31 May 2009

Candid ~ sekitar Expotani Parlimen Kota Kaja

Sibuk memang sibuk, selesai sahaja Konvensyen Kelab Penyokong PAS Nasional 2009 kami bergegas membuat persiapan di Perkarangan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kota Raja untuk Expotani pula. Alhamdulillah atas sifat kerjasama berpasukan yang diamalkan kami berjaya juga walau pun ada kesilapan kecil yang membuat YB melenting ..... biasa lah tu ... beliau hendakkan yang terbaik ... jangan pula kecut perut.
Dr Mariah menanam pokok limau kasturi, detik bermulanya menjadikan Kota Raja sebagai Kota Limau Kasturi.

Ketua DPP Kota Raja Sdr Zainal dan Sdr Shamsul membuka kaunter SPR


Pengarah program dan pengacara majlis

Tok Ketua Teluk Menegun dan orang kuat Kandis Permai
Baju merah tu bakal jadi ushawan limau kasturi Kota Raja, beliau lulusan UTM yang bakal menjadikan tanaman limau kasturi sebagai kerjaya sepenuh masanya nanti

Dirakamkan peristiwa petugas disepanjang majlis. Berita penuh 'klik blog drsitimariah'

Sekitar catatan sejarah di Kota Raja







27 May 2009

Cuma tinggal 3 hari menjelang Konvensyen bersejarah

Tinggal 3 HARI lagi untuk Konvensyen bersejarah ini, semoga dipermudahkan oleh Allah SWT dalam segala urusan.Diharapkan semua wargakerja LPN yang bertungkus-lumus menjayakan akan terus mengemaskinikan segala perancangan.Buat PAS Kota Raja dan seluruh jenteranya sebagai Tuan Rumah dan bakal menjadi medan perpaduan nasional diciptakan secara rasminya.

Untuk makluman semua jentera petugas gerak gempur, unit amal dan KPP Kota Raja, saya dimaklumkan oleh Ahli Majlis MPK Tuan Hj Termizi dan Ketua bahagian Logistik dan Hiasan Tuan Majid Hassan bahawa pemasangan Bunting Konvensyen dan Bendera PAS sebanyak 300 helai yang dijadual kan pada malam ini ditangguhkan kemalam esok Khamis 28.5.2009 bermula tepat jam 8.59 minit malam, berkumpul di Pejabat PAS Kawasan Bukit Naga. Ini adalah sebagai perhormatan kepada MPK diatas berbincangan bersama Ahli Majlis.

Bayangkan 300 bunting dan Bendera PAS bakal menghijau Bandar Di Raja Klang.

Selamat bertugas kepada semua petugas dan selamat berkonvensyen kepada semua peserta. JUMPA DIBANDAR DIRAJA KLANG.

25 May 2009

Jom Puasa

Reaksi mufti yang dihubungi Utusan Malaysia bagi mengulas tentang hukum penglibatan umat Islam dalam mogok lapar selama tiga hari anjuran pakatan pembangkang di Perak bermula Selasa ini.

Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya menegaskan, umat Islam diharamkan sama sekali melakukan mogok lapar kerana perbuatan itu menyerupai amalan dalam agama Buddha dan Hindu.

Datuk, kita orang Islam puasa Sunat, niat masing-masing .... OK ke? Jadi kalau ada orang Islam yang puasa jangan pula memandai-mandai mempertikaikan tindakan mereka pulak sebab Datuk tak tau niat mereka. Penting kita bersangka baik.

Wallahuaklam.

24 May 2009

Husam: DUN Perak Dijangka Bubar Minggu Depan

Dewan Undangan Negeri Perak diramalkan dibubar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional yang dijangka berlangsung pada hari Isnin atau Selasa depan.
Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa analisis beliau mengenai keputusan yang diramal memihak kepada Dr Zambry Abd Kadir telah menjadi kenyataan dan langkah seterusnya seperti beliau nyatakan sebelum ini ialah pembubarn DUN Perak."Posting saya tiga hari lalu telah 'meramalkan' Mahkamah Rayuan akan memihak kepada Zambry dan ia menjadi kenyataan hari ini."Ia sebenarnya bukan ramalan tetapi maklumat. Maklumat selanjutnya ialah pembubaran DUN Perak dalam masa terdekat, selepas Mesyuarat Majlis BN sekali lagi Isnin atau Selasa ini.

Read more: http://mt.m2day.org/2008/content/view/22308/84/

Marilah kita berdoa semoga ramalan Datuk Husam Musa ini akan menjadi kenyataan InsyaAllah. Moga-moga BN sedar apa yang mereka lakukan selamai telah menjadi duri dalam daging yang merosakkan imej pakatan mereka. Memang buruk sungguh imej mereka kerana gagal menangani isu Perak dengan baik. Rakan-rakan pejabat non muslim saya mengatakan bahawa BN sebenarnya meneruskan episod penolakan berterusan rakyat terhadap kepimpinan mereka. Mereka pasti dihukum pada PRU 13 akan datang. InsyaAllah..Takbir 3x.

Suburkan demokrasi : biarkan BN bertanding

Saya setuju dengan TGNA biarkan BN bertanding di DUN Manek Urai, itukan hak dia, suburkan demokrasi, jangan halang atau mengeluarkan kata-kata yang seolah-olah:-

1. Tak payahlah bertanding kerana kalau kalah lebih memalukan, atau
2. Menang kalah tidak akan mengubah kerajaan Negeri Kelantan.

Ia betul cakap tu, tapi pada pandangan saya, selalu saya ingat diri ini supaya tidak takbur, apa-apa pun boleh berlaku, jadi beringat-ingatlah dan berwaspada selalu. BN boleh buat apa saja bila kita leka, Perak Darul Ridzuan menjadi bukti bahawa meraka sanggup melakukan apa saja bagi mencapai matlamat samada kita setuju atau tidak setuju. Mereka sanggup membuatkan seluruh rakyat menderita asalkan mereka berbahagia dan bergembira. Oleh yang demikian seluruh penyokong dan mendokong PR harus berhati-hati dalam soal ini dan selalu berwaspada supaya tidak menonjolkan imej kita yang kurang baik dimata rakyat.

Biarkan mereka bertanding sebagai mana kita bertanding dalam semua pilihanraya yang lalu dan biarkan rakyat menjadi hakim. Kita gunakan setiap saat dalam setiap pilihanraya sebagai peluang bertemua rakyat dari seluruh negara bagi menerangkan polisi yang kita akan jalankan bila kita berpeluang menjadi pemerintah negara nanti. Selain itu kelemahan-kelemahan Umno/BN mesti ditelanjangkan kepada umum ..... ini medan terbaik kita.

21 May 2009

Mesyuarat persiapan terakhir Konvensyen KPP & Expotani Parlimen Kota Raja

Sila maklum bahawa mesyuarat persiapan terakhir untuk 2 program diatas akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut :

Tarikh : Jumaat 22hb Mei 2009
Masa : Tepat 8.30 mlm
Tempat : Bilik Mesyuarat, Tingkat 1, Dewan Dato' Fadhil Nor, Pejabat PAS Kawasan Bukit Naga.

Semua AJK LPN, AJK Kecil Perlaksanaan, Dewan Pemuda PAS dijemput hadir.

Menurut YB Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja, turut dijempt dan hadir dalam mesyuarat ini ialah Squad Wanita PR Kota Raja yang menjadi peneraju utama dalam expotani nanti.

Jangan lepaskan peluang untuk berbakti kepada perjuangan kita.

Sekian : Ahmad Nizam Abd Malek, Setiausaha LPN Kota Raja.

Air Mata Mengiringi Penobatan Tokoh Guru PASTI 2009

Puan Faridah Dawam dari Perak telah dinobatkan sebagai Tokoh Guru PASTI Peringkat Kebangsaan 2009 di Hotel Emas, Tawau Sabah pada 16 Mei 2009 di majlis Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia. Para hadirin tidak dapat menahan rasa sebak turut mengalirkan air mata apabila pengerusi majlis membacakan biodata Tokoh Guru PASTI ini yang menjalani liku-liku hidupnya bersama PASTI.

Puan Faridah Dawam dilahirkan pada 2 Mei 1968 di Kg Gajah, Perak. Terlibat dengan PASTI dari tahun 1988 selepas tamat peperiksaan STPM. Mengajar pada mulanya suka-suka akhirnya membuatkan beliau tertarik dengan PASTI walaupun imbuhan untuk mendidik anak-anak PASTI tidak seperti tawaran yang pernah beliau dapat, namun hatinya sudah terpaut dengan PASTI. Beliau juga terlibat dengan PAS seiring dengan penglibatan beliau di dalam PASTI pada 1987. Beliau menjadi AJK penaja penubuhan Dewan Muslimat PAS Kg Gajah. Pada umur 22 tahun beliau telah diberi amanah sebagai ketua Dewan Muslimat PAS kawasan Kampung Gajah.

Beliau telah bertemu jodoh dengan Mohd Hasyim bin Yahya dan telah dikurniakan 7 orang cahaya mata namun pada tanggal 26 Julai 2006 telah berlaku satu kemalangan maut semasa dalam perjalanan menziarahi anaknya di Ma'ahad Al-Islah Sungai Lampam (Jalan kampung Gajah - Teluk Intan) yang melibatkan beliau sekeluarga. Suaminya telah meninggal dunia di dalam kejadian itu. Beliau dan 2 orang anaknya cedera parah dan dimasukkan ke wad ICU Ipoh. Berita kematian suami tercinta hanya diketahui setelah 5 hari kejadian berlaku.

Dengan tabah beliau meneruskan kehidupan sebagai ketua keluarga dengan pendapat dari imbuhan guru PASTI sebanyak RM300 sahaja serta sumbangan dari orang ramai. Hasil tarbiyyah yang diterima beliau cekal meneruskan kehidupan membesar dan mendidik anak-anaknya walaupun keseorangan sebagai ketua keluarga, beliau tidak pernah memberi alasan untuk tidak terlibat dengan apa saja program anjuran PASTI atau parti.

Puan Faridah Dawam seorang yang sentiasa berfikir untuk memajukan PASTI dan parti. Bersama iltizam dan sokongan dari teman-teman seperjuangan beliau bertekad meneruskan perjuangan memastikan anak-anaknya, murid-murid PASTI dan masyarakat keseluruhannya memahami Islam dan seterusnya syariat Islam tertegak di bumi Malaysia yang tercinta ini. Kini beliau diamanahkan sebagai Ketua Majlis Guru PASTI Kawasan Pasir Salak dan Timbalan Ketua Majlis Guru PASTI Negeri Perak.

Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia yang diadakan di Tawau kali ini telah dihadiri lebih 600 orang delegasi dari Semenanjung Malaysia. PASTI Kota Raja menghantar seorang guru Pn Noraini bt Abdul Rahman daripada PASTI At-Taqwa Jalan Kebun.

Ketua Pemuda PAS Pusat, YB Hj Salahuddin Ayub sedang menyampaikan anugerah Tokoh Guru PASTI kepada Puan Faridah Dawam dan diperhatikan oleh Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Cikgu Azrin Abdul Majid

http://pastidppkotaraja.blogspot.com

18 May 2009

Penubuhan KPP Caw. Menara Maju

Semalam saya bersama Tn Hj Termizi NYDP PAS Kawasan Kota merangkap Ahli Majlis MPK, Sdr Syed Abd Malek (Pen. s/u PAS Kawasan Kota Raja) serta Sdr Jalil (AJK LPN) dijemput sekali lagi oleh Sdr Letchumanan (empat dari kanan) untuk menghadiri Majlis Perasmian Cawangan Kelab Penyokong PAS Menara Maju. Ini adalah cawangan kedua selepas Cawangan Ladang Batu Ampat dalam bulan ini. Dalam keadaan hujan renyai kehadiran hampir 80 orang ahli Kelab yang terdiri dari kaum India amat membanggakan sekali. Lebih membanggakan ialah bila kami dapat melihat ahli Kelab yang sudah berusia emas turut hadir pada malam tersebut. Hadir sama ialah YDP Kota Raja. Sdr Somu (4 dari kiri ialah Ketua Cawangan KPP Menara Maju)NYDP yang dijemput berucap telah menyampaikan pidatonya yang menyentuh tentang rasuah dan pembaziran wang semasa zaman pemerintahan zalim BN menyebabkan rakyat menderita dengan kenaikan harga barang-barang keperluan pada ketika ini. Beliau memberi contoh bahawa lebih 40 bilion diperolehi oleh kerajaan dari Petronas tetapi duit tersebut tidak digunakan untuk membantu rakyat. Beliau memberi tahu bahawa pengerusi syabas memperolehi gaji sebanyak RM14.000 sehari dan jika wang sebanyak itu dikembalikan kepada rakyat sudah tentu rakyat akan menikmati kemudahan air lagi pada masa akan datang.

Pada majlis tersebut saya mengambil peluang mengucapkan syabas, tahniah dan terima kasih kepada semua penduduk yang telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan secara resmi Cawngan KPP Menara Maju. Dengan penubuhan secara resmi dan sistematik ini ianya akan memudahkan LPN Kota, Negeri dan Pusat untuk mengemaskini keahlian anggota KPP secara lebih sistematik.

Disamping itu saya juga memberitahu bahawa YB Dr Siti Mariah Mahmud Ahli Parlimen Kota Raja adalah seorang wakil rakyat yang sangat mengambil berat setiap masaalah rakyat dalam Parlimen Kota Raja. Sehinggakan walau pun dinafikan haknya sebagai Ahli Parlimen pilihan rakyat dimana beliau tidak menerima sebarang peruntukan dari kerajaan persekutuan tetapi beliau sedaya upaya berusaha untuk menyelesaikan setiap permasaalahan rakyat dengan menggunakan semaksimumnya seluruh sumber yang ada dimana beliau telah mengorban kan keseluruhan gaji dan elaun sebagai MP untuk membantu rakyat di Kota Raja.

Menurut Hj Termizi, YB Dr Mariah bolehlah dijadikan Roll Model seorang yang amat gigih bekerja tanpa mengenal penat lelah dalam membantu rakyat khususnya di Kota Raja. Kami sendiri tidak mampu mengikut cara beliau bekerja.

Tahniah BN

Tahniah dan terima kasih kepada DS Najib dan BN kerana 'Confirmed! BN not contesting Penanti' (Malaysiakini). Berita ini benar-benar melegakan dan bagus sangatlah DS Najib tidak mendengar nasihat Che Det yang mahu BN bertanding. Che Det ni bukan boleh pakai sangat ideanya.

Puak-puak yang nak nak bertanding BEBAS tu tak payahlah bertanding, buat menyemak dewan aje, macam hak Pasir Mas tu. Lagi pun tak ade yang selamat wang pertaruhan bila bertanding nanti, kalau orang Islam sedekah kat masjid dan fakir miskin & anak yatim lagi bagus.

Seluruh penyokong PR yg Islam jangan pulak jadi sombong dan takbur lepas ni (hentikan cakap-cakap kedai kopi), lagi afdal - buat sujud syukur, ini semua dengan izin Allah belaka.

Banyak lagi kerja yang hendak dibuat, antaranya Parlimen Kota Raja akan mengadakan Program Expotani Parlimen Kota Raja pada 31.5.2009 nanti, jemput semua hadir.

Tarbiyyah untuk yang kalah & menang

Kuliah Haraki anjuran DPPKR & Kawasan yang disampaikan oleh Ustaz Idris Ahmad (UIA) telah mendapat sambutan seramai 50 orang peserta juga turut dihadiri oleh pimpinan kawasan YDP, TYDP, Ketua Urusan Ulama’ dan pimpinan cawangan.

Kuliah yang bermula 9.30 malam dan berakhir sekitar jam 10.45 malam mendapat sambutan yang hebat walaupun hujan disebelah malam. Antara penekanan yang diberikan oleh UIA adalah usrah diperingkat cawangan perlu dihidupkan dan dipantau bagi memastikan kekuatan parti terus diperkasakan. Khususnya selepas kemenangan PR di beberapa negeri.

Antara kata-kata yang sering diulang-ulang oleh UIA ialah ”Kalah juga tarbiyah, kemenangan juga tarbiyah”. Kemenangan PAS bukan disebabkan oleh individu tetapi komitmen yang jitu oleh jentera PAS tersebut. Selepas kemenangan jentera perlu didekati kerana mereka inilah tulang belakang parti. Tarbiyah selepas kemenangan perlu diperkuatkan kerana hadiah kemenangan ini merupakan ujian yang besar. Kadang kala manusia tewas dengan hadiah yang tak seberapa sehingga lupa terhadap tanggungjawab kepada jemaah. Kemenangan ini ada ajalnya seperti juga manusia.

Kesempatan yang ada ini perlu direbut khususnya memberi penerangan kepada masyarakat betapa hebatnya Islam. Program ziarah, usrah, dakwah ammah, khutbah dan edaran risalah perlu diperhebatkan kerana inilah kaedah yang terbaik bagi memastikan kefahaman Islam terus sampai keperingkat akar umbi.

KP DPPKR Sdr Zainal Said juga mengambil kesempatan mengingatkan ahli supaya tidak ketinggalan menghadirkan diri pada kuliah Haraki seterusnya pada 14 Jun 2009 (Ahad) di tempat dan masa yang sama. KP juga mengalu-alukan kepada dermawan yang ingin menyumbang pada tabung ”Kuliah Haraki” bolehlah membuat sumbangan dengan menghubungi SU Sdr Zubair (012-4649518) atau Bendahari Sdr Mail (012-3782624).

17 May 2009

Kuliah Ust Idris Ahmad

Kuliah Hiraki PAS Kawasan Kota Raja oleh AF Ustaz Idris Ahmad akan diadakan di Pusat Konvensyen Dewan Dato Fadhil Nor, Bangunan PAS Kawasan Kota Raja, Bukit Naga, Klang pada malam ini 8.30 mlm malam. Semua orang dijemput hadir dan jadilah orang Islam yang datang majlis menepati masa. Menurut Sdr Imran Satiman, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kota Raja, program ini akan dijadikan program bulanan untuk memantapkan lagi perjuangan orang-orang PAS.

SEMUA RAKYAT MALAYSIA DIJEMPUT HADIR

Sementara itu pada ja 8mlm ini semua AJK Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Kota Raja dikehendaki hadir ke Majlis Perasmian Penubuhan Kelab Penyokong PAS (Penaja) di Menara Maju Jalan Kampung Jawa Klang.

Snap shot sepanjang Karnival Mesra Perpaduan Rakyat

Hapiz Hamidun menyampai lagu-lagunya di sepanjang konsert kesenian Islam Karnival Mesra Perpaduan Rakyat DUN Sri Muda.
Artis undangan MEL, bekas penyanyi kumpulan rock WINGS kini menyampai lagu berkonsepkan ke Tuhanan.
Penonton Konsert kesenian Islam
Lucky draw, cabutan dilakukan oleh YDP Kota Raja Cikgu Jaafar
Deretan gerai manakanan dan minuman utk pengunjung
PS - 2, ramai peminatnya
Sukanikan, bola sepak, bola jaring dan bola tampar dikendalikan bersama dengan Bandar Putera dan Bandar Puteri.
Acara menunggang kuda
Pertandingan melukis
DJ Azwan dan barisan Urusetia sibuk mengendalikan karnival hari pertama
Belasah yob jangan sampai patah pinggang dahlah
Acara pertama tepat jam 8.00pg. Senamrobic
Spot Check, alamak, jam 1.30 pagi YB Shuhaimi datang untuk mtg dengan AJK
Check dan kira lagi arahan Pengarah program... jumlah hadiah + hamper, lebih RM 3000 disediakan untuk hamper-hamper ini
Petugas hiasan stage bersama Pengarah Program En Adam dan Ahli Majlis MPK En Azmizam jam 11.30mlm
Orang penting Karnival, Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Setia Cikgu Pie, Setiausaha Azli. dan Ketua Urusetia Arzahari sedang buat persipan

15 May 2009

Jemputan untuk Rakyat Malaysia


ke KARNIVAL MESRA PERPADUAN RAKYAT DUN SRI MUDA

pada

17 Mei 2009 (Ahad.9.00 pagi)

Majlis Perasmian oleh
YAB. TAN SRI DATO’ ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
Menteri Besar Selangor

bertempat di Taman Setia, Jalan Johan Setia, Klang Selangor Darul Ehsan.
Semoga kehadiran Yang Berhormat/Dato’/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari
akan memeriahkan lagi majlis ini.
Terima Kasih

Aturcara Program :

16 Mei 2009 Sabtu 8.00 pagi – 12.00 malam
Senamrobik, Sukaneka, Jualan Gerai, Menunggang Kuda, Cabutan Bertuah, Pameran,
Malam Kesenian, Nasyid Hafiz Hamidun dan Mel (ex-Wings)

17 Mei 2009 Ahad 8.00 pagi – 6.00 petang
Perasmian oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor,

Persembahan Silat, kebudayaan Cina dan India, Sukan Rakyat, Autoshow

CERAMAH PERDANA

Sila hadir beramai-ramai.

Hakim Mahkamah Rayuan Kes MB Perak Adalah Lantikan Linggam..correct!correct!correct

Patutlah tak sampai beberapa jam dah boleh bagi "stay of execution"
By Malaysia Waves

Itu pun dia bagi penghakiman yang begitu tidak jelas sehingga sekarang ini hakikat sebenarnya MB Haram, Zambery sedang melakukan tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan oleh MB sah yakni Nizar.

Ramly Mohd Ali ini yang dinamakan oleh VK Linggam dalam perbualan yang direkodkan oleh MP Kelana Jaya tempohari.

Mengikut perbualan itu, VK Linggam telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim. Mereka adalah Datuk Heliliah Mohd Yusof, Datuk Ramly Ali dan Dato Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 February 2002.

Untuk maklumat lanjut boleh baca di sini:
Juga, mengikut Jeff Ooi, Hakim Ramly ini baru menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 15 April 2009, yakni 27 hari sebelum Zambery merayu kes itu di mahkamah.

Sepatutnya hakim-hakim yang dinamakan oleh Linggam ini disiasat atau diberhentikan kontrak mereka, bukannya dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan. Dan tidak sepatutnya mereka mendengar kes yang begitu serius dan besar seperti ini.

Read more at: http://www.malaysiawaves.com/2009/05/hakim-mahkamah-rayuan-kes-mb-perak.html

14 May 2009

Najib kata, bubar DUN .... BN tak takut hadapi pilihanraya

Sebentar tadi dalam berita TV3, Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia memberitahu bahawa untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak pada ketika ini, diantara kaedah terbaik adalah dengan membubarkan DUN Perak dan mengadakan pilihan raya semula. Walau bagaimana pun katanya, terpulang kepada Tuanku Sultan Perak untuk membuat keputusan. Itu merupakan salah satu 'option' katanya.

Sama-sama kita tunggu episod seterusnya.

11 May 2009

Dewan Muslimat mahu Ulama & Profesional

Dewan Muslimat Pas negeri mahu gabungan ulama dan profesional diteruskan bagi memastikan kepimpinan parti itu terus utuh serta mantap.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd. Yusof berkata, ilmu golongan ulama dan kepakaran profesional amat diperlukan bagi menghadapi cabaran politik negara pada masa depan. Katanya, selain dua elemen tersebut, keadilan pemerintah, amanah para pedagang dan amal golongan ahli ibadat juga amat perlu sebagai paksi penting memastikan kesempurnaan pentadbiran Islam.

“Lima elemen yang saya perkatakan tadi mestilah terus dipastikan wujud dalam parti. Kita saling memerlukan semua itu dan bukan memilih salah satu daripadanya.

“Kita memerlukan ulama yang akan mengajarkan ilmunya, pemerintah yang adil yang akan melaksanakan kuasa, usahawan yang amanah dalam menjana ekonomi, para profesional yang memberi khidmat nasihat berguna dan kualiti keikhlasan ahli-ahli ibadat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas negeri Kali ke-36 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini semalam.

Muktamar tersebut dirasmikan oleh Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Mohamed Daud Iraqi dan turut hadir isteri Menteri Besar, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Siti Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang turut mengingatkan kepada pemimpin dan ahli Pas supaya menghindarkan diri daripada terjebak dengan penyakit yang dihidapi oleh parti lain.

10 May 2009

'Hari Ibu' dan Pengorbanan seorang 'Bapa'

Saya terjumpa seorang lelaki sedang menjaga anaknya disuatu sudut didalam sebuah dewan.Tidak perlu kata-kata, gambar ini mengesahkan pengorbanan seorang bapa pada Hari Ibu. Beliau menjaga anaknya itu ketika ibu kanak-kanak ini sedang menyambut hari ibu. Ini lah pengorbanan seorang bapa yang tidak patut dilupakan.
Oh!! rupa-rupanya si ibu sedang mengambil makanan dalam majlis Hi Tea Hari Ibu anjuran Wanita Pakatan Rakyat Kota Raja di Dewan Banquet SUK sebentar tadi.
Ku Yah Puteri berjiwa Rakyat berbaju hitam tetap anggun menawan dan menjadi perhatian sepanjang majlis.Ni tetamu mana pulak, apa hal tetamu lelaki sesat dalam majlis nie, siap bawa isteri lagi pulak tu.
Tetamu Istimewa saya Mantan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Ustazah Azizah (tengah sekali) yang datang dari Pahang bersama muslimat dari Taman Setia.

Selamat hari ibu dan terima kasih kepada semua petugas, penganjur, penyumbang derma dan hadirin hadirat yang menjayakan majlis sebentar tadi. TAHNIAH.Siapa pulak nie? ...... Ampun patik tumpang lalu.

09 May 2009

LPN Kota Raja meneruskan usaha.

Mesyuarat bersama LPN PAS Pusat di Pejabat Agung PAS Pusat Jalan Raja Laut yang di Pengerusikan oleh YB Dr Mujahid Yusof Rawa, Pengerusi LPN PAS Pusat bagi membincangkan persiapan menganjurkan Himpunan dan Konvensyen Kelab Penyokong PAS Kebangsaan 2009 pada 30.5.09 di Dewan serbaguna Majlis Daerah Klang yang akan diresmikan oleh YAB TGNA.

Malam semalam bertempat di Dewan Mesyuarat Utama KR, Dragon Hill telah berlangsung mesyuarat kali pertama Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Kota Raja. Mesyuarat kali pertama serta perlantikkan AJK Kerja bagi sessi 2009 ~ 2011 telah dihadiri oleh semua AJK yang dilantik kecuali tuan setiausaha yang sakit tulang belakang akibat kerja keras kerana tempat kerja beliau National Panasonic akan menutup operasinya. Tempat beliau diambil alih oleh Penolong Setiausaha Tn Syed A. Malek.

Menariknya mesyuarat kali ini tanpa diduga telah dihadiri dan di pantau oleh YDP Kota Raja Cikgu Jaafar, sebelum pulang saya memberi peluang kepada beliau untuk menyampai ucapan. Beliau menyeru supaya AJK LPN dapat meneruskan tugas dengan baik, adil dan saksama kepada semua kaum di KR seperti mana yang telah dilakukan pada tahun yang lalu. Beliau juga menyeru agar AJK LPN dapat membantu JPrK dan PAS Kawasan dalam memastikan Daftar Pemilih dapat dilakukan secara berterusan di KR bagi memastikan kemenangan dalam PRU akan datang.

Mesyuarat juga menyusun dan menyediakan Takwim Tahun 2009 dengan menyediakan beberapa program yang melibatkan keseluruhan pengundi dan penduduk KR. Diantaranya Program Motivasi dan Pendidikan untuk pelajar, Karnival Sukan Rakyat Kota Raja, Sambutan Bulan Kemerdekaan, Konvoi Rakyat, dan pelbagai lagi.

Mesyuarat juga membincangkan secara panjang lebar persiapan Himpunan dan Konvensyen Kelab Penyokong PAS Kebangsaan 2009 yang akan diadakan pada 30hb. Mei 2009 nanti bertempat di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Kelang jam 8.00 pagi yang diresmikan oleh YAB Tuan Guru Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan merangkap Mursidur Am Parti Islam Se Malaysia (PAS) dimana Kota Raja telah dipilih sebagai tuan rumah yang bakal menghimpunkan kira-kira 500 orang peserta.

Selain melantik AJK baru sebagai tambahan untuk memperkuatkan LPN KR, Jawatankuasa juga bersetuju supaya agihan kerja dibahagi-bahagikan kepada beberapa Portfolio, antaranya Kebajikan, Rangsangan Ekonomi dan Pasarana, Teknologi dan Pendidikan, Penubuhan Cawangan KPP, Mendaftar Pemilih Baru dan portfolio Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan.

08 May 2009

Penubuhan KPP Cawangan Batu Ampat, Kota Raja

\
Semalam saya dijemput merasmikan Penubuhan Cawangan Penaja Kelab Penyokong PAS Ladang Batu Ampat oleh En Letchumanan. Agak memeranjatkan kehadiran saya tanpa diduga disambut secara agak luar biasa oleh penduduk setempat.

Disamping saya turut hadir didalam majlis tersebut ialah NYDP PAS Kawasan Kota Raja merangkap Ahli Majlis MPK Tn Hj Termizi Ismail, En Segaran Ahli Majlis MPK, En Faizal Maslan, Tn Hj Hamid, En Majid Hassan (AJK PAS Kawasan) dan yang terakhir sekali YDP Kota Raja Cikgu Jaafar Shamsuddin dan En Kamaruddin (AJK PAS Kawasan).

Pada Majlis tersebut saya sempat menyampaikan salam dari YB Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja dan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua ahli kelab yang telah berusaha bersungguh pada PRU yang lalu sehingga YB mendapat kemengan luar biasa mengalahkan calun BN pada ketika itu. Saya juga menerangkan bahawa sekali pun YB Dr Mariah menjadi ahli Parlimen Malaysia tetapi semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dinafikan hak mereka untuk mendapat peruntukan dari kerajaan Persekutuan bagi membantu rakyat jelata.

Walau bagaimana pun YB bersama Adun Sri Andalas yang juga merupakan Exco kerajaan negeri Selangor akan cuba membantu jika ada keperluan untuk berbuat demikian.
Sementara itu dalam ucapan Tn Hj Termizi pula, beliau menerangkan secara panjang lebar fungsi kerajaan tempatan (MPK). Penduduk amat berpuas hati diatas penjelasan beliau. Seterus Ketua Penerangan KPP Ladang Batu Ampat En Rajen meminta seorang AJK KPP dilantik sebagai JKP dan permintaan itu terus diterima oleh Ahli Majlis.

YDP yang tiba kira-kira jam 10 malam sempat memberikan ucapan seterusnya menerima borang keahlian dari Ketua Cawangan Penaja KPP Ladang Batu Ampat En Ragu. Saya pulang awal untuk membantu persiapan Karnival Mesra Perpaduan Rakyat Taman Setia DUN Sri Muda di Taman Setia setelah menjamah jamuan yang disediakan.

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini