25 June 2010

Antara Kehendak Umno & Rakyat

Polisi yang dibawa oleh PM 1 Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan memang betul, tepat dan mantap. Dengan disekelilingi oleh penasihat bertaraf dunia Umno melakukan apa saja bagi mencari modal duit yang kononnya untuk diagihkan kepada Rakyat.

Jawapan kerajaan bahawa hasil cukai judi penting kerana boleh digunakan untuk rakyat bagi membiayai kos pendidikan (biasiswa kepada pelajar), perubatan dan kebajikan amat malang bagi seluruh rakyat di Malaysia negara tercinta ini terutama yang beragama Islam.

Amat malang lagi kepada sang penasihat agama UmNo yang gagal menjadi penasihat berlandas hukum Islam sebaliknya sesetengah mereka sebagaimana bos mereka menggunakan hukum akal bagi menjawab persoalan ini.

Para pendokong dan Pak Menteri UmNo nampaknya terlalu beriya-iya benar mahu judi sukan ini diteruskan bermula hari ini, esok dan selama-lamanya. Meraka tahu jika ia diteruskan hasilnya mat lumayan kerana ia tidak habis dalam sebulan Kejohanan Bolasepak Piala Dunia sebaliknya akan diterus dengan pelbagai kejohanan lagi termasuk merebut piala yang dipertanding diseluruh dunia seperti EPL, La Liga dan lain-lain.

Kehendak Rakyat, hari ini seluruh rakyat Malaysia melangkaui batasan politik menyatakan bahawa kepada PM 1 Malaysia yag tak faham-faham bahasa ni bahawa kami tak nak judi. MCA, Gerakan yang mewakili BN dan DAP yang mewakili PAR menolok secara total idea bodoh UmNo ini.

Jika UmNo masih degil kerana sememangnya mereka bersikap kehendak mereka MESTI didahulukan dan kehendak rakyat WAJIB diketepikan rakyat sudak tidak punya banyak pilihan lagi.

Jadi seluruh rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama, bangsa dan politik yang dianuti harus bangun menentang kedegilan UmNo ini. Jalanraya wajar dijadikan tempat untuk menunjukkan kebencian kita kepada aktiviti judi  tajaan UmNo ini yang nanti akan memporak perandakan institusi keluarga dan rakyat dinegara kita.

Kita turun Sabtu ni dengan memakai t-shirt bola.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini