25 August 2010

"Sindrom UmNo" dalam Pakatan

PAS Kawasan Kota Raja ingin merakamkan ucapan Syabas & Tahniah kepada PAS Kelantan yang berjaya mendaftar pemilih baru tertinggi di Semenanjung Malaysia untuk RDPT suku tahun pertama dan kedua tahun 2010.

Inilah rahsia mengapa Kerajaan PAS Kelantan dapat bertahan lebih 20 tahun hingga kini. Tiada rahsia lagi bahawa jika usaha-usaha sebegini dijalankan secara bersepadu oleh setiap peringkat pimpinan Negeri, Kawasan dan Cawangan, tidak mustahil pada RDTP suku tahun ke3 dan ke4 nanti ada negeri lain pula yang akan melepasi pencapai terbaik setakat ini oleh Kelantan.

Saya mengkagumi setiap gerak kerja yang dilakukan olah Parti PAS Kelantan. Mereka bergerak dimarkaz-markaz yang mungkin lebih daif dari sesetengan tempat yang menggunakan dewan hawa dingin untuk menggerakkan gerak kerja ini.

Saya menjangkan bahawa usaha yang dilakukan oleh PAS Kelantan bukannya kerja bermusim, tetapi mereka menjadikan kerja Pendaftaran Pemilih Baru ini setiap masa dan menjadikannya keutamaaan bagi setiap penggerak Parti dan penjawat jawatan yang dipilih atas lantikan parti.

Saya tidak tahu keseluruhannya di Selangor tapi saya melihat disatu dua tempat "Sindrom Umno" ada juga melekat kepada penggerak dan pemimpin Pakatan Rakyat yang dipilih oleh rakyat. Ada juga yang sudah merasa selesa dengan kedudukan sekarang dengan mendengar dari cerita kawan sepemalas dengan nya. Jika ini tidak segera diubati ... matlamat perjuangan pasti tidak kesampaian.

Jika anda pemimpin peringkat Negeri atau Kawasan sila check ditempat masing-masing pencapaian Negeri dan Kawasan anda berhubung apa yang dilakukan oleh PAS Kelantan bagi mempertahankan pemerintahan sehingga kini.

Dimaklumkan juga ada negeri yang beriya-iya mahukan Pilihanraya Raya tetapi persediaan entah mana. Bangunlah wahai saudara-saudari jangan lekitkan diri dengan 'budaya umno' ... wassallam.

Mohd Razif Maslan
Ketua Unit Pendaftar Pemilih
PAS  Kawasan kota Raja

KUALA LUMPUR, 25 Ogos : PAS Kelantan antara paling tinggi berjaya menarik pengundi baru di negeri itu mendaftar sebagai pemilih berbanding di negeri Pakatan Rakyat yang lain.

Dalam rekod senarai pemilih didaftar Penolong Pendaftar dari Januari hingga Jun 2010, bagi parti-parti utama di Semenanjung, PAS Kelantan merekodkan sejumlah 15,853 pendaftaran pemilih baru yang majoriti Melayu.

Berbanding di Terengganu, PAS negeri itu berjaya mendaftarkan 4,291 pengundi baru manakala di Kedah (6,583) dan di Selangor (4,516).

Jika dilihat dari sudut keberjayaan dan kesungguhan menarik pengundi baru mendaftar sebagai pemilih, maka tidak hairanlah kenapa PAS Kelantan mampu mengekalkan kuasa mereka lebih dari 20 tahun.

Menurut Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Kelantan, Datuk Abdul Fatah Harun (gambar), PAS negeri itu mempunyai strategi tersendiri dalam usaha menarik pengundi baru mendaftar.

"Daftar pemilih satu kerja yang orang yang kata kalau tak gigih tak boleh buat, kalau tak bersemangat betul tak boleh buat dan kita ada strategi sendiri yang tak boleh didedahkan," katanya.

Menurutnya lagi, kejayaan tersebut juga didorong kesungguhan setiap ahli PAS negeri itu yang bergerak mencari pemilih baru boleh dikatakan hampir setiap hari.

"Daftar pemilih ini memang kita buat dari semasa ke semasa, setiap hari.

"Semua terlibat, setiap ahli terlibat dengan daftar pemilih ini sebab kalau mak ayah dia kuat PAS sekalipun, tapi anak tak mendaftar sebagai pemilih, tak guna juga," tambahnya lagi.

Selain itu menurutnya, ianya juga sebagai bukti kesungguhan PAS Kelantan merealisasikan harapan menuju Putrajaya seperti yang disasarkan Pakatan Rakyat.

Harapan tanpa perancangan dan gerak kerja dari akr umbi katanya hanya akan menjadi angan-angan kosong.
"Kalau kita buat kerja untuk menuju Putrajaya, insya Allah ia akan berjaya.

"Tapi kalau setakat bercakap sahaja, tapi tinggalkan kerja-kerja lain, maka harapan untuk melangkah ke Putrajaya itu hanya angan-angan sahaja.

"Syarat-syarat untuk menawan Putrajaya itu semua orang sudah tahu cuma tinggal fasa gerak kerja sahaja," katanya.

PAS Kelantan di bawah pemerintahan Menteri Besar, Tuan Guru datuk Nik Abdul Aziz selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11 pada 2004 lalu, pernah memerintah negeri itu dengan lebihan hanya satu kerusi.

Bagaimanapun pada PRU ke-12 Mac 2008 lalu, tsunami politik yang melanda negara telah mengukuhkan kembali penguasaan PAS negeri itu dengan memenangi 38 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) berbanding hanya enam kerusi diperolehi Barisan Nasional.

Pada pilihan raya itu juga Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang satu kerusi Dun.

Manakala di Terengganu pula, Pengarah Pilihan Raya PAS negeri, Arifin Deraman mensasarkan jumlah 15 ribu pemilih baru akan didaftarkan.

"Dalam masa enam bulan ini kita daftar seramai 4200 lebih dan kita jangka hingga hujung tahun antara Julai hingga Disember kita jangka seramai 10 ribu. Maksudnya kita nak sampai 15 ribu dalam tempoh setahun," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan, antara masalah yang dihadapi mereka dalam enam bulan pertama ini adalah terpaksa berdepan dengan Umno negeri itu.

Ramai anak muda negeri itu jelasnya, memilih untuk mendaftar pemilih dengan Umno kerana diberi habuan berupa wang ringgit.

"Cuma saya tak nafikan satu halangan yang mungkin tak berlaku di negeri-negeri lain, yang berdaftar dengan Umno diberi duit. Sebab itu ramai anak orang PAS berdaftar dengan Umno dan itu yang menyebabkan peratus jadi rendah," jelasnya lagi.

Dalam Pada itu DAP pula mencatatkan rekod paling tinggi sehingga Jun tahun ini apabila berjaya mendaftar 20,274 pemilih baru di negeri Pulau Pinang yang dikuasai mereka.-HARAKAH DAILY

5 comments:

  1. YA...benar. Ada di antara mereka mesti dingatkan. Kadang kala budaya selesa dengan apa yang ada, boleh membuat mereka tersentak pada pilihanraya nanti. Sebelum menangis dibuang orang, lebih baik dicubit kawan sendiri..tolonglah...masa semakin dekat, gerak sepatutnya semakin laju.

    ReplyDelete
  2. patutnya ada perancangan secara berpusat..agihan mengikut kawasan dan kekuatan jentera antara parti2 pakatan..saya tengok pas buat hal masing2..dap buat hal masing2..pkr buat hal masing..tubuhkan lah satu jawatankuasa pusat di negeri dan kawalselia pendaftaran pengundi baru..pantau dan hantar laporan ke pusat...yg mana jentera parti kompenan..lemah..parti lain boleh bantu..baru lah ada keseragaman sikit.nama pun PAKATAN kan..mulalah berpakat yee!

    ReplyDelete
  3. salam anon 12.22am

    kalau diselangor khasnya KR semua tu dah dibuat dan dilaksanakan, tapi kejayaannya tidaklah mencapai target yg ditetapkn. sekurangnya ada kawasan yg telah melaksanakn kaedah ini, cuma bermusim, ini yg tak bagusnya. dinegeri lain tak pasti. anyhow macam sy kata kita tunggu RDTP suku tahun ke3 2010 dalam 15 okt nanti... jgn terkujut dah le...he he

    ReplyDelete
  4. salam sekretariat,,,

    itulah masalahnya target tak tercapai..apa lemahnya PAKATAN di Selangor dan kekuatan PAS di Kelantan,,,kena kaji tu..tup2 PRK awal tahun depan..dah rugi tu!!PAS kena all out take over kerusi melayu yg UMNO menang..buktikan di Selangor..minda org Melayu sama mantap dan bijak macam Org Melayu Kelantan!

    ReplyDelete
  5. salam anon 10.46

    ikut pengalaman yg ada sikit ni, kerja-kerja ini taklah sesusah mana, masaalahnya tidak ada yang hendak mengambil inisiatif memulakannya termasuk pemimpin tertentu.

    kalau ada 1 ... 2 org dalam satu-satu kawasan yg mengambil berat tentang perkara ini, khususnya dalam kawasan melayu sprti anon katakn tu, sy pasti benda ni pasti boleh dilaksanakan.

    cuma sedihnya bukan setakat ditempat yg kalah, malah ditempat yg menang tipis pun dan tempat itu dipegang oleh pimpinan tertinggi peringkat negeri pun gagal mencapai objektif sprti yg tetapkn.

    untuk merancakkn kembali kerja-kerja ini, YB PR yg menang jgn kendekut masa, tenaga & RM. luangkn masa/tenaga bsama-sama turun pdg dgn petugas parti, keluarkn esentif utk diagihkn kpd para petugas walau pun mereka tak minta. bantu kawasan-kawasan yg kita tidak menang mac 2008 yg lalu.

    akhirnya kerja kita tambah berat kerana bukan saja kita perlu ubah minda melayu tapi juga pemimpin melayu PR dipelbagai peringkat supaya sama mantap dan bijak macam org melayu kelantan (juga pemimpin melayu kelantan) .... meminjam kt-kt sdr.

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini