27 May 2009

Cuma tinggal 3 hari menjelang Konvensyen bersejarah

Tinggal 3 HARI lagi untuk Konvensyen bersejarah ini, semoga dipermudahkan oleh Allah SWT dalam segala urusan.Diharapkan semua wargakerja LPN yang bertungkus-lumus menjayakan akan terus mengemaskinikan segala perancangan.Buat PAS Kota Raja dan seluruh jenteranya sebagai Tuan Rumah dan bakal menjadi medan perpaduan nasional diciptakan secara rasminya.

Untuk makluman semua jentera petugas gerak gempur, unit amal dan KPP Kota Raja, saya dimaklumkan oleh Ahli Majlis MPK Tuan Hj Termizi dan Ketua bahagian Logistik dan Hiasan Tuan Majid Hassan bahawa pemasangan Bunting Konvensyen dan Bendera PAS sebanyak 300 helai yang dijadual kan pada malam ini ditangguhkan kemalam esok Khamis 28.5.2009 bermula tepat jam 8.59 minit malam, berkumpul di Pejabat PAS Kawasan Bukit Naga. Ini adalah sebagai perhormatan kepada MPK diatas berbincangan bersama Ahli Majlis.

Bayangkan 300 bunting dan Bendera PAS bakal menghijau Bandar Di Raja Klang.

Selamat bertugas kepada semua petugas dan selamat berkonvensyen kepada semua peserta. JUMPA DIBANDAR DIRAJA KLANG.

2 comments:

  1. esok hari Jumaat 29/5, pakat-pakat ambil cuti. Banyak kerja yang perlu di bereskan..... Boleh semua?

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, siapa B saya tak kenal tapi cadangan nya supaya ahli PAS dan KPP Kota Raja ambil cuti esok sangat melegakan hati saya, sekurang-kurangnya ada juga hamba Allah yang prihatin.

    Pagi hingga petang saya berada di Puast Khidmat Masyarakat Parlimen Kota Raja sbb nak bereskan 2 program berterusan .... Konvensyen KPP Nasional dan Expotani Parlimen Kota Raja pada hadi Ahad ni.

    Datang ramai-ramai tolong

    ReplyDelete

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini