Sementara teka-teki tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berlarutan buat tahun kedua, Pakatan Rakyat (PR) juga bermain dengan teka-teki mereka.
Semalam, Majlis Pimpinan Presiden PR menegaskan tidak akan mengadakan PRU Dewan Undangan Negeri (Dun)serentak bersama PRU Parlimen jika Kerajaan Pusat membubarkan Parlimen tahun ini, yang dijangka November ini.
Pendirian PR Selangor bukan baru. Ia telah dibangkitkan tiga bulan lalu atas alasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) enggan membersihkan daftar pemilih. Dakwaan ialah daftar pemilih masih kotor.
Pendirian sebelum ini dibuat atas tanggapan PRU13 pada Jun lalu atau bulan ini. Spekulasi baru PRU13 mungkin dipanggil November-Disember ini.
Jadi, jika ia menjadi kenyataan, siapa akan untung - PR atau Barisan Nasional (BN)Rata-rata keputusan PR khususnya Selangor yang mahu mengadakan PRU13 secara berasingan akan memberi kelebihan kepada perikatan itu tetapi dalam masa yang sama, langkah itu dilihat membelakangkan hak rakyat sebagai pengundi.
Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata, PRU13 sama ada negeri ataupun pusat mesti mementingkan rakyat, dan oleh itu, jika pilihan raya diadakan berasingan ia merugikan rakyat.
Menurutnya, strategi PR dilihat memberi kelebihan kepada parti itu jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan Parlimen tahun ini kerana memberi cukup waktu untuk memfokus kepada negeri Selangor yang dianggap kubu kuat.
"Saya boleh katakan kalau dari segi modal, PR ambil langkah belakangkan rakyat kerana pilihan raya memerlukan modal dan sudah tentu duit rakyat yang digunakan.
"Namun strategi yang digunakan memang menguntungkan PR dari segi masa, mereka boleh fokus pada soala letak calon dan sebagainya," kata profesor dari Universiti Kebangsaan Malaysia ini kepada Sinar Harian Online.
Semalam, PR memutuskan bahawa Selangor tidak akan mengadakan PRU13 serentak jika BN membubarkan Parlimen tahun ini dan menghormati keputusan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang akan turut mengumumkan PRU13 jika Parlimen dibubarkan.
BN Selangor menegaskan bahawa langkah terbaru ini menunjukkan PR takut untuk bertemu rakyat bagi mendapatkan mandat.
Seorang lagi ahli Majlis Profesor Negara, Prof Dr .Jayum Anak Jawan turut melahirkan pandangan yang sama dengan Shamsul Amri.
Katanya, jika langkah PR mengadakan PRU13 secara berasingan, ia akan memberi lelebihan kepada parti yang memerintah iaitu perikatan itu yang dianggotai PKR, Pas dan DAP.
“Namun demikian, perkara ini tidak sepatutya dijadikan isu kerana memang hak pemerintah negeri untuk mengadakan PRU secara berasingan kerana mereka mempunyai hak untuk berbuat demikian,” ulasnya.
Beliau turut mengulas tidak perlu menimbulkan isu takut atau tidak jika pilihan raya diadakan secara berasingan kerana PR jelas merancang pelan yang cukup teliti untuk menang secara strategik.
Pusat dan Selangor akan bermain teka-teki dengan strategi dan pendekatan psikologi masing-masing.Satu lagi permainan untung-rugi politik yang menarik untuk dilihat di era pasca-PRU12.
No comments:
Post a Comment