Selain mengekalkan kemenangan di negeri Kelantan, Selangor, Pulau Pinang, dan Kedah disamping merampas semula Perak, Pakatan Rakyat penuh yakin dapat melumpuhkan Kerajaan Barisan Nasional di tiga lagi iaitu Johor, Serawak dan Sabah selain mempertaruhkan Wilayah Persekutuan sebagai kubu utama dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub berkata, pihaknya yakin rakyat di negeri Johor, Sabah dan Sarawak, sudah berani untuk menolak pemerintah sedia ada dan menukar kepada pilihan baru.
Menurutnya, PR bakal mencipta sejarah politik negara seperti mana ‘tsunami politik’ ketika PRU12.
Secara keseluruhannya Pakatan Rakyat akan menawan 30 dari 82 Parlimen di tiga negeri ini, sekali gus dapat mengurangkan majoriti BN sedia ada.
No comments:
Post a Comment