04 April 2010

Jangan datang sebagai Pelancung Pilihanraya

Salam4all,
  1. Tempat berkampung dan bertugas Kota Raja telah ditetapkan iaitu di Ampang Pecah dan kita akan bertugas bersama PAS Negeri Kelantan
  2. Alamat Bilik Gerakan kita akan dimaklumkan kelak
  3. Semua petugas dari Kota Raja mesti beriltizam bahawa kita akan bertugas bermati-matian mengikut arahan JPrN dan JPrK Kota Raja untuk memastikan kemenangan calun Pakatan Rakyat.
  4. Jika anda mewakili PAS Kota Raja, INGAT jangan datang jika sekadar untuk menjadi pelancung pilihan raya kerana anda menyibuk sebenarnya dan buat jalan jammed sahaja TAPI jika anda nak jadi pelancung juga datanglah pada 17 April dan 25 April sahaja.
  5. Dah datang jangan menyorok pulak, daftar diri sebagai petugas di bilik gerakan yang akan ditentukan kelak ikut arahan bos kita.
  6. Cawangan-cawangan mulakan kutipan Infak Fisabilillah untuk PRK Hulu Selangor ni. Nanti PAS Kawasan akan tentukan tarikh penyerahan Infak tersebut. Banyak duit nak guna jadi tolong kutip dari pejuang kita yang tak dapat bertugas disana tu.
  7. Cuci VEST Kota Raja sebelum pakai untuk bertugas nanti, dulu masa kat Bagan Pinang 'Tok Batin Seksyen 28" pakai vest yang dah penuh habuk.
OK setakat ni dulu, maklumat yang lain nanti saya update

Razif  Sekretariat

1 comment:

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini