19 September 2012

RM100 juta jalan terakhir beli undi kaum India

Kerajaan meluluskan serta merta peruntukan RM100 juta bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf bangunan sedia ada dan membina bangunan tambahan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri G Palanivel berkata kerja-kerja tersebut khusus untuk diselenggara oleh kontraktor-kontraktor daripada masyarakat India.

"Saya telah pun memohon kepada Kementerian Kewangan supaya mengecualikan kontraktor-kontraktor tersebut daripada syarat memiliki sijil Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) untuk kerja-kerja tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan kerja pecah tanah tapak SRJKT Jalan Paya Besar dekat Padang Serai, hari ini.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini