26 September 2012

Menteri Agama Putar Alam

Menteri jaga agama ni boleh lah dianggap sebagai "putar alam dan menipu".

Tuan-tuan tentu masih ingat bagaimana menteri ini dengan kerjasama media arus perdana hampir setiap hari selepas perhimpunan Bersih 3 diseluruh dunia dahulu bahawa Malaysia mungkin akan menghadapi tindakan dikurangkan kouta haji pada tahun ini kerana perhimpunan tersebut.

Tindakan menakut-nakut kan bakal jemaaj haji tersebut rupanya sengaja direka-reka oleh Jamil Khir dan kroninya dalam Umno bagi meraih simpati rakyat.

KUALA LUMPUR, 26 Sept — Lebih 15,000 dari 999,070 jemaah haji yang berdaftar dengan Lembaga Tabung Haji adalah mereka yang berumur lebih 75 tahun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata atas faktor keprihatinan, Tabung Haji memberi keistimewaan kepada kes rayuan melibatkan jemaah haji di usia emas atau yang dipilih menjadi mahram kepada jemaah haji berkenaan.

“Secara umumnya, kuota haji Malaysia ialah 27,900 jemaah setahun, maka giliran menunggu untuk menunaikan haji adalah dalam tempoh 35 tahun.

“Bagaimanapun, Tabung Haji prihatin dan membuat pertimbangan dan memberikan keistimewaan kepada kes-kes rayuan golongan yang pada usia lanjut,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Ismail Mohamad Said (BN-Kuala Krau) yang ingin tahu usaha yang dijalankan supaya kuota haji negara tidak terjejas berikutan insiden perhimpunan haram melibatkan segelintir rakyat Malaysia di Tanah Suci pada 28 April lepas.

Jamil Khir berkata walaupun kuota haji rasmi tidak terjejas berikutan kejadian itu, Malaysia tidak mendapat kuota haji tambahan seperti yang dipohon daripada kerajaan Arab Saudi.

“Kita tidak memandang perkara ini (perhimpunan haram) sebagai remeh. Kerajaan mengambil perhatian serius mengenai perkara ini dan berusaha di peringkat tertinggi negara untuk menangani demi menjaga ibadah dan kebajikan jemaah haji dan setiap jemaah umrah,” katanya. — Bernama

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini