25 September 2012

Awas Ejen Umno dalam PAS

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata mantan timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa bersikap seperti ejen Umno apabila mengambil pendirian yang berubah-ubah dalam isu pelaksanaan hukum hudud.

Sedangkan, Nasha tidak ada masalah dengan pendirian DAP tentang hudud sewaktu beliau memegang timbalan presiden PAS, kata Lim.

"Sewaktu beliau jadi timbalan presiden PAS, tiada masalah (dengan DAP). Sekarang bila sudah tak jadi timbalan presiden PAS macam ejen Umno, cakap lain pula.

"Mengapa sekarang (bila) tak jadi presiden PAS timbul masalah?," kata Lim ketika ditemui pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

Lim seterusnya mencabar Nasharuddin agar mendapatkan penjelasan dari Umno berhubung pendirian mereka tentang pelaksanaan hukum hudud.

"Mungkin beliau harus tanya soalan ini kepada Umno, apa pendirian mereka tentang hudud?," kata MB Bagan itu.

Nasharuddin dalam sidang medianya pagi tadi menggesa Guan Eng memohon maaf kerana didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa DAP menolak hudud.

MP Bachok itu menimbulkan gesaan tersebut berdasarkan satu laporan Utusan Malaysia hari ini yang memetik kenyataan Lim bahawa hudud bukan sebahagian daripada dasar bersama Pakatan Rakyat.

Nasharuddin gagal mengekalkan jawatan timbalan presiden dalam pemilihan PAS yang lalu.

Jawatan itu kini disandang Mohamad Sabu sementara seorang lagi calon, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik sebagai ketua penerangan PAS.

Nasharuddin kemudiannya dilihat mesra dengan Umno dan sering mengeluarkan kenyataan yang mengkritik DAP kerana menolak pelaksanaan hudud.

Malah, beliau turut membuat kenyataan melalui stesen TV3 supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat kerana pengerusi DAP Karpal Singh berkeras menolak pelaksanaan hudud.

Kenyataannya itu menyebabkan beliau dirujuk beberapa kali ke mesyuarat pimpinan tertinggi PAS, namun presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat terakhir majlis syura ulama parti itu pada awal bulan ini mengumumkan bahawa Nasharuddin kekal dalam parti itu.... Malaysiakini

4 comments:

  1. Dari dulu lagi dah aku dok pesan kat PAS orang jenieh nie ular kepala dua , masa dok diatas boleh mengarah orang nu orang nie dia berasa besaq, bila orang dah sedaq dan tau perangai dia suka dok mengarah orang naik meluat dan pejatuhkan dia dari jawatan, bila dah kedebuk jatuh baru dia sedaq tapi dah telewat , jadi dia tepaksa la dia cari jalan pintas ,tak dak pilihan tepaksa kena ikut telunjuk orang tertentu, aku tak mau buat fitnah kering tapi itulah kenyataan memang betui macam LGE kata tu hampa kena berhati-hati dengan ulaq dua kepala nie.

    ReplyDelete
  2. awas siput babi banyak lo.........SB

    ReplyDelete
  3. bukan kepela aja ada dua..lidah pun bercabang dua.......hihihihi

    ReplyDelete

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini