11 May 2009

Dewan Muslimat mahu Ulama & Profesional

Dewan Muslimat Pas negeri mahu gabungan ulama dan profesional diteruskan bagi memastikan kepimpinan parti itu terus utuh serta mantap.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd. Yusof berkata, ilmu golongan ulama dan kepakaran profesional amat diperlukan bagi menghadapi cabaran politik negara pada masa depan. Katanya, selain dua elemen tersebut, keadilan pemerintah, amanah para pedagang dan amal golongan ahli ibadat juga amat perlu sebagai paksi penting memastikan kesempurnaan pentadbiran Islam.

“Lima elemen yang saya perkatakan tadi mestilah terus dipastikan wujud dalam parti. Kita saling memerlukan semua itu dan bukan memilih salah satu daripadanya.

“Kita memerlukan ulama yang akan mengajarkan ilmunya, pemerintah yang adil yang akan melaksanakan kuasa, usahawan yang amanah dalam menjana ekonomi, para profesional yang memberi khidmat nasihat berguna dan kualiti keikhlasan ahli-ahli ibadat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas negeri Kali ke-36 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini semalam.

Muktamar tersebut dirasmikan oleh Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Mohamed Daud Iraqi dan turut hadir isteri Menteri Besar, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Siti Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang turut mengingatkan kepada pemimpin dan ahli Pas supaya menghindarkan diri daripada terjebak dengan penyakit yang dihidapi oleh parti lain.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini