08 May 2009

Penubuhan KPP Cawangan Batu Ampat, Kota Raja

\
Semalam saya dijemput merasmikan Penubuhan Cawangan Penaja Kelab Penyokong PAS Ladang Batu Ampat oleh En Letchumanan. Agak memeranjatkan kehadiran saya tanpa diduga disambut secara agak luar biasa oleh penduduk setempat.

Disamping saya turut hadir didalam majlis tersebut ialah NYDP PAS Kawasan Kota Raja merangkap Ahli Majlis MPK Tn Hj Termizi Ismail, En Segaran Ahli Majlis MPK, En Faizal Maslan, Tn Hj Hamid, En Majid Hassan (AJK PAS Kawasan) dan yang terakhir sekali YDP Kota Raja Cikgu Jaafar Shamsuddin dan En Kamaruddin (AJK PAS Kawasan).

Pada Majlis tersebut saya sempat menyampaikan salam dari YB Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja dan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua ahli kelab yang telah berusaha bersungguh pada PRU yang lalu sehingga YB mendapat kemengan luar biasa mengalahkan calun BN pada ketika itu. Saya juga menerangkan bahawa sekali pun YB Dr Mariah menjadi ahli Parlimen Malaysia tetapi semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dinafikan hak mereka untuk mendapat peruntukan dari kerajaan Persekutuan bagi membantu rakyat jelata.

Walau bagaimana pun YB bersama Adun Sri Andalas yang juga merupakan Exco kerajaan negeri Selangor akan cuba membantu jika ada keperluan untuk berbuat demikian.
Sementara itu dalam ucapan Tn Hj Termizi pula, beliau menerangkan secara panjang lebar fungsi kerajaan tempatan (MPK). Penduduk amat berpuas hati diatas penjelasan beliau. Seterus Ketua Penerangan KPP Ladang Batu Ampat En Rajen meminta seorang AJK KPP dilantik sebagai JKP dan permintaan itu terus diterima oleh Ahli Majlis.

YDP yang tiba kira-kira jam 10 malam sempat memberikan ucapan seterusnya menerima borang keahlian dari Ketua Cawangan Penaja KPP Ladang Batu Ampat En Ragu. Saya pulang awal untuk membantu persiapan Karnival Mesra Perpaduan Rakyat Taman Setia DUN Sri Muda di Taman Setia setelah menjamah jamuan yang disediakan.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini