21 September 2012

BN pengkhianat rakyat

Lajnah Pekerja PAS Pusat amat prihatin dengan keadaan tidak menentu saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH)di Bursa Malaysia kerana turut melibatkan nasib golongan pekerja di negara ini. 

Menurut  pengerusinya, Mohd Anuar Tahir(gambar) penyenaraiakan FGVH ke Bursa Malaysia bukan lagi dilihat melibatkan para peneroka Felda serta para pelabur malah kini melibatkan golongan pekerja. 

"Baru-baru ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut terlibat membeli saham FGVH ketika sahamnya sedang jatuh.

Justeru keprihatinan Lajnah Pekerja kini bukan sahaja membabitkan golongan peneroka Felda malah ianya turut membabitkan golongan pekerja di negara ini memandangkan tabungan hari tua mereka kini turut dilaburkan. 

"Pihak kami memandang serius amalan kerajaan BN yang memaksa pengurusan tabung-tabung awam milik rakyat untuk membeli saham-saham tertentu yang belum tentu akan memberikan pulangan yang baik kepada pencarumnya," jelas beliau. 

Menutu Mohd Anuar lagi, Lajnah Pekerja PAS Pusat bimbang dengan amalan kerjaan BN sedemikian kerana setiap tabung awam seperti KWSP, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) atau Tabung Haji adalah dana awam yang diamanahkan oleh pencarum untuk diuruskan dengan sebaiknya. 

"Janganlah tabung awam in digunakan sewenang-wenangnya. Tabung Haji umpamanya adalah simpanan terbesar umat Islam untuk menyempurnakan rukun Islam yang diharap dapat membaiki atau memperkukuhkan ekonomi ummah telah digunakan sewenang-wenangnya. 

“KWSP sebagai khazanah terbesar pekerja untuk hari tua mereka setelah sekian lama berkorban dan berkeringat untuk memajukan negara ini juga telah digunakan untuk projek-projek kerajaan BN," katanya. 

Untuk itu, ujarnya Lajnah Pekerja PAS Pusat mendesak kerajaan supaya memberhentikan amalan menggunakan tabung awam untuk projek-projek yang berisiko atau sebagai "bail-out" projek yang dijangka akan gagal. 

"Kejatuhan saham FGVH baru-baru ini bukan lagi isu peneroka Felda tetapi juga menjadi isu bersama rakyat di negara ini.

Menggunakan tabung awam untuk pelaburan yang merugikan apatah lagi untuk menjadi ‘pak sanggup’ di bursa saham merupakan perlakuan yang malang dan tidak bertanggung jawab. 

"Saya mengajak golongan pejuang nasib pekerja dan kesatuan pekerja di negara ini untuk mendesak kerajaan BN memberhentikan polisi khianat kepada para pekerja di negara ini seperti yang berlaku kepada KWSP dalam pembelian saham FGVH ini. 

"Golongan pekerja jangan takut untuk turun ke jalan raya sekiranya polisi khianat seperti ini diteruskan kerajaan BN," ujarnya lagi

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini