30 September 2012

Sekitar Tazkirah DSAI di Masjid Al Bakri Bukit Naga









terbaik

Melayu rasa di 'bunuh' BN


Belum pun reda isu radioaktif kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan, negara sekali lagi bakal menyaksikan bantahan besar-besaran daripada rakyat — kali ini di kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) di Johor — apabila kumpulan pejuang alam sekitar Himpunan Hijau mengadakan protes dalam jumlah yang besar bagi membantah pembangunan projek Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang.
Wakil penduduk kampung yang dihubungi The Malaysian Insider bagaimanapun melihat demonstrasi berkenaan bukanlah tindakan untuk “menghentam” kerajaan, sebaliknya sekadar menyuarakan permohonan supaya kerajaan membantu mereka.
“Bagi saya ia bukan kita menentang kerajaan, kita minta kerajaan bantu,” kata pesara guru besar Kasran Dollah.
“Orang Melayu mulanya setuju, tapi bila harga jatuh kepada RM2.80 mereka jadi tak puas hati.
“Itu harga nak bunuh orang Melayu,” tegasnya yang sudah 30 tahun menetap di Kampung Sungai Kapal.
Beliau, yang kini mengajar tuisyen Matematik di rumahnya, berkata penduduk kampung tiada masalah untuk bekerjasama sekiranya pampasan yang diberikan setimpal dengan pengambilan tanah mereka.
“Kalau nak ambil dengan harga baik, kita terima... kalau puas hati kita jual,” katanya lagi.
Dengan anggaran 15,000 hingga 20,000 peserta, perhimpunan ini bakal menyaksikan penyertaan peserta dari seluruh pelusuk negara apabila peserta dari 25 kawasan dipusatkan ke Dataran Sungai Rengit untuk mengadakan demonstrasi aman membantah projek berkenaan.
Zaaba berkata projek yang menelan belanja RM60 bilion ini akan meliputi keluasan 22,500 ekar tanah.
Menggunakan tema “Himpunan Hijau Lestari Selamatkan Pengerang”, himpunan anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Pengerang ini dianjurkan dengan kerjasama daripada Himpunan Hijau dan turut didukung oleh penyertaan daripada parti politik Pakatan Rakyat (PR).
Berdasarkan temubual eksklusif dengan The Malaysian Insidersehari sebelum perhimpunan tersebut, yang dijadualkan hari ini, Koordinator NGO Pengerang, Zaaba Abdul Samad berkata, projek yang menelan belanja RM60 bilion ini akan meliputi keluasan 22,500 ekar tanah dan bakal menjadi hab simpanan minyak terbesar di Asia Pasifik.
“Masalahnya di sini bukan setakat Pengerang, tapi perairan di Johor.
“Sekiranya RAPID ini siap di Pengerang, seluruh kawasan perairan selatan di Johor, termasuk empat kawasan di Pengerang akan terlibat dengan pembangunan petrokimia.
“Sekarang ini ialah di Tanjung Bin di Kukup, Pasir Gudang, Tanjung Langsat, dan Pengerang yang terbaru,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Jelasnya lagi, untuk projek RAPID, kerajaan juga telah menggunakan peruntukan daripada Seksyen 8 Kanun Tanah Negara untuk mengambil tanah-tanah di Pengerang untuk tujuan membangunkan projek berkenaan.
“... (jadi, penduduk) sudah tidak boleh membuat bantahan. Mereka hanya boleh tuntut gantirugi, sama ada mereka setuju atau tidak,” katanya lagi.
Justeru itu, Zaaba menegaskan, isu pokok di Pengerang adalah penduduk tidak berpuas hati terhadap kadar pampasan yang diberikan, disamping isu alam sekitar yang bakal menjejaskan landskap Pengerang yang sinonim dengan hasil laut dan destinasi pelancongan.
“Penduduk kampung sekarang tak puas hati dengan bayaran gantirugi itu.
“Berbanding dengan penilaian JPPH (Jabatan Penilaian dan Pehkhidmatan Harta), perbezaan nilai tanah itu hampir 38 ke 42 peratus dari segi harga.
“Bayaran pampasan dibuat atas keluasan tanah, sekaki persegi, namun turut mengambil kira pembangunan di atas tanah tersebut,” katanya lagi dan menambah, ada kes untuk lot banglo, nilai pampasan adalah RM95 hingga RM100 sekaki persegi.”
“Kampung sini (kawasan RAPID) biasanya nelayan, petani, peniaga, ada juga makan gaji, dan kakitangan swasta,” katanya, merujuk kepada antara penduduk yang terlibat dalam projek tersebut.
Anis Afida menegaskan pembayaran pampasan yang tidak setimpal telah menimbulkan kemarahan penduduk.
Sementara itu, Pengerusi NGO Pengerang, Anis Afida Mohd Azli menegaskan, ekoran pembayaran pampasan yang tidak setimpal, ia telah menimbulkan kemarahan penduduk, malah beliau turut menjangkakan isu di Pengerang ini bakal memberikan peluang kepada PR untuk menembusi kubu kuat Umno dan BN itu.
“Mereka sangat marah.Mungkin, ia akan beri kesan kepada Johor dalam pilihan raya nanti,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Jelasnya lagi, dengan isu ini, penduduk Pengerang yang mempunyai seramai 35,000 pengundi, dengan kawasan yang 80 peratus majoritinya didiami komuniti Melayu termasuk peneroka di 10 Felda dan 20 peratus Cina ini akan turut menyertai demonstrasi tersebut.
“Ada banyak mudaratnya hasil dari projek ini, sisa toksik daripada petrokimia ini mereka mahu buang ke mana?” soalnya.
“Saya harap penduduk kampung akan turut serta demonstrasi ini,” katanya.
Wong Teck berkata rakyat hanya mahu suarakan tanggungjawab mereka.
Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Teck pula menegaskan, isu di Pengerang ini bukan lagi masalah setempat, sebaliknya masalah yang mendapat perhatian di peringkat nasional, malah beliau yang ditemui The Malaysian Insiderturut mengakui kehadiran mereka ke Pengerang untuk “mempolitikkan” isu tersebut.
“Ya ... memang kami mahu mempolitikkan isu ini.
“Kalau kerajaan sudah tidak lagi tidak boleh menjaga rakyat, biar rakyat tentukan pemimpin layak memerintah ... biar rakyat yang memilih kerajaan,” katanya lagi.
Menurutnya, rakyat hanya mahu suarakan tanggungjawab mereka, untuk memastikan negara ini mempunyai masa depan.
“Tengok bandar ini berapa cantik. Mereka (penduduk) hanya mahu hak mereka diteruskan.
“Himpunan hijau nak pastikan hak rakyat diketengahkan,” tegasnya lagi.

Bayangan Najib

Nampaknys Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin galak mencabar Pakatan Rakyat (PR) menubuhkan Kabinet bayangan sebelum menubuhkan kerajaan sebenar dengan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bagi penulis amat penting bagi Najib mengetahuinya awal supaya beliau dapat membayangkan apa yang akan berlaku dan bersiap sedia samada ingin kekal di Malaysia sebagai Ketua Pembangkang atau sebagainya.

Politik ada lah seni dan bersangkut paut dengan strategi. Bila pengumuman skan dibuat itu hak PR.

Sama juga dengan Umno dan BN yang masih gagal menamakan bakal MB Selangor.

Kehebatan air mani gajah buat seorang isteri

SEORANG isteri tergamak menggunakan darah haidnya dan air mani gajah untuk menyihir suami supaya menurut segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan apa saja.

Selain dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar rajah yang dilukis di atas kain kuning dalam bentuk tulisan Jawi dengan menggunakan kalimah ALLAH) supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain

Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia  dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup dalam minuman suami.

Apabila meminum air itu, suami menjadi lemah, tidak mampu melawan kata-kata isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut, selain mengalami sakit badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram

Kesengsaraan itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai Halim, 30-an, apabila menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.

Dia yang berasal dari daerah Lipis dan pernah bekerja di Petaling Jaya, Selangor, mendakwa menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak sebelum berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu terbongkar Disember lalu.

Menurutnya, dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang disimpan di rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk menundukkannya.

“Selama ini memang banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jadi malas hendak bekerja, bila bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah meskipun ada ketika dia salah, selalu sakit badan dan kepala, manakala hati selalu tidak tenteram.

“Segala masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi serapah di atas meja isteri.

Hasil pencarian di dalam rumah, saya menemui pelbagai jenis tangkal yang dia simpan rapi di dalam sebuah kotak.

“Saya turut menemui SMS isteri yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan suami orang yang juga pelanggannya.

Sebenarnya dia mahu kelihatan berkuasa dan pernah berkata kepada saya, jika dia hendak sesuatu dia akan lakukan walau apa cara sekalipun.

Mungkin kerana itu, saya menjadi sasaran,” katanya di sini, kelmarin.

28 September 2012

Jelajah DSAI bersama Bas Merdeka Rakyat di Parlimen Kota Raja



Sila maklum, siri Jelajah Bas Merdeka Rakyat bersama DSAI pada hari Ahad ini 30.9.2012 akan singgah di Parlimen Kota Raja.

Harap semua Rakyat di sekitar Parlimen Kota Raja dapat hadir beramai-ramai dan tolong sebarkan seluas mungkin.

1) 2.30 ptg – Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya

2) 3.30 ptg – Tempat Letak Kereta Blok 11 Desa Mentari 3
Jalan PJS 2D/1, Taman Medan, Petaling Jaya

3) 5.00 ptg – Pasar Malam Bandar Putera, Kelang

4) 7.00 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib
Masjid Al-Bakri, Kampong Bukit Naga, Kelang

Teguran/kritikan terbuka buat Ulamak Umno

Dr Asri menulis - Ada yang bertanya mengapa saya sering mengkritik aliran yang saya sifatkan literal yang dipegang oleh beberapa orang agamawan muda dalam Umno?

Saya kata bahawa saya tidak kisah untuk sesiapa menjadi ulama tua ataupun muda kepada mana-mana parti selagi berpegang kepada prinsip agama ini.

Umno dan PAS, semuanya sahabat saya. Prinsip agama itu lurus, fatwa agama tidak boleh berpihak. Hal ini terpakai untuk bukan sahaja untuk Umno, tetapi untuk PAS juga.

PAS pun dalam sejarahnya bukan tiada fatwa yang berbahaya termasuk yang boleh membawa kepada kafir mengkafir.

Hari ini nampaknya keadaan itu sudah berkurangan.

Sebenarnya, aliran literal itu sendiri jika kena pada tempatnya tidak salah. Mazhab Zahiri (literalisme) walau dikritik hebat, ia diiktiraf dalam fikah Islam.

Tokoh besar Zahiri iaitu al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi dan kitabnya al-Muhalla menjadi rujukan fekah yang penting.

Literalis dalam Umno harukan proses keadilanSaya mengkritik golongan literalis dalam Umno kerana pemikiran yang dibawa itu boleh mengharukan proses keadilan yang wujud dalam negara ini keseluruhannya.

Hari ini mungkin sesetengah orang Umno seronok apabila terdapat beberapa orang agama yang boleh berhujah dengan nas-nas agama untuk membela Umno. Biasanya perkara ini dibuat oleh PAS.

Namun tanpa mereka sedar fatwa-fatwa aliran literalis tersebut jika diaplikasi dalam sistem politik negara ini, ia akan meruntuhkan keseimbangan, kemaslahatan dan keadilan politik yang menjadi tonggak kepada tujuan berpolitik.

Umpamanya, apabila mereka berfatwa haram mengkritik kepimpinan politik negara secara terbuka. Hanya yang dibenarkan berjumpa dan menasihati secara tertutup

Pengharaman ini jika diterima bererti sistem Parlimen yang membolehkan ahli-ahlinya Parlimen membahas dan mengkritik dasar dan perlaksanaan kerajaan secara terbuka kepada pengetahuan awam adalah haram.

Perhimpunan Agung Umno yang sering kali kita mendengar para perwakilan meluahkan perkara-perkara yang mereka tidak puas hati tentang kerajaan juga haram.

Golongan literalis ini mungkin berfikir bahawa hukum yang mereka keluar boleh digunakan untuk menentang pihak pembangkang, tetapi mereka lupa implikasinya meruntuhkan sistem negara dan parti itu sendiri.

Bahkan dalam sejarah Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan mantan perdana menteri dan presiden Umno sendiri apabila tidak puas hati dengan kepimpinan penggantinya Tun Abdullah Badawi, melakukan kritikan terbuka.Kebanyakan tokoh Umno yang ada, pernah melakukan hal yang sama apabila mereka berbeza ‘kem politik’.

Bahkan Umno dan ulama muda itu sendiri mengkritik terbuka kepimpinan kerajaan Kelantan, Selangor dan Kedah.

Malang sekali jika golongan ini hanya terfikir fatwa berkenaan terkena pembangkang sahaja, padahal ia juga terkena kepada ‘tubuh sendiri’.

Tentu mereka tidak akan kata “haram untuk kau, halal untuk aku”.

Saya tidak mahu kata golongan ini berniat memperalatkan agama. Saya rasa sebab hal ini terjadi kerana cara fikir yang literal dan tidak menghayati ilmu mukhtalaf al-hadith yang merupakan ilmu penting dalam memahami matan sesuatu hadis.

Ilmu tersebut membantu untuk menyelaraskan hadis-hadis yang pada zahirnya nampak bercanggah dengan teks al-Quran dan as-Sunnah.

Umpamanya apabila mereka membaca hadis:“Sesiapa yang ingin menasihati orang yang memiliki kuasa, janganlah dia menampakkannya secara terang-terangan.

Sebaliknya hendaklah dia mengambil tangannya (orang yang memiliki kuasa) dan bersendirian dengannya (menasihatinya dengan tidak didedahkan aib secara terbuka).

Jika dia terima maka dia berjaya, jika tidak dia (orang yang menasihati) telah menunaikan kewajipannya.”(Riwayat Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah, sanadnya dinilai sahih oleh al-Albani).

Mereka mengambil hadis ini tanpa mempedulikan hadis-hadis lain yang memberikan penegasan yang berbeza.Ini seperti hadis: “Akan ada pemimpin-pemimpin selepasku, mereka itu bercakap tiada siapa pun yang menjawab mereka. Mereka itu terjun ke dalam neraka seperti kera terjun.”(Riwayat al-Tabarani, dinilai hasan).

Para sahabah bangun mengkritik al-Khulafa al-Rashidin dalam majlis-majlis mereka seperti Salman al-Farisi yang mempersoalkan Saidina ‘Umar al-Khattab semasa beliau berucap.

Sepatutnya perbezaan hadis-hadis ini diselaraskan dengan merujuk kepada kes yang berbeza. Isu dosa peribadi pemimpin hendaklah dibicarakan secara tertutup

Adapun yang membabitkan kepentingan awam maka rakyat yang terbabit boleh membahaskannya sekalipun terbuka

26 September 2012

Menteri Agama Putar Alam

Menteri jaga agama ni boleh lah dianggap sebagai "putar alam dan menipu".

Tuan-tuan tentu masih ingat bagaimana menteri ini dengan kerjasama media arus perdana hampir setiap hari selepas perhimpunan Bersih 3 diseluruh dunia dahulu bahawa Malaysia mungkin akan menghadapi tindakan dikurangkan kouta haji pada tahun ini kerana perhimpunan tersebut.

Tindakan menakut-nakut kan bakal jemaaj haji tersebut rupanya sengaja direka-reka oleh Jamil Khir dan kroninya dalam Umno bagi meraih simpati rakyat.

KUALA LUMPUR, 26 Sept — Lebih 15,000 dari 999,070 jemaah haji yang berdaftar dengan Lembaga Tabung Haji adalah mereka yang berumur lebih 75 tahun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata atas faktor keprihatinan, Tabung Haji memberi keistimewaan kepada kes rayuan melibatkan jemaah haji di usia emas atau yang dipilih menjadi mahram kepada jemaah haji berkenaan.

“Secara umumnya, kuota haji Malaysia ialah 27,900 jemaah setahun, maka giliran menunggu untuk menunaikan haji adalah dalam tempoh 35 tahun.

“Bagaimanapun, Tabung Haji prihatin dan membuat pertimbangan dan memberikan keistimewaan kepada kes-kes rayuan golongan yang pada usia lanjut,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Ismail Mohamad Said (BN-Kuala Krau) yang ingin tahu usaha yang dijalankan supaya kuota haji negara tidak terjejas berikutan insiden perhimpunan haram melibatkan segelintir rakyat Malaysia di Tanah Suci pada 28 April lepas.

Jamil Khir berkata walaupun kuota haji rasmi tidak terjejas berikutan kejadian itu, Malaysia tidak mendapat kuota haji tambahan seperti yang dipohon daripada kerajaan Arab Saudi.

“Kita tidak memandang perkara ini (perhimpunan haram) sebagai remeh. Kerajaan mengambil perhatian serius mengenai perkara ini dan berusaha di peringkat tertinggi negara untuk menangani demi menjaga ibadah dan kebajikan jemaah haji dan setiap jemaah umrah,” katanya. — Bernama

25 September 2012

Awas Ejen Umno dalam PAS

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata mantan timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa bersikap seperti ejen Umno apabila mengambil pendirian yang berubah-ubah dalam isu pelaksanaan hukum hudud.

Sedangkan, Nasha tidak ada masalah dengan pendirian DAP tentang hudud sewaktu beliau memegang timbalan presiden PAS, kata Lim.

"Sewaktu beliau jadi timbalan presiden PAS, tiada masalah (dengan DAP). Sekarang bila sudah tak jadi timbalan presiden PAS macam ejen Umno, cakap lain pula.

"Mengapa sekarang (bila) tak jadi presiden PAS timbul masalah?," kata Lim ketika ditemui pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

Lim seterusnya mencabar Nasharuddin agar mendapatkan penjelasan dari Umno berhubung pendirian mereka tentang pelaksanaan hukum hudud.

"Mungkin beliau harus tanya soalan ini kepada Umno, apa pendirian mereka tentang hudud?," kata MB Bagan itu.

Nasharuddin dalam sidang medianya pagi tadi menggesa Guan Eng memohon maaf kerana didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa DAP menolak hudud.

MP Bachok itu menimbulkan gesaan tersebut berdasarkan satu laporan Utusan Malaysia hari ini yang memetik kenyataan Lim bahawa hudud bukan sebahagian daripada dasar bersama Pakatan Rakyat.

Nasharuddin gagal mengekalkan jawatan timbalan presiden dalam pemilihan PAS yang lalu.

Jawatan itu kini disandang Mohamad Sabu sementara seorang lagi calon, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik sebagai ketua penerangan PAS.

Nasharuddin kemudiannya dilihat mesra dengan Umno dan sering mengeluarkan kenyataan yang mengkritik DAP kerana menolak pelaksanaan hudud.

Malah, beliau turut membuat kenyataan melalui stesen TV3 supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat kerana pengerusi DAP Karpal Singh berkeras menolak pelaksanaan hudud.

Kenyataannya itu menyebabkan beliau dirujuk beberapa kali ke mesyuarat pimpinan tertinggi PAS, namun presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat terakhir majlis syura ulama parti itu pada awal bulan ini mengumumkan bahawa Nasharuddin kekal dalam parti itu.... Malaysiakini

Hanya 44% sokong BN : UM

Peratusan jangkaan Barisan Nasional (BN) akan menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) merosot berbanding awal tahun, demikian menurut hasil kajian terbaru diumumkan hari ini.

Sebaliknya, jangkaan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan mencapai misinya menguasai Putrajaya dan menggantikan BN di pusat pula meningkat.

Peratusan pengundi yang tidak pasti berhubung soalan yang membawa kepada jangkaan itu - "dengan andaian anda tidak memihak kepada mana-mana parti politik, parti manakah yang anda jangka akan menang di peringkat nasional dalam PRU13 dan menguasai Putrajaya", mengalami penurunan daripada 30 peratus kepada 26 peratus.

Kedudukan itu dilihat menggambarkan pendirian pengundi atas pagar.

Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) ini menunjukkan hanya 44 peratus mengatakan BN dijangka menang di peringkat nasional berbanding jangkaan 49 peratus Mac lalu.

Dalam pada itu, peratusan keyakinan PR akan menang meningkat daripada 21 peratus kepada 30 peratus.

Kajian perbandingan pusat ini dijalankan pada Mac-April dan September 2012. Kajian awal dijalankan antara 31 Mac dan 15 April manakala yang terbaru dari 1 hingga 16 September lalu.

23 September 2012

"ayam sabung pencen" Umno

Umno sudah semakin lemah, hilang keupayaan dan semakin tidak bermaya.

Akhir-akhir ini Umno hanya mampu dalam pertarungan penentuangannya menentang barisan Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP dengan hanya menyandarkan kekuatan kepada Ayam Sabung Pencen nya sahaja.

Hari-hari paper menyiarkan berita dari mulut Madey Kutty yang cakap merapu-rapu dan cuba pula menakut-nakutkan rakyat bahawa PR tiada keupayaan memerintah negara jika Barisan Nasional tumbang dalam PRU 13 nanti kerana dialah sebenanya yang kecut perut mengenangkan untung nasibnya bila BN sudah tidak berkuasa nanti.

Semalam Madey Kutty merapu lagi kononya spekulator mata wang dunia, George Soros cuba merampas kuasa politik Barisan Nasional dengan melantik Perdana Menteri Pilihannya.

Ini merupakan satu lagi mimpi ngeri Madey yang semakin resah gelisah kebelakangan ini.

Sebelum ini kerana terlalu kecewa dengan penolakan orang Melayu terhadap politik kotor yang diamalkan oleh Umno dan Barisan Nasional, Madey melebelkan orang Melayu sebagai 'bodoh (tidak berimu)' dan tidak tahu 'bersyukur' kepada UBN.

Madey juga berkata yang diantara lain maksudnya 'orang Melayu boleh balik kezaman dahulu kala jika berada dibawah pemerintahan Pakatan rakyat'

Bagi penulis, Umno menggunakan Madey Kutty sebagai 'ayam sabungnya' membuatkan Pakatan rakyat mendapat untung berlipat ganda kerana Madey Kutty sudah tidak releven lagi untuk bercakap mengenai masa depan negara kerana masa depan beliau sendiri pun sudah gelap gelita.

21 September 2012

BN pengkhianat rakyat

Lajnah Pekerja PAS Pusat amat prihatin dengan keadaan tidak menentu saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH)di Bursa Malaysia kerana turut melibatkan nasib golongan pekerja di negara ini. 

Menurut  pengerusinya, Mohd Anuar Tahir(gambar) penyenaraiakan FGVH ke Bursa Malaysia bukan lagi dilihat melibatkan para peneroka Felda serta para pelabur malah kini melibatkan golongan pekerja. 

"Baru-baru ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut terlibat membeli saham FGVH ketika sahamnya sedang jatuh.

Justeru keprihatinan Lajnah Pekerja kini bukan sahaja membabitkan golongan peneroka Felda malah ianya turut membabitkan golongan pekerja di negara ini memandangkan tabungan hari tua mereka kini turut dilaburkan. 

"Pihak kami memandang serius amalan kerajaan BN yang memaksa pengurusan tabung-tabung awam milik rakyat untuk membeli saham-saham tertentu yang belum tentu akan memberikan pulangan yang baik kepada pencarumnya," jelas beliau. 

Menutu Mohd Anuar lagi, Lajnah Pekerja PAS Pusat bimbang dengan amalan kerjaan BN sedemikian kerana setiap tabung awam seperti KWSP, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) atau Tabung Haji adalah dana awam yang diamanahkan oleh pencarum untuk diuruskan dengan sebaiknya. 

"Janganlah tabung awam in digunakan sewenang-wenangnya. Tabung Haji umpamanya adalah simpanan terbesar umat Islam untuk menyempurnakan rukun Islam yang diharap dapat membaiki atau memperkukuhkan ekonomi ummah telah digunakan sewenang-wenangnya. 

“KWSP sebagai khazanah terbesar pekerja untuk hari tua mereka setelah sekian lama berkorban dan berkeringat untuk memajukan negara ini juga telah digunakan untuk projek-projek kerajaan BN," katanya. 

Untuk itu, ujarnya Lajnah Pekerja PAS Pusat mendesak kerajaan supaya memberhentikan amalan menggunakan tabung awam untuk projek-projek yang berisiko atau sebagai "bail-out" projek yang dijangka akan gagal. 

"Kejatuhan saham FGVH baru-baru ini bukan lagi isu peneroka Felda tetapi juga menjadi isu bersama rakyat di negara ini.

Menggunakan tabung awam untuk pelaburan yang merugikan apatah lagi untuk menjadi ‘pak sanggup’ di bursa saham merupakan perlakuan yang malang dan tidak bertanggung jawab. 

"Saya mengajak golongan pejuang nasib pekerja dan kesatuan pekerja di negara ini untuk mendesak kerajaan BN memberhentikan polisi khianat kepada para pekerja di negara ini seperti yang berlaku kepada KWSP dalam pembelian saham FGVH ini. 

"Golongan pekerja jangan takut untuk turun ke jalan raya sekiranya polisi khianat seperti ini diteruskan kerajaan BN," ujarnya lagi

20 September 2012

Kita buat berasingan

Usaha untuk Pemuda Umno dan Pemuda PAS bergabung untuk berhimpun menyatakan bantahan terhadap filem Innocence of Muslims tidak menjadi kenyataan apabila kedua-dua kumpulan membuat perhimpunan secara berasingan

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata walaupun hasrat awal beliau dan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan untuk bergabung, tetapi atas sebab "keselamatan dan bimbang insiden yang tidak diingini berlaku" maka kedua-dua pihak memutuskan untuk mengadakan secara berasingan.

Bagaimanapun, kata Khairy, kedua-dua kumpulan itu mempunyai niat dan hasrat yang sama untuk mengecam filem yang sama.

Pemuda Umno akan mengadakan perhimpunan di Majis Jamek Kg Baru, manakala Pemuda PAS akan berhimpun di kedutaan Amerika Syarikat.

"Selepas berbincang panjang lebar, kami bersolidariti, kita sokong himpunan mereka dan beliau (Nasrudin) sokong apa yang kita buat," kata Khairy dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

19 September 2012

RM100 juta jalan terakhir beli undi kaum India

Kerajaan meluluskan serta merta peruntukan RM100 juta bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf bangunan sedia ada dan membina bangunan tambahan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri G Palanivel berkata kerja-kerja tersebut khusus untuk diselenggara oleh kontraktor-kontraktor daripada masyarakat India.

"Saya telah pun memohon kepada Kementerian Kewangan supaya mengecualikan kontraktor-kontraktor tersebut daripada syarat memiliki sijil Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) untuk kerja-kerja tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan kerja pecah tanah tapak SRJKT Jalan Paya Besar dekat Padang Serai, hari ini.

18 September 2012

2181 berebut jawatan YB BN

Barisan Nasional (BN) menyenarai pendek 2,181 calon untuk dipertimbangkan bertanding kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Bagaimanapun, hanya 727 calon akan mendapat watikah untuk bertanding bagi 222 kerusi Parlimen dan 505 DUN diseluruh negara.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang mendapat teguran khusus kerana membeli peralatan tertera lapuk dan ketinggalan zaman kerana ada unsur-unsur tidak telus menyatakan hanya calun yang benar-benar bersih sahaja akan dipilih.

Saban hari kita menerima berita sikap buruk umno bermula dari pemimpin bertaraf menteri hingga ke ketua cawangan yang mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa.

... jadi mana satu calun umno yang bersih.... jika menteri yang jaga agama pun tiba-tiba duduk dalam istana.

14 September 2012

Pusat jangan degil : ikut Selangor. .... Dr Rani

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, isu pembaziran masa dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa menyediakan kos tambahan tidak akan timbul jika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan pada waktu yang sepatutnya.

“Kalau nak elak bazir masa dan kewangan, tak payah buat sebelum tempoh berakhir penggal. Buat sekali tahun depan dan biar sampai habis penggal, jangan buat awal.

"Mereka (Barisan Nasional) kata Pakatan Rakyat (PR) tidak menepati janji. Bagaimana nak realisasikan semuanya kalau masa tidak cukup. Bagi masa sebab kami nak selesaikan manifesto yang ada," katanya, di sini, semalam.

Dr Rani berkata, jika tidak mahu menyusahkan rakyat terutamanya mereka yang tinggal di luar Selangor dan terpaksa pulang semata-mata kerana pilihan raya, Kerajaan Pusat perlu mengadakannya serentak dengan Selangor tahun depan.

Bagaimanapun katanya, beliau akan cuba memanjangkan cadangan untuk menyediakan sedikit peruntukan jika ada keperluan bagi membantu meringankan beban rakyat Selangor pulang mengundi dua kali.

“Memang baik buruknya (pilihanraya berasingan) tetapi kalau betul jadi seperti itu (berasingan) kita cuba fikirkannya. Cuba panjangkan dan bagi cadangan kepada parti dalam mesyuarat parti nanti (Jumaat ini ada satu perjumpaan).

Bagaimanapun, Selangor mesti cukup penggalnya juga,” katanya.

Beliau juga tidak menafikan, tindakan mempercepatkan PRU13 membuktikan BN takut dengan manfaat yang diperoleh rakyat melalui program Kerajaan Negeri PR memandangkan program yang tiada dalam manifesto pun dilaksanakan seperti 'Jom Shopping' dan sebagainya.

Dalam pada itu katanya, tarikh PRU13 sepatutnya diumumkan lebih awal kerana yang akan mengundi berhak mengetahuinya. 

13 September 2012

Usaha terpuji ... patut dicontohi

Parlimen Shah Alam

Selangor lawan teka teki dengan Pusat

Sementara teka-teki tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berlarutan buat tahun kedua, Pakatan Rakyat (PR) juga bermain dengan teka-teki mereka.

Semalam, Majlis Pimpinan Presiden PR menegaskan tidak akan mengadakan PRU Dewan Undangan Negeri (Dun)serentak bersama PRU Parlimen jika Kerajaan Pusat membubarkan Parlimen tahun ini, yang dijangka November ini.

Pendirian PR Selangor bukan baru. Ia telah dibangkitkan tiga bulan lalu atas alasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) enggan membersihkan daftar pemilih. Dakwaan ialah daftar pemilih masih kotor.

Pendirian sebelum ini dibuat atas tanggapan PRU13 pada Jun lalu atau bulan ini. Spekulasi baru PRU13 mungkin dipanggil November-Disember ini.

Jadi, jika ia menjadi kenyataan, siapa akan untung - PR atau Barisan Nasional (BN)Rata-rata keputusan PR khususnya Selangor yang mahu mengadakan PRU13 secara berasingan akan memberi kelebihan kepada perikatan itu tetapi dalam masa yang sama, langkah itu dilihat membelakangkan hak rakyat sebagai pengundi.

Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata, PRU13 sama ada negeri ataupun pusat mesti mementingkan rakyat, dan oleh itu, jika pilihan raya diadakan berasingan ia merugikan rakyat. 

Menurutnya, strategi PR dilihat memberi kelebihan kepada parti itu jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan Parlimen tahun ini kerana memberi cukup waktu untuk memfokus kepada negeri Selangor yang dianggap kubu kuat. 

"Saya boleh katakan kalau dari segi modal, PR ambil langkah belakangkan rakyat kerana pilihan raya memerlukan modal dan sudah tentu duit rakyat yang digunakan. 

"Namun strategi yang digunakan memang menguntungkan PR dari segi masa, mereka boleh fokus pada soala letak calon dan sebagainya," kata profesor dari Universiti Kebangsaan Malaysia ini kepada Sinar Harian Online. 

Semalam, PR memutuskan bahawa Selangor tidak akan mengadakan PRU13 serentak jika BN membubarkan Parlimen tahun ini dan menghormati keputusan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang  akan turut mengumumkan PRU13 jika Parlimen dibubarkan.

BN Selangor menegaskan bahawa langkah terbaru ini menunjukkan PR takut untuk bertemu rakyat bagi mendapatkan mandat. 

Seorang lagi ahli Majlis Profesor Negara, Prof Dr .Jayum Anak Jawan turut melahirkan pandangan yang sama dengan Shamsul Amri.

Katanya, jika langkah PR mengadakan PRU13 secara berasingan, ia akan memberi lelebihan kepada parti yang memerintah iaitu perikatan itu yang dianggotai PKR, Pas dan DAP.

“Namun demikian, perkara ini tidak sepatutya dijadikan isu kerana memang hak pemerintah negeri untuk mengadakan PRU secara berasingan kerana mereka mempunyai hak untuk berbuat demikian,” ulasnya.

Beliau turut mengulas tidak perlu menimbulkan isu takut atau tidak jika pilihan raya diadakan secara berasingan kerana PR jelas merancang pelan yang cukup teliti untuk menang secara strategik.

Pusat dan Selangor akan bermain teka-teki dengan strategi dan pendekatan psikologi masing-masing.Satu lagi permainan untung-rugi politik yang menarik untuk dilihat di era pasca-PRU12.

12 September 2012

Komen pemimpin berjiwa besar

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghormati keputusan Majlis Syura Pas berhubung isu bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa, yang diputuskan Ahad lalu, dan tidak akan mencampuri urusan parti itu.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata, keputusan Majlis Syura yang tidak membincangkan isu Nasharudin perlu dihormati dan ia adalah hak Pas untuk menentukan sebarang keputusan.

"PKR tidak akan campur tangan ke atas sebarang keputusan yang diambil oleh Majlis Syura kerana itu hak peribadi mereka," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Kenyataan Anwar hari ini sekali gus menafikan khabar angin berkenaan penglibatan dan campur tangannya dalam menentukan keputusan majlis Syura.

Menurut Anwar, pihaknya tidak akan mencampuri sebarang keputusan melibatkan Pas termasuk isu Nasharudin.

"Pas sendiri tidak pernah mencampuri sebarang keputusan melibatkan PKR dan kami juga tidak akan campur tangan sebarang keputusan Pas," tegas beliau.

Beliau berkata, Pas boleh meneruskan keputusan yang dibuat ke atas Nasharudin itu kerana ia melibatkan hak peribadi parti.

11 September 2012

Barisan Nasional Lumpuh : 9 Negeri di bawah Pakatan


Selain mengekalkan kemenangan di negeri Kelantan, Selangor, Pulau Pinang, dan Kedah disamping merampas semula Perak, Pakatan Rakyat penuh yakin dapat melumpuhkan Kerajaan Barisan Nasional di tiga lagi iaitu Johor, Serawak dan Sabah selain mempertaruhkan Wilayah Persekutuan sebagai kubu utama dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub berkata, pihaknya yakin rakyat di negeri Johor, Sabah dan Sarawak, sudah berani untuk menolak pemerintah sedia ada dan menukar kepada pilihan baru.

Menurutnya, PR bakal mencipta sejarah politik negara seperti mana ‘tsunami politik’ ketika PRU12.

Secara keseluruhannya Pakatan Rakyat akan menawan 30 dari 82 Parlimen di tiga negeri ini, sekali gus dapat mengurangkan majoriti BN sedia ada.

10 September 2012

Start boikot kedai mamak walaupun bermula dengan "CAPATI"

Penulis memang dah lama bengang dengan mamak kutty ni. Bermula dengan Pilihanraya Tenang si mamak ni dah mula tunjuk belang terang-terangan sokong BN.

Kesedaran semua ahli PAS + PKR + DAP termasuk kepimpinan serta seluruh penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat amat penting bagi memastikan mamak kutty ni sedar diri sikit.

Adalah amat wajar bagi penyokong PR agar memboikot kedai mamak diseluruh negara bagi memberi pengajaran diatas keceluparan mulut simamak kutty ni walau pun anda bermula dengan memboikot "CAPATI"

Sementara itu Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) akan membantu Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menawan kembali kepimpinan negeri itu daripada Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum akan datang.
Presiden Kebangsaan Kimma, Senator Datuk Syed Ibrahim Kader berkata, Kerajaan PR telah melepaskan peluang diberikan rakyat pada pilihan raya umum 2008.

“Banyak janji manis dibuat PR kepada rakyat, tetapi mereka gagal untuk menunaikan janji itu.

“Terdapat banyak kelemahan dalam kepimpinan PR, tetapi mereka tidak melakukan apa-apa untuk membaiki kelemahan mereka sepanjang memerintah,” katanya dalam ucapan perasmian Majlis Konvensyen Kimma Negeri Pulau Pinang, di Dewan Parti Gerakan, di sini, semalam.

Lebih 300 ahli Kimma menghadiri Konvensyen itu yang dirasmikan oleh Pengerusi BN Pulau Pinang.

300 ahli pun dah berlagak.

Najib+Muhyiddin = crack team

Semenjak pasukan Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai BN pada 2009, perdana menteri dan timbalan perdana menteri itu cuba menonjolkan satu imej kepimpinan yang sepadu.

Namun, di saat pilihan raya makin hampir, tanda-tanda keretakan semakin ketara pada keutuhan kepimpinan yang digambarkan itu dan contoh paling jelas dilihat melalui reaksi kerajaan yang mengelirukan berhubung pindaan Akta Keterangan.

Susulan kepada bantahan Seksyen 114A Akta Keterangan oleh pengendali laman web, Najib pada 14 Ogos mengumumkan di Twitter bahawa beliau akan mengarahkan kabinet mengkaji semula peruntukan undang-undang yang menimbulkan kontroversi itu.

Sehari kemudian, Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat kabinet semasa ketiadaan Najib membuat keputusan yang bertentangan arahan perdana menteri supaya mengkaji semula pindaan tersebut.

Muhyiddin juga memanggil dua timbalan menteri, Datuk Saifuddin Abdullah dan Gan Ping Sieu, serta ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin berhubung pendirian mereka yang tidak bersetuju dengan peruntukan pindaan akta tersebut.

Anak Muda tidak "patriotik"

"ANAK muda kini tidak patriotik langsung!"

Tentu kita pernah mendengar rungutan ini. Tetapi adakah adil untuk terus menyalahkan segelintir golongan muda kerana mereka gagal memperlihatkan jiwa patriotisme?

Menjawab persoalan ini, Presiden Institut Pengurusan Malaysia, Tun Mohammed Haniff Omar berkata, masalah ini wujud kerana generasi sebelum mereka tidak memberikan pengisian dan teladan supaya generasi seterusnya menghayati erti mencintai negara.

"Berbezanya semangat patriotisme generasi lama yang lebih berkobar berbanding generasi baru antara sebabnya kerana generasi terdahulu secara kolektif tidak memberikan anak-anak muda kini pengisian dan teladan seperti mana yang telah mereka peroleh daripada orang-orang terdahulu

"Malah, pendekatan yang diberikan kepada generasi baru berhubung pengertian sayangkan negara telah banyak menyimpang, kerana itu mereka juga menyimpang di dalam menterjemahkan pemahaman mengenai semangat patriotisme kepada negara," katanya.

Beliau berkata, penekanan terhadap mata pelajaran sejarah dan kesusteraan serta intisari subjek tersebut juga sangat berbeza berbanding pengisian pengajaran yang diberikan semasa peringkat persekolah sebelum memasuki era kemodenan yang mana lebih menitik beratkan kebendaan dan kemewahan.

"Oleh kerana itu, tidak wajar menyalahkan generasi muda kerana asas yang kita berikan kepada mereka pada awal telah menyimpang," katanya.

Beliau turut memetik kata-kata penulis Inggeris, John Selber dalam bukunya Straight Shooting, menyatakan 'kenapa nak menyalahkan generasi baru apabila tidak menyamai kita setelah kita sendiri dan secara kolektif tidak memberikan mereka pengisian dan teladan sama seperti yang diberikan kepada kita oleh ibu bapa kita'.

Katanya, perbezaan generasi baru dengan generasi lama adalah semula jadi namun, apabila menyentuh soal sahsiah; akhlak; pegangan; dan nilai hidup, golongan ini tidak mungkin boleh jauh berbeza sekiranya pengisian didikan; ilmu; ajaran; dan persekitaran di mana mereka dibesarkan diberi penekanan kerana ciri-ciri pengisian inilah yang menentukan corak dan tahap patriotisme seseorang.

09 September 2012

Pengikut Umno tak guna kepala hotak

Presiden Umno kata "Mereka Pakatan Rakyat ingin mara untuk mengambil alih Putrajaya dari kita dalam PRU ke13 nanti"

"Jangan biarkan mereka (PR) ambil alih - jadi kita mesti buat SEKATAN POLITIK terhadap mereka" sambung Najib lagi.


Pengikut Umno tak pakai otak kata. ...

" Arahan dari DS Najib, mulai sekarang kita SEKAT semua bas, kereta, basikal pemimpin Pakatan Rakyat supaya tak boleh sampai Putrajaya dengan menahan dan menyimbah cat merah"

Rakyat dan pengundi kata "bodohnya otak pengikut Umno - tak faham bahasa - PM suruh sekat lain dia sekat lain"

Oleh itu menjadi kewajipan kepada orang Melayu untuk tolak Umno dan sokong PAS/PR dalam PRU nanti.

08 September 2012

Penyebab kedengkian Umno

Pelik bin Ajaib. 

Pemikiran penyokong Umno setaraf zaman jahiliah. Fikiran mereka begitu daif dan lemah sehingga tiada daya upaya untuk menyaingi kehebatan pemikiran Tan Sri Khalid Ibrahim, seorang tokok kooperat yang menjerumuskan diri dalam dunia politik.


Mungkin benarlah bahawa Umno yang sudah terlalu lama memerintah negara sudah terlalu tua dan lemah daya pemikiran mereka. Generasi muda penyokong Umno terdiri dari penyokong haprak yang terdiri dari samseng kampung dusun.

Sekali pun mereka mempunyai wang yang banyak bagi menyaingi Pakatan Rakyat dengan cara yang lebih terhormat tetapi wang tersebut hanya mampu menyogok dan mengupah rakyat untuk menjadi samseng jalanan.

Bayang kan buruknya perangai samseng tajaan Umno. Bas ini pun boleh menjadi kedengkian yang meluap kepada mereka. 

Apakah akan terjadi kepada negara jika Pakatan Rakyat tidak mengambil alih pemerintahan selepas PRU13?



07 September 2012

Ulamak Pembodek & Pengampu


Bekas mufti Perlis,  Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar ulama muda dalam Umno yang mengambil sikap membisu terhadap budaya politik samseng yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.
Dr Asri (gambar) juga berkata budaya politik samseng seperti serangan ke atas bas, menunjukkan punggung pada gambar pemimpin, membaling kasut dalam masjid, tarian punggung dan  lain-lain adalah bukti masyarakat kini semakin kehilangan adab sopan dan berakhlak buruk.
“Perbezaan politik bukan lagi membawa pertarungan minda dan tawaran khidmat pengurusan yang lebih baik, tetapi sebaliknya yang berlaku,”kata Asri dalam kenyataannya di  laman rasminya www.drmaza.com.

Insiden serangan bas jelajah merdeka ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kota Bharu dan kemudiaannya serangan ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) di masjid baru-baru ini mencerminkan imej  sebenar budaya politik ganas yang berlaku dalam negara.
Kontroversi memijak potret perdana menteri (PM) Najib Razak dan isteri dan kibaran bendera baru pada malam kemerdekaan diperbesar-besarkan oleh media  hingga memaksa polis mengambil langkah drastik bagi menangkap pesalah tersebut.
Ekoran beberapa insiden yang berlaku, Dr Asri menasihati ulama-ulama muda yang berada dalam parti politik untuk menyuarakan pendirian mereka dengan adil dan bukannya  mengikut kehendak parti semata-mata.
“Semalam jumpa beberapa tokoh Umno, mereka kata tolong beritahu ustaz-ustaz muda yang masuk Umno tu jangan terlalu mengampu. Kami pun tak suka,” tulis Dr Asri dalam  laman sosial Twitter.
Dr Asri juga memberi contoh dalam isu demonstrasi yang mencerminkan kedangkalan ulama dalam Umno yang sibuk mengharamkan dengan segala fatwa tetapi berdiam diri  apabila penyokong sendiri menganjurkan demonstrasi sambil menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya adalah seperti anjing.
“Dalil-dalil agama dan nama ‘salafussoleh’ dikhianati atas kedangkalan pengetahuan, ataupun kepentingan politik ‘orang muda agama’.
“ Maka tidak pelik jika Allah  menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya seperti anjing,” katanya lagi.

Mana lebih SUCI Masjid atau gambar Najib Rosmah?

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan membaling kasut di dalam masjid lebih hina daripada memijak gambar perdana menteri dan isterinya.

Ini kerana, katanya, masjid merupakan tempat suci dan dikira rumah Allah.Justeru, beliau mempersoalkan tindakan kerajaan dan akhbar arus perdana membesar-besarkan insiden memijak gambar melebihi insiden di sebuah masjid di Alor Setar baru-baru ini.

"Adakah gambar lebih suci daripada masjid, rumah Allah?" soalnya.

Beliau merujuk kepada insiden minggu lalu apabila anggota kumpulan pendesak Melayu didakwa membuat kacau tazkirah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di masjid.

06 September 2012

FGV untuk Najib kini jadi "Durian Runtuh Pakatan"

Perhitungan terakhir DS Najib untuk membeli undi peneroka Felda dan ingin menunjuk-nunjuk akan kehebatannya dengan penyenaraian FGV yg jatuh pada harga terendah semalam menjadi petak baru baginya dan kerajaan Umno serta Barisan Nasional untuk menghadapi PRU13 yang kelihatan semakin kelam.

Semalam dan hari ini Pakatan Rakyat yang cuba menyanggah idea kartun Najib tetapi "diharam jadahkan" oleh Najib mendapat durian runtuh dengan kejatuhan yang sememangnya telah diduga oleh pakar-pakar ekonomi yang jujur.

Kedegilan dan keangkuhan Najib bakal membawa petaka baru untuk rakyat Malaysia

Sementara itu lapuran yang diterima menunjukkan harga saham syarikat perladangan gergasi Felda, Global Ventures Holdings Bhd (FGV), telah jatuh di bawah paras psikologi RM5.

Ditutup pada harga RM4.85 semalam, dan dijangka mencetuskan satu lagi pusingan debat mengenai kontroversi penyenaraiannya Jun lalu.

Harga sahamnya telah berlanjutan merosot sejak pertengahan bulan Julai - dengan berkisar sekitar paras RM5 dalam tempoh sebulan lalu.

Bagaimanapun, saham FGV datang merosot 15 sen kepada RM4.85 selepas dibuka pada harga RM5 dalam dagangan awal pagi.

Bekas Menteri bakal lompat parti ...


Bekas menteri dan juga masih menjadi Ahli Parlimen di Perlis dikatakan meninggalkan Barisan Nasional (BN) sekiranya beliau tidak dicalonkan semula kerusi berkenaan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Beliau yang pernah dilantik menganggotai kabinet semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri ke lima, Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila memenangi PRU ke-11 pada 2004, kemudiannya digugurkan apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil-alih pemerintahan.

Menurut laman Facebook pro-Umno Perlis, beliau juga dikatakan telah mengatur beberapa mesyuarat untuk menentukan nasibnya sekiranya tidak dicalonkan semula.

"Tidak sepatutnya mengugut kepimpinan dalam perjuangan BN, kena lihat apa juga sumbangan beliau semasa menjawat jawatan menteri. Apa yang beliau bawa kepada pembangunan Perlis?

"Umurnya pun sudah semakin meningkat, adalah wajar diberikan kepada pimpinan muda. Ini tidak, mengatur rancangan untuk berpaling tadah pula kepada BN," katanya dipetik Sinar Harian, semalam.

Perlis mempunyai tiga kerusi Parlimen milik BN dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dua daripadanya dimenangi pembangkang.

Ahli Parlimen di Perlis adalah, Datuk Seri Azmi Khalid (Padang Besar), Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (Kangar) dan Datuk Ismail Kassim (Arau).

Menurut sumber lain, Ahli Parlimen berkenaan juga dikatakan sedang mengintai peluang bertanding kerusi DUN dan menjadi Menteri Besar sekiranya tidak dicalonkan di Parlimen.

05 September 2012

MESTI BACA - email dari Elizarbert Wong

Salam semua,

Jelas UMNO/BN kuat mainkan pelbagai sentimen lanjutan drpd sambutan Ambang Kemerdekaan Kerajaan Negeri Selangor 2012.

Antara yg perlu dijelaskan ialah:-

1. DYMM Tuanku Sultan tidak pernah dijemput untuk program Ambang Kemerdekaan 30 Ogos
SMS drpd Dato SS hari Jumaat,

"Saya maklum, Utusan sengaja nak buat isu. Selama ini memang Tuanku tak pernah dijemput dalam program malam kemerdekaan kecuali majlis baca yasin.

Saya minta Dato Munir untuk beri penjelasan semula."

2. DYMM Tuanku Sultan dijemput dan hadir di program bacaan Tahlil/Yasin 31 Ogos Ini juga program Kerajaan Negeri dan Tuanku hadir juga pada tahun ini, seperti sebelum ini

3. Jemputan berucap di program Ambang Kemerdekaan 30 Ogos 2012.

DSAI ada locus standi (kedudukan) di pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Dan Kerajaan Negeri sebagai tuan rumah, adalah hak mereka siapa mereka nak jemput untuk hadir & berucap.

Terima Kasih

Elizarbert Wong

04 September 2012

Kontroversi : jangan gam pulak


TGNA tak kisah bila PRU13

Bagi TGNA Pas tidak ada sebarang masalah dan bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada bila-bila masa termasuk kemungkinan diadakan pada November ini.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pendiriannya sama seperti sebelum ini yang tidak kisah tarikh PRU13 diadakan asalkan rakyat memberikan sokongan kepada parti itu dan Pakatan Rakyat.

“Saya selalu sebut, pilihan raya nak buat bila-bila pun tak apa tetapi pastikan rakyat mengundi Pas atau Pakatan Rakyat.

Kita selama-lamanya siap sedia,” katanya.

"Azizan akan disingkir" tajuk paling biadap SINAR HARIAN hari ini

Lapuran penuh Sinar Harian hari ini :-

Spekulasi Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bakal digantikan kembali diperkatakan kebelakangan ini ekoran masalah kesihatan yang dialaminya.

Memetik laporan sebuah portal berita, Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar yang juga Ahli Jawatankuasa Pemandu mengesahkan,o kemungkinan Azizan digantikan sekiranya ada calon yang sesuai dikenalpasti.

Difahamkan, pemimpin Pas Pusat sudah mengadakan beberapa perbincangan untuk mencari calon sesuai menggantikan Azizan.

Sebuah laman blog (Kedah Ke KL) pula mendakwa, masalah kesihatan Azizan dijadikan alasan oleh pemimpin Pas yang berpengaruh untuk menyingkirkan Azizan daripada jawatan Menteri Besar, manakala sebuah blog (Unit Media Kedah) melaporkan Azizan kini dikelilingi pemimpin yang mahukan jawatan beliau termasuk Exco Kerajaan Negeri.

Mengulas perkara itu, pemimpin Pas kanan yang juga Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul menafikan spekulasi itu, selain menyifatkan ianya hanya khabar angin.

"Tidak ada perbincangan dibuat oleh pemimpin Pas Kedah mahupun Pusat untuk gantikan Azizan dengan pemimpin lain. Saya juga tidak dimaklumkan oleh mana-mana pemimpin Pusat berkenaan perkara itu,” katanya.

Menurutnya, keyakinan yang ditunjukkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika mengunjungi Azizan di hospital baru-baru ini, menepis spekulasi terbabit, di mana Azizan dikatakan masih mampu menerajui Kedah.

“Mustafa sendiri akui Azizan mampu mempengerusikan mesyuarat penting walaupun diadakan di hospital. Ini bermakna Azizan masih mampu terajui Kedah walaupun masih dalam proses rawatan,” katanya.

Mohamed Taulan berkata, Azizan perlu mendapat rehat secukupnya tanpa gangguan. Keadaan ini perlu bagi membolehkan beliau pulih dengan cepat dan kembali bertugas secara rasmi.

“Keadaan Azizan semakin baik, beliau bukan sahaja hadir pada Rumah Terbuka Pas Kedah Sabtu lalu, malah dijadualkan mempengerusikan mesyuarat Exco esok, (Rabu, 5 September) ini,” katanya.

Menurutnya, walaupun keadaan Azizan semakin positif, namun hanya saudara terdekat dan pegawai kanan Azizan dibenarkan berjumpa dengannya.

“Saya sendiri belum berjumpa Azizan sejak beliau dimasukkan ke Kedah Medical Centre (KMC),” katanya.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Mohamad Helmi Mohd Khalid ketika dihubungi, mengesahkan mesyuarat Exco yang dijadualkan esok akan menjadi perjumpaan rasmi pertama dengan barisan Exco sejak beliau mengalami masalah kesihatan.

“Sejak dimasukkan ke KMC, Azizan tidak dibenarkan menerima kunjungan pelawat bagi membolehkan beliau rehat secukupnya,” katanya.

Azizan dilaporkan berada di KMC sejak 22 Ogos lalu.

03 September 2012

Habislah MODAL Umno

Prof Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi bersama isterinya, Norhayati Yusof memilih parti DAP untuk menjelaskan bahawa DAP bukanlah untuk bukan Melayu sahaja.

Mohamad Tajuddin berkata, serangan segelintir pihak terhadap DAP kononnya parti itu anti-Melayu dan anti-Islam mahu ditanganinya secara ilmiah.

“Saya tidak terlalu minat bidang politik dan orang parti. Cuma saya agak kurang senang terhadap serangan segelintir pihak kepada rakan-rakan bukan Melayu khususnya dalam DAP bahawa mereka anti-Melayu dan anti-Islam.

“Sebagai seorang ahli akademik, saya mahu perkara ini diperbetulkan dan saya mahu menjadi ‘jambatan’ antara orang Melayu dan bukan Melayu seterusnya mengajak bersama menyertai DAP,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Bilik Gerakan DAP Dewan Undangan Negeri (Dun) Stulang di Taman Maju Jaya, di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Publisiti DAP merangkap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Pengerusi DAP Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai, Dr Boo Cheng Hau dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.


Tajuddin berkata, penyertaan dalam DAP sebagai ahli biasa membuktikannya percaya kepada kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) termasuklah parti komponen lain iaitu Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kita rempuh "ROADBLOCK TO PUTRAJAYA"

Pakatan Rakyat (PR) bertekad meneruskan perjuangan menempuh ‘sekatan politik’ Barisan Nasional  (BN) yang mahu mengahalang misi Road to Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau tidak menafikan usaha untuk menawan Putrajaya sukar tetapi dengan usaha yang berterusan PR yakin mampu mengubah corak politik baru di Malaysia. 

“Kami tetap akan tempuh,” tegasnya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun  Razak kelmarin berkata, anggota Barisan Nasional (BN) perlu bersatu hati membentuk 'sekatan politik' demi  memastikan hasrat dan langkah pembangkang merampas Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang dapat dihalang.

Pengerusi BN itu berkata, sebab itu Umno dan parti komponen BN yang lain perlu muncul sebagai parti yang bukan sahaja boleh menang tetapi menang besar dengan cukup bergaya.

"Kalau mereka (pembangkang) ada slogan 'The Road To Putarajaya' (Laluan Ke Putrajaya), kita nak sekat mereka jangan sampai ke Putrajaya, kita tak nak buat 'roadblock' (sekatan jalan) polis tapi kita buat 'roadblock' daripada segi politik kerana mereka tidak layak duduk di Putrajaya.

Justeru Tuan Ibrahim menambah, kejayaan negeri yang diperintah oleh PR kini membuka mata rakyat untuk menempuh lembaran politik baru di negara ini.

"Misi menawan Putajaya tidak mustahil bagi kami. Media baru turut memainkan peranan penting dalam menjana maklumat terus kepada rakyat seterusnya rakyat sendiri mampu menilai dengan bijak,”  katanya lagi. 
Sementara itu, Naib Presiden PKR, N. Surendran berkata, tindakan Najib mahu melancarkan sekatan politik ke atas PR lansung tidak memberi impak dalam meneruskan misi menawan Putrajaya. 

Menurutnya, kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan kerajaan dapat dilihat dan Umno perlu sedar parti itu tidak berdaya untuk selamatkan kedudukannya lagi di Putrajaya.

"Ini kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan kerajaan, biarlah Najib dengan sekatan dan agendanya.
 "Mereka (Umno) perlu sedar mereka tidak berdaya lagi untuk halang rakyat dan PR yakin akan dapat tawan Putrajaya melalui kebangkitan rakyat," katanya.

Beliau juga berkata, Umno sebenarnya makin lemah untuk menghalang rakyat, yang bersama PR, bagi membentuk  kerajaan yang lebih adil.

"Terpijak" lagi Najib eh

Demi duit antara perjuangan Umno ialah mempertahan institusi judi dinegara ini.

Umno dan Sport TOTO berpisah tiada.

Anda nak kata atau nak bela perbuatan seorang ahli Parti ni ... itu hak anda.

Cuma ahli serta pemimpin parti  ini sudah tidak layak menjadi pemimpin masa depan negara.

Terpijak lagi ke Najib dengan gambar eh? ... perlu ada siatan segera untuk mengetahui kesahihan gambar ini dan motif penyiarannya. .... he3x. .. Tolong Orang Tipu Orang

02 September 2012

Tindakan cukup biadap Lembu Umno : DSAI dibaling dengan kasut


Sekumpulan samseng yang dipercayai ahli Perkasa hari ini bertindak ganas dengan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah.

Menurut laporan Keadilandaily, tindakan biadap itu tercetus apabila beberapa pemuda berhimpun dan memulakan provokasi ketika Anwar hendak menyampaikan tazkirah di dalam masjid Al Husin.

Mereka juga bertindak memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, memaksa Anwar menggunakan loud hailer untuk meneruskan kuliahnya.

Kumpulan terbabit juga mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan. Malah, mereka turut menggunakan pembesar suara dan membunyikan siren ketika Anwar menyampaikan tazkirah.

Ketua kumpulan itu yang hanya dikenali sebagai Dato Yusof dikatakan mengugut bertindak lebih keras sekiranya Anwar tidak menghentikan kuliahnya serta-merta.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan tiada apa yang perlu ditakutkan menyebabkan jemaah masjid terus mendengar kuliah beliau.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang berada di masjid itu turut menjadi sasaran apabila kasut yang dibaling hampir-hampir mengenai beliau.

Kejadian serangan terhadap ketua pembangkang ini adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan, semalam.

Sambutan Kemerdekaan terakhir Kerajaan Umno & Barisan Nasional.

Ini Jawapan seorang Perdana Terakhir "Janji di Capati" setelah anggaran yang dibuat oleh Rais Yatim melalui Sinar Harian Online dan Metro bahawa lebih 200,000 orang hadir ke perhimpunan malam tadi yang akhir hanya mampu mengumpul 50% kurang dari jangkaan awal.

Inilah reaksi awal rakyat untuk menjadikan sambutan Ulang Tahun Ke Merdekaan yang 55 pada tahun 2012 ini adalah yang terakhir buat Kerajaan Umno dan Barisan Nasional.

Najib kata Sambutan kali ini 'sempoi dan cool' mungkin merujuk kepada dinginnya sambutan rakyat Malaysia keatas Sambutan Kemerdekaan tahun ini kerana "Umno terlalu mempolitikkan sambutan tahun ini".

Sebagai "Protes dari Rakyat Malaysia" anda boleh lihat bagaimana minat untuk rakyat mengibarkan jalur gemilang hampir tiada termasuk dari Ahli Umno dan komponen yang mungking menghanpiri angka 3 juta. 

Jika 20% sahaja dari ahli-ahli parti memerintah begitu taat dengan arahan pimpinan mereka yang hari-hari diulang supaya mengibarkan jalur gemilang melalui media arus perdana ... anda bayangkan betapa meriah suasana sambutan. Tapi malangnya mereka marah kerana mereka rasa ditipu bukan sahaja oleh Rais Yatim tapi oleh kerjaan yang memerintah sekarang.

Umno merasakan bahawa Malaysia hanya kepunyaan parti mereka dan Barisan Nasional .... walhal mereka lupa bahawa umno bukan milik rakyat Malaysia. Umno hanya milik Umno.

Tidak seperti di Britain bilamana sambutan ini dibuat bersama barisan parti memerintah dan pembangkang dan ditengah-tengah ialah Queen. 

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini