Malam semalam bertempat di Dewan Mesyuarat Utama KR, Dragon Hill telah berlangsung mesyuarat kali pertama Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Kota Raja. Mesyuarat kali pertama serta perlantikkan AJK Kerja bagi sessi 2009 ~ 2011 telah dihadiri oleh semua AJK yang dilantik kecuali tuan setiausaha yang sakit tulang belakang akibat kerja keras kerana tempat kerja beliau National Panasonic akan menutup operasinya. Tempat beliau diambil alih oleh Penolong Setiausaha Tn Syed A. Malek.
Mesyuarat juga menyusun dan menyediakan Takwim Tahun 2009 dengan menyediakan beberapa program yang melibatkan keseluruhan pengundi dan penduduk KR. Diantaranya Program Motivasi dan Pendidikan untuk pelajar, Karnival Sukan Rakyat Kota Raja, Sambutan Bulan Kemerdekaan, Konvoi Rakyat, dan pelbagai lagi.
Mesyuarat juga membincangkan secara panjang lebar persiapan Himpunan dan Konvensyen Kelab Penyokong PAS Kebangsaan 2009 yang akan diadakan pada 30hb. Mei 2009 nanti bertempat di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Kelang jam 8.00 pagi yang diresmikan oleh YAB Tuan Guru Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan merangkap Mursidur Am Parti Islam Se Malaysia (PAS) dimana Kota Raja telah dipilih sebagai tuan rumah yang bakal menghimpunkan kira-kira 500 orang peserta.
Selain melantik AJK baru sebagai tambahan untuk memperkuatkan LPN KR, Jawatankuasa juga bersetuju supaya agihan kerja dibahagi-bahagikan kepada beberapa Portfolio, antaranya Kebajikan, Rangsangan Ekonomi dan Pasarana, Teknologi dan Pendidikan, Penubuhan Cawangan KPP, Mendaftar Pemilih Baru dan portfolio Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan.
No comments:
Post a Comment