerintah tersebut masih tidak menentu di bawah Datuk Seri Najib Razak walaupun pelbagai polisi baik diperkenalkan.
Abdullah memberitahu pemberita di rumah terbuka Hari Rayanya bahawa beliau mempunyai pengalaman sama sewaktu pentadbirannya yang tamat selepas BN yang beliau pimpin kehilangan majoriti tradisi dua pertiga di parlimen dalam PRU 2008.
Beliau memuji reformasi dan transformasi yang dilakukan Najib dan berharap pengundi akan berpuas hati dengannya akan tetapi memberikan amaran bahawa ia tidak semestinya akan diterjemah kepada undi kepada BN.
“Dengan Najib dan semua polisi yang telah beliau umumkan, ia adalah sangat baik dan kita berharap rakyat dapat menerimanya,” kata beliau yang popular dengan panggilan “Pak Lah”.
“Akan tetapi, kita tak tahu apa yang ada dalam fikiran pengundi.
“Saya dah lalui semua itu sebelum ini.”

2 comments:

  1. Jangan mimpi nak menang diKota Raja, sabab PAS telah melaksanakan tanggung jawapnya dengan tulus dan jujur sejak kemenangan dalam PRU12. Kota Raja P111 tidak akan dimenang oleh BN selama lamanya...Takbir......

    ReplyDelete
  2. reform ni asalnya dari pemimpin pakatan rakyat, tapi pemimpin umno suka ambik nama tapi perlaksanaanya jauh sekali dari yg diucap, byak benda yg dia ciplak dari PR, janji anda faham barang tiruan dari bn ni mcmana? sebeluim tu dia kutuk2 caci n fitnah dan hasad dengki kat PR.

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini