Kuliah Haraki anjuran DPPKR & Kawasan yang disampaikan oleh Ustaz Idris Ahmad (UIA) telah mendapat sambutan seramai 50 orang peserta juga turut dihadiri oleh pimpinan kawasan YDP, TYDP, Ketua Urusan Ulama’ dan pimpinan cawangan.
Kuliah yang bermula 9.30 malam dan berakhir sekitar jam 10.45 malam mendapat sambutan yang hebat walaupun hujan disebelah malam. Antara penekanan yang diberikan oleh UIA adalah usrah diperingkat cawangan perlu dihidupkan dan dipantau bagi memastikan kekuatan parti terus diperkasakan. Khususnya selepas kemenangan PR di beberapa negeri.
Antara kata-kata yang sering diulang-ulang oleh UIA ialah ”Kalah juga tarbiyah, kemenangan juga tarbiyah”. Kemenangan PAS bukan disebabkan oleh individu tetapi komitmen yang jitu oleh jentera PAS tersebut. Selepas kemenangan jentera perlu didekati kerana mereka inilah tulang belakang parti. Tarbiyah selepas kemenangan perlu diperkuatkan kerana hadiah kemenangan ini merupakan ujian yang besar. Kadang kala manusia tewas dengan hadiah yang tak seberapa sehingga lupa terhadap tanggungjawab kepada jemaah. Kemenangan ini ada ajalnya seperti juga manusia.
Kesempatan yang ada ini perlu direbut khususnya memberi penerangan kepada masyarakat betapa hebatnya Islam. Program ziarah, usrah, dakwah ammah, khutbah dan edaran risalah perlu diperhebatkan kerana inilah kaedah yang terbaik bagi memastikan kefahaman Islam terus sampai keperingkat akar umbi.
KP DPPKR Sdr Zainal Said juga mengambil kesempatan mengingatkan ahli supaya tidak ketinggalan menghadirkan diri pada kuliah Haraki seterusnya pada 14 Jun 2009 (Ahad) di tempat dan masa yang sama. KP juga mengalu-alukan kepada dermawan yang ingin menyumbang pada tabung ”Kuliah Haraki” bolehlah membuat sumbangan dengan menghubungi SU Sdr Zubair (012-4649518) atau Bendahari Sdr Mail (012-3782624).
No comments:
Post a Comment