16 April 2010

Ahli Parti Progresif Penduduk / PPP Telah Menyertai Kelab Penyokong PAS



Klang April 14, Ahli PPP Taman Sentosa seramai 50 orang telah menyertai Kelab Penyokong PAS.
Borang penyertaan telah disampaikan kepada YB Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen
Kota Raja di satu majlis yang diadakan di Jalan Jln Dato Yusof Shahbudin 21, Taman Sentosa.

Ketua Kelab Penyokong PAS Peringkat Negeri dan Kawasan Kota Raja menyambut baik akan penyertaan ahli baru. YDP PAS Kawasan Kota Raja juga menyampaikan ucapan beliau dan menyambut baik akan penyertaan ahli baru.

En Magenthiran ( umur 42 ) telah keluar Parti PPP dan menyertai Kelab Penyokong PAS akibat daripada hilang kepercayaan terhadap Parti PPP yang mempunyai masalah dalaman melibatkan pimpinan PPP.

Walaupun Dasar Parti PAS yang hanya untuk orang Islam sahaja, PAS masih membuka ruang untuk menerima kaum lain dengan mewujudkan Kelab Penyokong PAS dan menjaga kebajikan mereka bersama. Dasar ini telah menarik perhatian En Magenthiran untuk menyertai Kelab Penyokong PAS.

Tuan Laksamanan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kuala Selangor berkata , terdapat ramai kaum India yang menunjukkan minat untuk menyertai Kelab Penyokong dan di kawasan Kota Raja angka ini lebih tinggi.

Kelab Penyokong PAS yang terdiri daripada 20,000 ahli di seluruh negara akan mendapat pengiktirafan Dewan Himpunan Penyokong PAS tidak lama lagi.

Selepas kaum India, kaum Cina dan kaum Iban juga menunjukkan minat untuk menyertai Kelab Penyokong PAS, tambah beliau lagi.


Terjemahan berita Akhbar NANBAN
Pn Veni, Pej. Parlimen Kota Raja

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini