10 May 2009

'Hari Ibu' dan Pengorbanan seorang 'Bapa'

Saya terjumpa seorang lelaki sedang menjaga anaknya disuatu sudut didalam sebuah dewan.Tidak perlu kata-kata, gambar ini mengesahkan pengorbanan seorang bapa pada Hari Ibu. Beliau menjaga anaknya itu ketika ibu kanak-kanak ini sedang menyambut hari ibu. Ini lah pengorbanan seorang bapa yang tidak patut dilupakan.
Oh!! rupa-rupanya si ibu sedang mengambil makanan dalam majlis Hi Tea Hari Ibu anjuran Wanita Pakatan Rakyat Kota Raja di Dewan Banquet SUK sebentar tadi.
Ku Yah Puteri berjiwa Rakyat berbaju hitam tetap anggun menawan dan menjadi perhatian sepanjang majlis.Ni tetamu mana pulak, apa hal tetamu lelaki sesat dalam majlis nie, siap bawa isteri lagi pulak tu.
Tetamu Istimewa saya Mantan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Ustazah Azizah (tengah sekali) yang datang dari Pahang bersama muslimat dari Taman Setia.

Selamat hari ibu dan terima kasih kepada semua petugas, penganjur, penyumbang derma dan hadirin hadirat yang menjayakan majlis sebentar tadi. TAHNIAH.Siapa pulak nie? ...... Ampun patik tumpang lalu.

2 comments:

  1. Gambar paling bawah tu Dato' & Datin dari Tmn Setia.

    Nanti Hari Bapa buleh buat pulak!

    ReplyDelete
  2. Brother, tak pernah I tengok u pakai begitu formal-lah....!

    ReplyDelete

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini