20 September 2012

Kita buat berasingan

Usaha untuk Pemuda Umno dan Pemuda PAS bergabung untuk berhimpun menyatakan bantahan terhadap filem Innocence of Muslims tidak menjadi kenyataan apabila kedua-dua kumpulan membuat perhimpunan secara berasingan

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata walaupun hasrat awal beliau dan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan untuk bergabung, tetapi atas sebab "keselamatan dan bimbang insiden yang tidak diingini berlaku" maka kedua-dua pihak memutuskan untuk mengadakan secara berasingan.

Bagaimanapun, kata Khairy, kedua-dua kumpulan itu mempunyai niat dan hasrat yang sama untuk mengecam filem yang sama.

Pemuda Umno akan mengadakan perhimpunan di Majis Jamek Kg Baru, manakala Pemuda PAS akan berhimpun di kedutaan Amerika Syarikat.

"Selepas berbincang panjang lebar, kami bersolidariti, kita sokong himpunan mereka dan beliau (Nasrudin) sokong apa yang kita buat," kata Khairy dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini