19 June 2010

Tiada PRK dalam masa terdekat

Persoalan bahawa mungkin kerusi Ahli Parlimen Batu yang disandangnya akan terlucut kerana beliau berhadapan dengan denda tidak kurang dari RM2,000, nyata tidak perlu disangkal lagi.

Hal ini kerana Hakim Datuk Ghazali Cha dalam penghakimannya semalam memutuskan bahawa keputusan itu dibuat untuk mengelakkan sebarang pilihan raya kecil diadakan. 

" Klarifikasi ini dari hakim perbicaraan hakim mahkamah tinggi itu penting kerana hakim mahkamah tinggi mengatakan denda tersebut telah diberikan kerana tidak ingin satu pilihan raya kecil yang baru"  ujar Pengerusi Jawatankuasa Perlembagaan, Majlis Peguam, Edmund Bon.

Ketidakpastian berhubung status Tian mendapat perhatian media setelah Mahkamah Tinggi memutuskan untuk mendenda beliau tidak kurang dari RM2,000 atas kesalahan menggigit seorang polis tiga tahun lalu.

Mahkamah Tinggi sebelum itu menolak rayuan Tian namun kemudiannya mengurangkan denda kepada RM2,000 dari RM3,000 atau dua bulan penjara. 
Namun status kerusinya masih tidak jelas memandangkan beliau telah melangsaikan denda RM2,000 itu dan tidak memohon supaya hukuman ditangguhkan.

Menjelaskan kepada Tv Selangor,  Edmond Bon berkata terdapat dua interpretasi berhubung Artikel 48, perlembagaan persekutuan - pertama ialah denda “RM2,000 atau lebih”, dan kedua ialah denda “RM2,000 atau kurang” yang akan mengakibatkan seseorang hilang kelayakan sebagai ahli parlimen. 

" Ada dua interpretasi sama ada, kalau denda itu RM2,000 sama ada diskualifikasi tersebut terpakai. Jadi ada dua interpretasi sekarang. Secara logiknya perkataan yang digunakan bukan lebih dari RM2,000 tetapi perkataan yang digunakan tidak kurang dari RM2,000, secara logiknya kalau dendanya RM2,000, maknanya MP tersebut telah kehilangan kerusinya dan satu pilihan raya kecil boleh dipanggil" .

Pada 22 Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah kerana mengasari seorang anggota polis, tiga tahun lalu.

Mengikut Artikel 48, perlembagaan persekutuan, seseorang ahli parlimen hilang kerusinya apabila dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang setahun atau didenda tidak kurang RM2,000.

Semalam peguam Karpal Singh memaklumkan portal Malaysiakini bahawa Tian mungkin hilang kerusinya.

"Jika denda adalah RM2,000, dia akan hilang kerusinya jika beliau membayar denda itu" ujar Karpal. 

Sementara itu menurut Edmund, Tian perlu membayar kurang dari RM2,000 bagi membolehkan beliau kekal sebagai Ahli Parlimen Batu. 

" Kalau tidak ada pilihan raya kecil  perlu didenda RM1,999.90. Kalau RM2,000 maknanya secara logiknya, MP tersebut telah kehilangan kerusi beliau" tambah beliau lagi. 

Diuja dengan persoalan apakah keputusan yang dibuat oleh hakim adalah keputusan muktamad untuk menentukan kedudukan Tian, ini jawapan Edmond. 

" Hakim mungkin mengambil interpretasi yang tidak tepatlah. Mungkin mengatakan (demikian) walaupun dia hendak denda dikurangkan supaya tidak diadakan apa-apa pilihan raya kecil tetapi terpulang kepada speaker dewan dan SPR untuk mengambil keputusan".

1 comment:

  1. Assalamualaikum..saya dapat rasakan bahawa mereka tidak akan membuat pilihan raya kerana rakyat sangat marah dengan isu-isu semasa. Selagi boleh pihak pendakwa raya tidak akan membenarkan berlakunya pilihan raya.Itu pandangan saya.

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini