31 October 2010

Live dari Galas : Utusan Meloya & Berita Hairan tak laku ke?

Pagi pusing-pusing cari makan kat Bandar Lama Gua Musang berhampiran Stesen Keretapi belori-lori surat khabar Utusan Meloya dan Berita Hairan termasuk Sinar Hairan diberi percuma kepada semua kenderaan yang lalu lalang.

Ini kerja UmNGOK lah, kami pusing 5 kali di 4 lokasi dan dapat hampir 20 sets ketiga-tiga surat khabar tersebut.

Jika anda masih berada di Galas arahkan semua petugas diBilik Gerakan masing-masing untuk keluar mengutip surat khabar tak laku tu untuk dijadikan "surat khabar lama" bungkus nasi lemak.

Berita dalam ke tiga tiga paper tu, nak baca pun tak lalu.

Akhirnya UBN tunduk kepada PAS

Seperti yang semua orang sedia maklum akhirnya Negeri Sembilan dibawah kerajaan UBN tunduk kepada Negeri Kelantan (PAS) dalam pertandingan akhir Piala Malaysia malam tadi.

Kekalahan 2 - 1 tersebut mengembirakan seluruh rakyat Kelantan, Di UPU Lepan Tupai seorang aktivis PAS sanggup datang dari KB hanya semata-mata menyediakan Projector dan layar besar untuk kemudahan orang kampung mengikuti perlawanan tersebut. Ketika berbual dengannya beliau mengambil masa dua setengah jam untuk datang ke Lepan Tupai. Beliau yang amat berpuas hati dengan keputusan perlawanan tersebut disamping mendapat sambutan luar biasa dari rakyat Kelantan dan juga penyokong PAS dari luar yang hampir semuanya kecuali penyokong PAS dari Negeri Sembilan sahaja yang menyokong Negeri Sembilan, yang lain semuanya menyokong Kelantan.

Aktivis tersebut yang amat gembira dengan keputusan tadi telah membayar semua makan minum seluruh penonton yang yang hadir termasuk kami.

Mungkinkah kemenangan ini menandakan UBN akan tumpas di Galas?

30 October 2010

Live dari Galas : Semua aktiviti kempen terhenti

1. Selepas mengambil YB Dr Mariah dari Bilik Gerakan Muslimat jam 8.45 mlm tadi, Sekretariat Parlimen Kota Raja seramai 8 orang terus menghantar beliau untuk bermesyuarat di Bilik Gerakan Helwa.
2. Sehingga waktu ini semua aktivi kempen kedua-dua parti terhenti, manakala bilik gerakan UPU disesetengah tempat terlalu sunyi, tukang kempen kini beralih kekedai-kedai kopi dan warong serta restoran yang ada TV kerana disana berkumpul ramai orang yang mengadap TV melihat perlawanan akhir Piala Malaysia diantara Kelantan  bertemua Negeri sembilan.
3. Selain dari bola pada ini hujan lebat sedang turung di Galas.

4. Kami pulang kehotel untuk berehat seketika kerana pada jam 10.30 malam nanti akan mengiringi YB ke Lepan Tupai untuk beliau bermesyuarat disana. Siang tadi kami kesana dan melihat UBN sedang mengagih jambab bodo kepada penduduk.Hilang akal ke diorang ni. menyusahkan orang kampung nak modalkan lagi RM2,000.Dalam PRU yang lalu PAS cuma menang 11 undi di UPU ini dan siang tadi persangingan begitu sengit diantara PAS dan Umno dalam menganjurkan pelbagai program dan menarik ada program sukan oleh PAS dan Program kesihatan oleh UBN dibuat begitu dekat iaitu hanya dipisahkan oleh jalan raya sahaja, tapi OK tiada sebarang masaalah.

5. Hotel budget kat sini amat mahal, diberitahu oleh penjaganya bahawa harga yang kami bayar RM150.00 hari ini hanya RM65.00 untuk hari biasa sebelum PRK.

6. Nak makan pun kena hati-hati jika tidak mahu terkejut ketika membuat pembayaran.


29 October 2010

Kota Raja Terbaik di Selangor

Selaku Ketua UPP Kota Raja saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh petugas dari PAS dan PKR yang telah mendaftarkan pencapaian tertinggi dalam fasa 1 Program Pendemokrasian Rakyat Selangor yang lalu.

Hari ini sempena Majlis Pelancaran Fasa 2 Pendemokrasian Rakyat Selangor, saya telah dimaklumkan oleh Sekretariat Pendemokrasian bahawa PAS Kawasan Kota Raja bakal naik kepentas untuk menerima Cenderamata dan wang tunai dari YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim diatas pencapaian tertinggi pendaftaran pemilih iaitu sebanyak 292% melebihi sasaran yang ditetapkan oleh pihak Sekretariat.

Kejayaan ini merupakan kejayaan bersama untuk meneruskan rentak kemenangan di Parlimen Kota Raja serta DUN Sri Muda dan Sri Andalas. Ia nya harus dikongsi bersama oleh semua jentera pilihanraya Pakatan Rakyat Parlimen Kota Raja termasuk kepimpinan PAS Kawasan yang diketui oleh YDP En Jaafar Samsuddin, JPrK, MTD dan YB Dr Siti Mariah, YB Shuhaimi dan YB Dr Xavier yang telah bersama-sama turun padang untuk bagi melaksanakan tugas mencari pengundi secara bersungguh-sungguh.

Dengan pelancaran Fasa ke 2 ini adalah diharapkan Kota Raja terus maju kehadapan untuk melenyapkan impian UBN untuk berkuasa kembali di Selangor dan Kota Raja am nya.

Mohd Razif Maslan
Ketua UPP Kota Raja
SUK Shah Alam



Program Pendemokrasian Rakyat Selangor

Sekarang berlangsungnya program pendemokrasian rakyat selangor di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK. Program ini diwakili oleh Saudara Razif, Mohd Iqbal dan Shamsul. Berita selanjutnya akan menyusul.

28 October 2010

Demam PRU 13 bermula

Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun 3 - 2010 telah dikeluarkan oleh SPR. Bagi JPrN Selangor setiap PAS Kawasan telah dibekalkan dengan RDPT tersebut bermula pada hari Selasa 26.10.2010 yang lalu.

Diberitakan ada Kawasan yang tidak prihatin untuk meneliti serta membuat semakan serta membuat bantahan terhadap RDPT yang dikeluarkan oleh SPR tersebut. Peristiwa ini amat malang kerana  perkara sebegini  tidak sepatutnya berlaku. Kadang-kadang saya tidak faham mengapa masih ada pimpinan disemua peringkat yang masih tidak mengambil berat perkara ini, tapi cakap berapi-api untuk menang dalam PRU 13 akan datang.

Lebih malang lagi ada kawan kita yang langsung tidak memperdulikan Daftar Pemilih ini tapi sibuk pusing 1 Malaysia hanya untuk merebut jawatan dalam parti. Saya sungguh tidak faham, tapi inilah dunia, dan Allah pula takdirkan kira mendapat kawan seperti ini, teruskan sajalah dengan penuh sabar.

Jika anda pimpinan PAS Kawasan atau Cawangan dan buat masa ini tidak ke Galas atau Batu Sapi, Galaslah tugas penting ini dengan membuat semakan dan bantahan jika perlu. Kumpulkan tiga empat orang kawan untuk melaksanakan tugas dan tanggung jawab ini dan hantar ke pejabat pas kawasan masing-masing selewat-lewatnya ahad ini. TAHNIAH, Anda benar-benar hebat jika dapat melaksanakannya.

Seramai 246,962 orang telah mendaftar sebagai pengundi baru sepanjang tempoh suku ketiga tahun ini — antara Julai hingga September lalu — paras mirip suasana setahun sebelum pilihan raya umum 2008. 

Perkembangan itu menandakan orang ramai juga sudah “dijangkiti” demam pilihan raya ketika banyak pihak meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan pertengahan tahun depan.

Sepanjang 2007 — tahun demam pilihan raya umum ke-12 — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima purata 300,000 permohonan setiap suku tahun.

Jumlah semasa itu juga lebih tinggi berbanding 191,970 permohonan baru yang diterima sepanjang suku kedua tahun ini iaitu antara April dan Jun.

Pada suku pertama iaitu Januari dan Mac lalu, suruhanjaya menerima 157,327 permohonan.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang turut mengakui peningkatan dalam jumlah pendaftar baru berkata, ia merupakan satu trend biasa atau normal menjelang pilihan raya umum.

“Biasanya jumlah pengundi baru akan meningkat ketika menghampiri atau menjelang pilihan raya umum, saya gembira dengan peningkatan ini,” kata beliau sambil menambah, peningkatan ini membabitkan semua pendekatan yang digunakan untuk mendaftar pemilih-pemilih baru.

“Kesemua pendekatan seperti penggunaan penolong pendaftar, pejabat pos, kaunter-kaunter SPR... semuanya memperlihatkan peningkatan jumlah pengundi baru yang didaftarkan,” katanya.

Jelas beliau, kadar pendaftaran pengundi baru akan menurun selepas sesuatu pilihan raya umum.
“Ini trend normal,” katanya.

Ketika ditanya sama ada SPR menjangkakan peningkatan dua kali ganda pada suku keempat tahun ini berbanding tempoh Julai hingga September, Abdul Aziz: “Sukar untuk dijangkakan, tetapi saya gembira dan berharap boleh mencapai tahap itu.”

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, SPR berkata, dalam tempoh yang sama — Julai dan September lalu — seramai 32,494 pemilih sedia ada memohon pertukaran alamat pusat mengundi.

Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi suku tahun ketiga 2010 telah mula dipamerkan sejak semalam sehingga 2 Novemver di 997 tempat pameran di seluruh negara, kata SPR.

Mereka yang baru memohon menjadi pemilih atau pemilih berdaftar yang telah memohon untuk pertukaran alamat pusat mengundi dinasihatkan untuk menyemak rang tersebut.

“Mana-mana warganegara yang baru mendaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2010, boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B,” kata kenyataan itu lagi.

Sementara itu, bagi mana-mana pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang dalam rang itu boleh membuat bantahan dengan mengisi Borang C.

Antara tempat pameran rang daftar pemilih ialah Pejabat Pilihan Raya Negeri (14 tempat), Pejabat Pos Berkomputer (457 tempat), kompleks atau  pejabat kerajaan (103 tempat), Pejabat Daerah atau Pejabat Tanah (157 tempat), Majlis Daerah atau Perbandaran (52 tempat), Dewan Serbaguna, Rukun Tetangga, Balai Raya, Kompleks Penghulu, Dewan (183 tempat) dan lain-lain tempat (30 tempat).

Selain itu, SPR juga turut mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada Daftar Pemilih.

“Asas SPR mengeluarkan nama pemilih berkenaan daripada Daftar Pemilih ialah kerana mereka ini didapati telah meninggal dunia, lucut hak warganegara dan telah bersara daripada Angkatan Tentera atau polis yang bermakna telah hilang kelayakan sebagai seorang pemilih pos dan sebagainya,” kata SPR.

Justeru, SPR memohon kerjasama waris untuk melaporkan kematian kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan segera serta membawa permit mengubur sebagai bukti kematian bagi membolehkan JPN mengeluarkan Sijil Kematian kepada waris.

“Tanpa memperoleh pengesahan daripada JPN bahawa seseorang pemilih itu telah pun meninggal dunia, SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan nama-nama pemilih berkenaan daripada pengkalan data Daftar Pemilih,” kata kenyataan itu.

SPR juga menasihatkan pemilih-pemilih berdaftar untuk membuat semakan maklumat pendaftaran pemilih bagi memastikan pemilih-pemilih ini didaftarkan di lokaliti yang betul.

Bagi pemilih-pemilih berdaftar yang sudah bertukar alamat tempat bermastautin, mereka digalakkan membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi bagi membolehkan mereka mengundi di satu pusat mengundi berdekatan dengan tempat kediaman masing-masing.

Permohonan pertukaran alamat pusat mengundi boleh dibuat di mana-mana pejabat pos berkomputer, kaunter-kaunter bergerak SPR, kaunter ibu pejabat SPR di Putrajaya atau di kaunter-kaunter pejabat pilihan raya negeri.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web SPR  atau menghubungi ibu pejabat SPR di talian 03-88856500 atau melalui faks 03-88889117 atau menghubungi mana-mana pejabat pilihan raya negeri.

Idea Perang Candu

Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal terhadap cadangan kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Ini adalah petanda pemimpin negara ini sudah bangkrap idea dan muflis akhlak sehingga sanggup memperjudikan moral rakyat di negara ini. Kenapa pemimpin BN  sanggup untuk mencadangkan idea yang melawan arus dan berpaling ke belakang seolah-olah tidak ada jalan lain untuk menjana kewangan di negara ini. 
Ketika semua pihak memikirkan mengenai keruntuhan akhlak seperti buang bayi, perzinaan, gadis hilang, gadis lari rumah, pembunuhan, lumba haram dan sebagainya, tiba-tiba kerajaan boleh mencadangkan program yang boleh diibaratkan seperti meletak baja  di sebelah tangan kanan dan mencurah racun di sebelah kiri. Apakah ini sabahagian daripada cadangan APCO Yahudi yang memang hendak menawan dunia melalui penaklukan moden tanpa pertumpahan darah sebaliknya dengan membunuh benih iman dan akhlak di negara ini.
 Mereka mencari jalan pintas dengan mencadangkan perkara tersebut untuk meningkatkan pendapatan negara  sebagai sebuah negara maju 2020.  Lebih mengejutkan lagi Projek Penggerak Ekonomi (EPP) juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Walaupun projek ini untuk menarik pelancong luar negara berhibur dan berbelanja, namun kesannya tetap akan dirasai oleh rakyat di negara ini.  
Sebenarnya rancangan ini untuk  menjadikan rakyat lalai dengan hidangan “candu hiburan” dan melupakan malapetaka rasuah  yang terus mencengkam negara di tangga ke 56. Buktinya Indeks Persepsi Rasuah yang dijalankan oleh Transparency International (TI) tetapi mata yang dikutipnya terus merosot daripada 4.5 kepada 4.4. Markah itu membuktikan bahawa negara telah gagal mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang meletakkan sasaran mereka daripada 4.5 kepada 4.9 daripada markah maksimum -10 mata.  
Laporan Ketua Audit Negara 2009 , menggambarkan kegagalan kerajaan Umno BN berterusan tidak menunjukkan kebolehan mengurus sehingga banyak berlaku ketirisan di banyak Kementerian. Walaupun dengan berbagai slogan yang dikemukakan seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Ekonomi (ETP), namun hasilnya adalah sama sahaja. Semuanya akibat kejahilan dan  rosaknya integriti di kalangan pemimpin negara menyebabkan pelabur luar  meluat untuk datang ke negara ini.  Buktinya laporan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Negara-Negara ASEAN, Malaysia hanya mampu meraih pelaburan bernilai USD 1, 381 juta sahaja pada 2009 berbanding USD 7, 318 juta pada 2008. Kejatuhan nilai pelaburan ini adalah yang tertinggi berbanding negara ASEAN lain.
Ustaz Idris Ahmad 
http://generasiantinarkoba.blogspot.com (Sejarah Perang Candu)

27 October 2010

Galas Berpesta Gelek bersama Puteri UMNO...

Kempen hari pernamaan calon DUN Galas UMNO telah mempergelek-kan Puteri-Puteri UMNO... Inilah cara UMNO berkempen yang di bawa dari Monaco berkat acara IFF yang di-naungi Rosmah Mansor...

Sila klik link dibawah;

UMNO Pesta Gelek bersama Puteri


Apa nak jadi lah UMNO ni..

Bila datang pertolongan Allah

Semalam di Galas, Syukur kita kepada Allah SWT




25 October 2010

Kota Raja sudah mula berkampung di Galas

Dengan YB Dr Siti Mariah selaku Timbalan Pengarah 3 JPP telah dua 3 kali berulang alik ke Gua Musang untuk menghadiri beberapa sessi mesyuarat, ditambah lagi dengan YDP merangkap SU JPrN Selangor juga telah dua tiga kali kesana untuk membuat pelbagai persiapan, AJK Kawasan Kota Raja juga terus menyusul kedua-dua pemimpin ini untuk bersama-sama menggalas tugas di Galas.

PAS Kawasan Kota Raja merupakan paling awal bagi PAS Selangor dan tugas menyediakan Bilik Gerakan menjadi tanggung jawab yang paling aula. Alhamdulillah berkat usaha keras secara usaha sama yang diamalkan selama ini kerja-kerja ini walau pun remeh dan teknikal tetapi berjaya juga di Galas oleh AJK PAS Kota Raja.

Saya siarkan bingkisan dari Gua Musang oleh petugas PAS Kota Raja disana.

Salam 4all buat rakan seperjuangan.

Ada sedikit bingkisan buat tatapan. (Refer Photo), Alhamdulillah, misi kami dari 22hb hingga 24hb bagi penyediaan Bilik Gerakan dan Penstrukturan Bilik Gerakan Selangor di Bandar  Baru Gua Musang telah pun kami laksanakan - bg PRK N45 Galas.
Juga, gerakerja spt Pemeriksaan Perubatan Percuma bersama YB Dr Rani (Adun Meru) juga telah dijalankan selama 3 hari berturut2.
Kepada sahabat 2 saya dari Kota Raja, (Ketua Misi) Hj Hakim & ; Sdr Mutalib Adam, walaupun letih dan penat sedikit..masing2 merasa puas dan seronok ...amat berpuas hati kerana misi bagi persediaan Bilik Gerakan berjaya dilakukan dengan begitu cemerlang. (sebelum ini BG kosong) dan dapat digunakan dengan sebaik mungkin oleh JPRK/Kaw lain yang datang untuk memulakan gerakerja ini. 
Difahamkan mula hari ini 25hb Okt hingga hari mengundi 4hb Nov, BG akan sibuk bagi menghadapi PRK. Bagi mereka yang akan datang bagi gerakerja harap dapat membuat persiapan awal seperti menyediakan perkakas spt berikut;

Gerakerja Persediaan PRK:

1. Semak Daftar Pemilih : Peralatan diperlukan Khemah, bunting SPR, laptop dll
2. Wayang Pacak...(LCD projector, Portable microphone dll
3. Dan lain-lain lagi yang patut dipikirkan.

Wasallam.

Nor Ikhsan.

p/s Sdr Iqbal, Shamsul & Azmi Awang...TQ sebab bantu untuk recover kami pada hari Jumaat. TQ

 Nota : saya masih tidak faham mengapa Sdr Ikhsan hantar gambar ini, saya minta SU Kawasan Tn Hj Hakim (kemeja jalur) yang muka selamba tu tolong jelaskan.

24 October 2010

PAS sediakan Kad Kuning & Merah

1. Jika anda seorang penceramah jemputan atau anda ditugaskan oleh UPU tempat anda bertugas sebagai penceramah dalam ceramah kelompok dalam PRK Galas, jangan masuk gelanggang sebelum mengetahui peraturannya.

2. Tahukah anda bahawa anda akan diberikankan kad kuning jika melakukan kesalahan kali pertama dan seterusnya jika melakukan kesalahan yang sama anda akan diberikan kad kuning ke 2, jika anda masih syok sendiri dan tidak mahu mengikut peraturan yang telah ditetapkan bersedialah anda untuk menerima amaran keras dari pengadil iaitu dibuang padang dan tidak boleh berceramah lagi kerana menerima kad merah.

3. Tahukah anda bahawa adalah menjadi satu kesalahan bagi seseorang penceramah dan perayu undi di Galas dan anda boleh dihantar pulang jika sekiranya anda bercakap atau menyentuh peribadi Tengku Razailegh Hamzah yang merupakan Pengarah PRK DUN Galas.

4. Dikhabarkan banyak jasa Ku Li terhadap PAS negeri yang tidak dapat dibalas hingga kini dan yang terbesar ialah menumbangkan kerajaan Umno Kelantan bersama Semangat 46 dan hingga kini UBN tidak berupaya untuk menewan semula Kelantan.

5. Pergilah ke Galas dan ketahuilah peraturannya jika anda mahu lama berada didalam padang permainan. Kelantan juga dikhabarkan akan bermain dalam pertandingan akhir Piala Malaysia walau pun Ketua Jurulatihnya dikenakan kad Merah dan tidak boleh duduk ditempat khas jurulatih semasa pertandingan akhir itu nanti. Demi semangat Galas, mai ramai-ramai sokong Kelantan.

Islamic Fasion Festival : Ulama muda 'pertahan' Rosmah, selar pembangkang

Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya (juga Merangkap Pencacai Muda UMNgok) berkata pendekatan pembangkang mengecam tindakan Datin Seri Rosmah Mansor menaungi Festival Busana Islam (IFF) - yang mencetuskan kontroversi - tersasar daripada konsep agama sebagai nasihat.

Fathul Bari berkata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.




"Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata," katanya.

Komen: Wah, semakin terserlah pencacaian Ulama UNMO ni. Beria-ia dia mempertahankan rosmah. Agaknya big mama ada itu fulus..

23 October 2010

Najib perlukan Lanun untuk pertahan Putrajaya

Apa nak hairankan bahawa Umno memang parti paling teruk dalam dunia. Presidennya mengaku dalam ucapan penggulangan petang ini bahawa dalam Umno ada kumpulan Lanun.

"Bincang dengan Jawa, Turki dan lanun semua apa formula terbaik," katanya merujuk kepada ketiga-tiga naib presiden - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Shafie Apdal.

Bagi menghadapai pilihan raya umum akan datang, Najib berjanji akan membuat perubahan kepimpinan parti itu di peringkat tertentu dan yang bahayanya beliau akan berbincang dulu dengan kumpulan lanun bagi menentukan hala tuju parti. Selain kumpulan ni yang lain dalam Umno tu semuanya UmNGOK dan tidak mendapat kepercayaandari Najib.

Sebelum itu dalam ucaptamanya beliau berkata akan mempertahan dengan apa cara pun Putrajaya yang bermaksud hingga ketitisan darah dari Pakatan Rakyat. 

"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" kata Najib

Takutnya beliau Putrajaya jatuh ke PR lalu akan menggunakan idea dari lanun pula bagi mempertahankannya.

21 October 2010

UMNO Roti Canai

Pasti anda terhibur dengan youtube dibawah ini. Ini adalah pandangan seorang rakyat Malaysia kepada UMNO setara dengan Roti Canai..

Festival busana: PAS berhimpun bantah Rosmah

Dewan pemuda PAS pusat akan berhimpun secara aman bagi membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW pada penganjuran Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur, baru-baru ini, lapor Harakahdaily.

"DPPP mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati  menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila salah satu fesyen  mereka menulis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan  sebahagian besar aurat mereka.

"Kita desak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.
Katanya, bantahan berkenaan akan diadakan di masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, 22 Oktober ini.

Pada festival itu, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik didakwa diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat. Tambahnya, pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian Islam tetapi “pakaian wanita jalang dan jahiliah”. "Sungguh memalukan dan jelas menunjukkan Rosmah jahil dan berniat jahat terhadap Islam," kata Nasrudin.

We must defend Putrajaya at all cost: Najib

BREAKING NEWS Umno president Najib Abdul Razak today issued a rallying cry to party members at the 61st Umno general assembly to defend Putrajaya at all cost. www.malaysiakini.com

Dear Ansorullah

UMNO not BN will defend PutraJaya AT ALL COST. They mean AT ALL COST. They wont care how much does it cost to defend Putrajaya. They know what is the nightmare like if Pakatan take over Putrajaya.

50 kerusi Parlimen BN dalam bahaya, kata Ketua Pemuda Umno

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, undi orang Melayu telah berpecah dan bermakna tidak ada parti Melayu – baik Umno mahupun PAS – yang boleh mendapat seratus peratus undi Melayu. "Dikebanyakan kawasan, perpecahan politik orang Melayu adalah 50 peratus disatu pihak dan 50 peratus dipihak yang lain. "Ini bermakna siapa sahaja yang mahu menang mestilah menang dengan sokongan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. "Kalau kita mengharapkan undi Melayu semata-mata, kita harus ingat bahawa hanya 73 kerusi parlimen sahaja yang mempunyai majoriti dominan Melayu 70 peratus ke atas.

 "Inilah haikat dan realitinya," kata beliau ketika menyampaikan ucapan dasar perhimpunan agung Pergerakan Pemuda Umno di PWTC hari ini. Katanya, Umno perlu belajar dari keputusan pilihanraya umum lalu di mana jelas hampir kalah sebab hilang sokongan bukan Melayu. Khairy berkata, sekiranya Umno masih lagi berkhayal bahawa parti boleh menang tanpa sokongan mereka, 50 kerusi parlimen BN sedia ada berada dalam bahaya. Katanya, sekiranya tidak ada usaha untuk mengamal kepimpinan yang inklusif lagi moderat, kepimpinan Melayu Umno akan hilang pada pilihanraya akan datang.

 Khairy juga perlu terima hakikat bahawa tuduhan beliau pada pembangkang yang berdemontrasi sebagai beruk adalah salah semata kerana barisan nasional lah yang memiliki beruk nasional yang berkempen bagi pihak BN. Tak caya, tengok sebelah...he he he.

20 October 2010

Persidangan Keris 2010

1. Selamat bersidang kepada semua perwakilan keris 2010.

2. Banyak keris-keris yang dah berkarat, lunyai, bengkok dan tak bersarung dikumpulkan dalam dewan keris.

3. Persidangan keris kali ini lintang pukang, sebab dek kerana dah terlalu tua dan berkarat hingga lupa ... kejap persidangan keris kali ke 64 ... tup-tup tukar pulak kali ke 61, lantaklah kau keris jenis bengkang bengkuk ni mana pernah betul.

4. Ada jugak seorang perwakilan (w) keris yang begitu kecewa dengan bulan kerana tak mau mendekati serta mengusap kerisnya hingga berkarat dan tak berharga lagi.

5. Keris berkarat dan bengkang bengkok serta lunyai ini semakin tidak popular dikalangan orang Melayu tambah-tambah lagi bila kepala keris hanya mampu menyediakan budget laki bini serta spendar aje untuk tahun depan. Bersiap sedialah semua orang melayu untuk menjarak serta menjauhkan diri dari keris karat ini untuk kesahteraan anak cucu kita dimasa hadapan.... wallahuaklam.

19 October 2010

Menteri Putar Alam

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan disifatkan sebagai ‘menteri putar alam’ apabila didakwa cuba memutar belit isu Felda.

Ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini, Ahmad mendakwa Felda tidak pernah menipu peneroka berkaitan kadar perahan gred buah tandan sawit dalam kes Felda Kemahang 3.

Selain itu katanya, Felda kalah dalam kes tersebut kerana peguamnya tidak hadir pada hari perbicaraan tersebut.

Bagi kes Felda Sungai Koyan pula, beliau berkata Felda tidak kalah kerana keputusan mahkamah sama dengan pendirian Felda yang hanya akan membayar wang tanam semula kepada peneroka yang memenuhi syarat Felda.

Felda juga katanya tidak akan membuat rayuan kes tersebut.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Telok Kemang).

Penjelasan itu kemudiannya mengundang soalan bertalu-talu dari ahli parlimen pakatan rakyat khususnya dari Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).

“Lawyer letak jawatan 2007, kes 2008 sepatutnya hantar lawyer lain lah.

“Dia tak bantah, dia tak rayu…kalau keputusan sama, patut tak hantar lawyer lawan la.

“Pusing…memang kuat putar alam…menteri kelam kabut,” katanya lagi.

Ahmad Maslan dalam responsnya bagaimanapun mengajak Mahfuz berjumpa di luar dewan termasuk di Galas untuk selesaikan pertelingkahan tersebut.

Sementara itu, bercakap dalam sidang medi di lobi Parlimen selepas itu, Mahfuz menggesa Felda diletakkan di bawah Parlimen dan mesti menghantar laporan terperinci mengenai permasalahan Felda dan peneroka.

“Saya minta supaya satu laporan terperinci tentang permasalahan hubungan antara Felda dan peneroka dibentangkan di Parlimen. Ini sangat penting untuk kepentingan peneroka,” katanya.

Ahmad Maslan turut dijemput ke sidang media tersebut, bagaimanapun beliau menolak dan mahu mengadakan sidang media berasingan.

Pada sidang media sama, Dr Mohd Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) menggesa Felda mengakui kekalahan mereka dan menunaikan tanggungjawab sebaiknya kepada peneroka seperti yang diputuskan mahkamah.

“Bila Felda kalah ertinya kalahlah. Bukan kerana kes peguam tak datang. Dalam rayuan, saya yakin peguam Felda sudah memberikan segala hujah tapi kalah juga. Tapi tak mengaku kalah.

Khalid Samad (PAS-Shah Alam) pula menggesa Ahmad tidak memutar belit fakta sebenar berkaitan kedua-dua kes melibatkan Felda.

Yang dipertikaikan sekarang ini lawyer itu layak buat tuntutan atau tidak. Mahkamah kata layak tapi di Parlimen dikatakan seolah-olah tak ada isu. Kalau semua dah setuju kenapa nak bawa ke mahkamah.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini telah mengarahkan agar Felda membayar kepada peneroka Felda Kemahang 3 sebanyak RM11 juta kerana menipu berhubung menggred buah kelapa sawit.

Manakala dalam kes Sungai Koyan, Felda diarahkan membayar RM17 ribu kepada peneroka sebagai wang tanam semula.

Ikuti Perbahasan di Parlimen oleh MP Kota Raja - klik sini

17 October 2010

Idea bernas Najib selepas tonton Islamic Fashion Show

1. Ingat budget 2010, teringat kehebatan Datin Rosmah Mansur kerana dapat mempengaruhi Tok Najib mengikut telunjuknya, hingga ramai mencadangkan Rosmah selepas ini diangkat sebagai Menteri Kanan macam LKY kerana pengaruhnya yang besar dalam sistem pemerintahan di Malaysia.

2. Karektor Rosmah langsung tidak menghairan sesiapa kerana beberapa hari sebelum pembentangan budget, Datin Rosmah yang menganggap dirinya 'wanita pertama' berjaya menghimpun begitu ramai 'wanita pertama' dunia khususnya dari benua Afrika. Asia 1 wakil dari Laos sudah memadai memandangkan cita-cita melangitnya bersama suami tercinta yang amat menggemari angka 1 .... bermula dengan 1Malaysia kini menjangkit menjadi 1Asia.

3. Idea Rosmah menganjurkan 'Islamic Fashion Show' - "klik video dibawah" telah benar-benar membuahkan hasil. Setelah melihat kehebatan wanita-wanita berahi itu memperagakan pakaiannya hingga terjojol biji matanya pada masa itu juga timbul idea bernas Najib yang diaplikasikan dalam pembentangan Budget 2011 jumaat lalu bahawa Baju Tidur dan Seluar dalam di KECUALI kan dari CUKAI.

Budget : UBN pengamal politik balas dendam.

Terawal Kelantan merasa dihukum dan dipinggir oleh Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib Tun Razak,  baca sini. Jelaslah bahawa PM Najib amat berdendam dengan semua rakyat dinegeri Pakatan Rakyat yang menolak Umno dan Barisan Nasional pada PRU ke 12 yang lalu.

Terbaru kenyataan LGE ini jelas menunjukkan bahawa Najib terus meminggir negeri-negeri Pakatan Rakyat.


Dengan ini rakyat perlu sedar bahawa Umno dan Barisan Nasional bukan saja mengamalkan politik racist seperti yang diakui oleh Menteri di Jabatan Perdana  Menteri, Datuk Nazri  dan cuba memeranginya  klik sini  tetapi juga merupakan sebuah parti politik balas dendam paling teruk dalam dunia

Jika kenyataan Ketua Penerangan Umno melalui bernama hari ini klik sini mahu diambil kira bahawa kononnya Pembangkang boleh mengucapkan selamat tinggal selepas pembentangan budget ini jika diadakan pilihanraya, rakyat sebenarnya dicabar untuk menolak parti racist dan balas dendam ini.

16 October 2010

Najib : Antara sayang bini @ takut bini

1. Belanjawan yang dibentang oleh Tok Najib semalam menjadi bualan panas kedai kopi pagi ini, selepas Subuh ramai geng surau duduk pekena roti canai bersama imam dan ustaz. Macam sepakat semua kata ini bajet pilihanraya Najib.

2. Dengan membela semua pihak kononnya termasuk Tok Batin, Ibu Tunggal, Pemandu kenderaan, Guru KAFA, Imam Masjid, Ketua Kampung dan seantero dengan nya, Tok Najib sudah bersedia nampaknya dengan lebih kurang 8 bulan dari sekarang akan mengadakan Pilihanraya Umum ke 13, kerana pada ketika itu UBN akan mendapat 'Impak Maksimum' dari pelaburannya bermula semalam yang bermodalkan ratusan billion ringgit entah dari mana di copnya duit tersebut.

3. Tup tup ada orang mencelah "belanjawan kali ni menampakkan Tok Najib sayang bini atau takut bini", tanya nya. Ramai orang kata Tok Najib takut bini dan terlalu sedikit bilangannya yang kata Najib sayang bini. Kenapa jadi begini, kenapa terlalu ramai berpandangan bahawa Najib takut bini?

4. Eh eh, ada pulak yang kata Belanjawan 2010 merupakan Belanjawan RM ( Rosmah Mansor ) siapa lagi kalau bukan lagi isteri PM yang dengan tak malu mengaku dirinya 'First Lady' Malaysia. Paling ketara belum pernah dalam sejarah pembentangan Belanjawan di parlimen, isteri PM mendapat peruntukan khas RM 111 juta melalui program PERMATA yang dianunginya. Sekolah Agama Rakyat ( SAR ) di seluruh negara hanya mendapat RM 95 juta sahaja.

5. Penghapusan cukai 300 barangan kegemaran pelancong seperti beg tangan ,minyak wangi, kasut antara topik panas kedai kopi pagi ini, apa tidaknya mereka kata "Pengurangan cukai untuk beg, penyembur rambut, minyak wangi... hadiah Krismas awal Najib untuk bini kesanyangannya itu.

 6. Dengan bertambah murahnya penyembur dan pewarna rambut maka harapan rakyat Malaysia yang beragama Islam dan beriman serta bertaqwa ingin melihat "Wanita Pertama yang Syok Sendiri" ini pakai tudung semakin tambah jauhlah nampaknya.... wallahuaklam.

15 October 2010

Sumbangan Anda di Perlukan

Munirah Care merupakan sebuah NGO yang bernaung dibawah Persatuan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah (No Pendaftran ROS 991) yang berada di Kampung Johan Setia Klang.

Kami telah mengorak langkah untuk menjalankan kerja-kerja kebajikan, kemasyarakatan dan dakwah. Misi terbaru kami kali ini ialah dengan menghantar 3 orang wakil Munirah Care iaitu :-
  1. Tn Hj Mohd Termizi b Ismail  (Chairman MunirahCare)
  2. Mohd Razif b Maslan (Executive Coordinator)
  3. Shamsul Bharin b Hassan (Programe Coordinator)
ke kawasan pendalaman di Ulla Para Siraj Gonj, Bangladesh.

Misi ini akan bermula pada 19 Nov 2010 hingga 22 Nov 2010. Bagi tujuan tersebut kami berharap tuan/puan dapat menyokong misi dunia tanpa sempadan ini dengan menyertai program yang kami sediakan iaitu,
  1. Penyertaan Ibadah Qurban dan Aqiqah dimana satu bahagian bersamaan RM300.00
  2. Penyertaan Fidyah Ganti Puasa dimana jumlah satu hari bersamaan RM2.00
Munirah Care meletakkan sasaran untuk mengumpul dana bagi membantu memberi sumbangan kepada kira-kira 500 orang fakir miskin disana. Untuk itu kami merayu agar pihak tuan puan dapat menghulukan bantuan kepada yang memerlukan ini.

Untuk makluman pihak Munirah Care setakat ini telah menaja seorang guru agama sejak lebih 5 tahun yang lalu disebuah kampung pendalaman di Ulla Para Siraj Gonj bagi mengajar Al Quran kepada kira-kira 100 orang pelajar. Selain Al Quran para pelajar juga diajar fardhu ain oleh guru agama tersebut disebuah Madrasah yang telah diwakafkan pembangunannya dibiayai sepenuhnya oleh Munirah Care.

Kejayaan membuka Madrasah ini telah membuka mata penduduk setempat dan atas kesedaran agama seorang Hamba Allah telah menyatakan berhasrat untuk untuk mewakafkan sebidang tanah kira-kira 5 km dari sekolah asal untuk dijadi sebuah Madrasah yang berkonsepkan sama seperti yang telah sedia ada.

Oleh yang demikian bersesuaian dengan moto kami "Misi Bantuan Tanpa Sempadan @ Borderlass Aid" dan seruan Rumah Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah yang berbunyi "Bersama Amal Jariah", maka kami dengan rendah hati merayu kepada semua Hamba Allah untuk bersama-sama dalam misi ini dengan menghulurkan sumbangan Ikhlas kepada Munirah Care.

Sila penuhkan borang penyertaan Ibadah Qurban/Aqiqah dan kembalikan kepada kami secepat mungkin. Manakala sumbangan yang lain juga oleh dihulurkan melalui bank-bank yang disediakan.

Selamat menderma. Sila download borang yang disediakan.

1 attachments — Download all attachments  

Munirahcare.pdfMunirahcare.pdf
111K   View   Download

Timbang-timbanglah, asal jangan guna dacing @ kati.

1. Tok Batin boleh tersenyum lebar dengan kenaikan elaun hingga memperolehi sebanyak RM800.00 sebulan. Baguslah Tok Najib jaga sungguh Tok Batin pada ketika ini. Apa sebabnya sama-samalah fikirkan.

2. Dikhabarkan ada 2000 orang pengundi Orang Asal di Galas dalam PRK 4 Nov nanti.

3. Bagi PM 1Malaysia, standard Guru Kafa lebih kurang sama dengan Tok Batin diseluruh negara, itulah sebabnya walau pun gaji naik ianya sama dengan kenaikan elaun Tok Batin.

4. SPR umumkan PRK di Batu Sapi sama dengan di Galas termasuk hari penamaan calun. Buat pemimpin dan penyokong UBN OK lah, mereka poket kembong, pagi ada kat Galas petang dah ada di Batu Sapi. Buat Penyokong PAS dan Pakatan Rakyat sakit lah sebab poket kempes. Timbang-timbanglah asal jangan guna dacing atau kati mana satu tempat nak bertugas membantu calun, tak semestinya pergi dua-dua tempat.

5. Kita tunggu samada mengadakan pilihanraya serentak ini menguntungkan BN atau PR?

13 October 2010

Sultan tarik balik gelaran Datuk Paduka Ibrahim Ali

KOTA BHARU 13 Okt. – Selepas melucutkan gelaran `Temenggong' daripada adinda baginda, Tengku Muhammad Fakhry Petra, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini menarik balik pula anugerah bintang daripada empat individu. Baginda menarik balik semua darjah kebesaran termasuk Darjah Jiwa Mahkota Kelantan (DJMK) yang membawa gelaran Datuk Paduka daripada Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan (SPSK) yang dianugerahkan kepada bekas Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud berkuat kuasa hari ini. Penarikan balik bintang dan darjah kebesaran tersebut diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Aiseri Alias pada satu sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. - Utusan

APO NAK DIKATO....Sememangnya layak lah sebarang gelaran dari Ibrahim Ali ini ditarik balik. Jangan lah pisang berbuah dua kali.

12 October 2010

Petanda kegelapan masa depan Rosmah

1. Nampaknya Persidangan Pertama Wanita Pertama Dunia menjadi kenyataan dan kegembiraan yang teramat sangat sehingga tidak boleh digambarkan oleh seluruh rakyat Malaysia yang menyokong UBN dalam PRU12 yang lalu.

2. Datin Rosmah isteri PM Najib yang mengaku dirinya sebagai Wanita Pertama Malaysia begitu teruja dengan kehadiran begitu ramai deligasi dari seluruh dunia khususnya dari Afrika. Kenapa Afrika?

3. Antara negara yang menghantar wanita pertama mereka adalah Albania, Congo, Gambia, Ghana, Jamaica, Kiribati, Laos, Mali, Mauritius, Mozambique, Nigeria, Paraguay, Seychelles, Sierra Leone, Sri Lanka dan Zambia.

4. Bagi Teng Chiang Kim, Speaker DUN Selangor berkata sidang ini lebih sesuai dinamakan 'Sidang wanita Pertama Afrika'

5. Bagi mewakili Asia isteri Tok Najib juga amat gembira dan berbesar hati walau pun hanya Laos yang menghantar wakil, manakala yang lain semuanya boikot sebab menghormati Raja Permaisuri Agong sebagai Wanita Pertama negara penganjur.

6. Apa pun tahniah kepada Isteri kesayangan Tok Najib yang berjaya menghabiskan RM1.5 juta wang rakyat untuk iklan di New York bagi program yang sangat berjaya ini.

7. Apakah ini suatu petanda akan gelapnya masa depan Rosmah, Najib, Umno dan BN selepas PRU 13 nanti .... wallahuaklam.

11 October 2010

Jangan kejam sangat

1. Hanya untuk mendapatkan pulangan RM6000 untuk bahagian atas rumah kedai di Pekan Galas sitamak haloba ini diberitakan sanggup memberi notis 24 jam pindah kepada penyewa perempuan yang membayarnya RM70 seorang sebelum ini. Tak cukup dengan air juga dipotong bagi memastika penyewa sekarang meninggalkan premis tersebut.

2. Jika anda mewakili PAS yang diamanahkan untuk mencari bangunan untuk disewa bagi kegunaan PRK ini, pastikan anda membuat homework terlebih dahulu sebelum deal dengan penyewa tamak haloba macam ni.

3. Saya setuju bila seorang Pengarah Pilihanraya dari sebuah negeri mencadangkan, jika terlalu sukar untuk mendapatkan bangunan untuk disewa disebabkan sewa nya terlalu tinggi, beliau mencadangkan agar didirikan khemah berhampiran Sungai Gua Musang (kerana airnya jernih dan bersih) dan petugas selesa untuk mandi manda selepas selesai bertugas. Cuma dok fikir tandas je macam mana?

4. Adalah dijangkakan jumlah petugas dari luar akan melebihi pengundi sendiri di Galas dalam PRK kali ini.

10 October 2010

Kenapa mesti pilih 10.10.10?

1. Apa pasal terlalu ramai manusia termasuk orang Islam yang pilih tarikh hari ini 10.10.10 untuk buat majlis perkahwinan?

2. Apa yang istimewa sangat hari ini sehingga ada juga yang tumpang tui dalam sibuk orang buat majlis perkahwinan ada juga yang buat majlis bertunang, Doa Selamat, Tahlil dan Marhaban?

3. Tiadakah tarikh lain yang lebih baik dari tarikh ini khususnya untuk orang Islam, sehinggakan dalam satu Taman dan Kampung berebut-rebut untuk pilih hari untuk buat majlis kahwin hingga terpaksa pergi REWANG 3 - 4 tempat dalam waktu yang sama? Tidak kah itu menyeksa jiran namanya? Di Meru khabarnya YB Dr Rani kalau dijemput semua orang kampung terpaksa pergi 18 jemputan kenduri kahwin.

4. Harga barang kering dan basah meningkat begitu mendadak, semalam harga ayam yang pada minggu lepas berharga RM5.00 mencecah hampir RM7.00 sekilo. Kali ni kalau orang PAS buat kenduri khususnya di Kota Raja lagi parah, saya tengok harga kambing beku RM19.80 sekilo, kalau tak beli macamana pulak dengan kawan-kawan dari DHPP?

5. Apakah peristiwa ini akan berulang pada tarikh 11.11.11?

6. Oh tidak ........ PM 1Malaysia sukakan tarikh ni jadi kalau siapa buat majlis kahwin tarikh tu ... tak ramailah yang pergi sebab tarikh tersebut merupakan hari pembuangan undi PRU 13 ..... ye ke? .....wallahuaklam.

09 October 2010

Spekulasi belum terjawab sepenuhnya

1.  Sebaik tiba dari bercuti dari luar negara, Ku Li kata dia setuju jadi Pengarah PRK Galas

2. Beliau masih membiarkan spekulasi berterusan berhubung cadangan Umno supaya beliau menjadi calun bagi  PRK Galas pada 4 November ini.

Bagi PAS

1. Tidak kisah siapa yang Umno bakal pilih sebagai Pengarah dan calun PRK tersebut, kerana PAS bukan menentang individu tertentu tetapi melawan calun Umno dan Barisan Nasional.

2. PAS juga sudah menyenarai pendekkan calun yang akan bertanding pada PRK tersebut. Antaranya mungkin seorang Tok Batin Orang Asli.

3. Pengarah bagi peringkat Negeri dan Pusat untuk PRK tersebut juga telah siap.

4. PAS lebih bersiapa siaga bagi menghadapi PRK ini berbanding Umno yang masih berteka teki.

5. Jika ini permulaan bagi episod PRK ini Insa Allah PAS akan menang dengan majoriti tipis ... wallahuaklam

07 October 2010

Spekulasi

1. Umno heboh mencanangkan serta mengilai Tengku Razaleigh Hamzah untuk dijadikan calun pada PRK Galas.

2. Ku Li dijangka akan membuat pengumuman penting di KLIA sebaik setibanya di lapangan terbang sabtu ni. Berita ini menjadikan kepulangan beliau dinanti-nantikan. Orang menanti apakah yang akan dinyatakan oleh Razaleigh. Dua persoalan yang bermain di kepala umum ialah apakah beliau sedia menjadi Pengarah Pilihan Raya kecil Dun Galas atau menerima tawaran Umno menjadi calon.

3. Adakah Pas gentar untuk berdepan dengan Razaleigh?

4. Husam Musa sudah membayangkan Pas akan menurunkan Orang Asli untuk lawan Ku Li sekiranya ia menerima tawaran Umno untuk jadi calun. PAS wajar mencari seorang Tok Batin untuk diletakkan beradu kekuatan dengan Razaleigh.

5. Bayangkan macam mana kalau berlaku pertembungan antara Razaeigh dengan Tok Batin Orang Asli. Ia akan menjadi sejarah dan berita menggemparkan, dimana seorang anak raja berlawan dengan Orang Asli. 

6. Adakah formula terbaik bagaimana hendaklah mengelakkan kejadian ini dari berlaku kerana ia boleh mengaibkan banyak pihak. Tidak elok sangat kalau tiba-tiba Razaleigh yang merupakan seorang tokoh veteran calun Bakal Perdana Menteri berlawan dengan seorang Tok Batin Orang Asli.

7. Wajar sangatlah Ku Li menarik diri .... wallahuaklam

05 October 2010

04 October 2010

Pemimpin yang sedang tersungkur

1. TPM Muhyiddin Yassin menegur Calun Timbalan Presiden PKR Azmin Ali kerana menyifatkan Tun Mahathir Mohammad mantan PM Malaysia sebagai pemimpin yang sedang tersungkur dengan merujuk ucapan beliau semasa merasmikan mesyuarat agung cabang PKR Gombak. Beliau meminta Azmin hormatlah sikit pada Mahathir.

2. Perkasa turun kempen dengan menggesa pengundi dalam pemilhan PKR nanti supaya tidak mengundi Azmin kerana marahkan beliau kerana menyifatkan Che Det sebagai Pemimpin yang sedang tersungkur.

3. Disebalik itu Azmin menang mudah dalam pemilihan Cabang PKR Gombak semalam.

4. Pada hemat ramai TPM Muhyiddin dan Perkasa tidak perlu marah dan melenting diatas ungkapan yang dibuat oleh Azmin tersebut, kerana Che Det sendiri suka diperlakukan sedemikian, buktinya beliau tidak suka menjadi negarawan ulung seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Tun Razak kerana setelah pencen lama sebagai Presiden UmNo dan PM Malaysia masih mahu masuk campur dalam urusan politik negara. Orang politik memang cara sepak terajang sudah sedemikian, kenalah terima hakikat. Atau kalau nak selamat duduk diam-diam macam Pak Lah .... habis cerita.

03 October 2010

Sindrom bisu para Mufti

DAP kata kepada ADUN bengap UmNo, pulangkan elaun bulanan yang sudah diambil dari kerajaan negeri Pulau Pinang dan jangan terima lagi elaun pada bulan hadapan, sebab gaji/elaun tu datang dari pendapatan yang haram mengikut hukum orang UmNo Pulau Pinang. Punyalah bengong.

Siapa pula diantara mufti di seantero Malaysia yang mengeluarkan fatwa atau sekurang-kurangnya memberikan pandangan menyokong puak bengong UmNo PP bahawa wang ehsan yang diberikan kepada warga miskin tersebut adalah haram jika diterima dan digunakan? Dalam isu ini jelas para mufti pula seakan dilanda sindrom bisu. UmNo PP yang bengong kini semakin terpinggir dan bersendirian dan tiada satu pihak pun yang menyokong mereka termasuk menteri yang jaga hal ehwal agama. 

Manakala TV 3 suku pula seakan-akan sudah bertaubat dan nampak insaf sikit dalam isu ni bila semua wartawan yang cuba menemui mufti-mufti diseluruh negara merakamkan pendapat seperti mana yang dikeluarkan oleh bekas mufti Perlis Dr Asri. Editor kanan pula membakul sampahkan rakaman tersebut yang jelas tidak menyebelahi UmNGOK Pulau Pinang demi menjaga keaibpan yang sepatutnya tidak ditanggung oleh mereka. Apa dah jadi?

Rokok RM10~RM14 sekotak

Jika benar mulai Isnin ini, harga rokok dijangka meningkat sebanyak 70 sen bagi satu pek 20 batang rokok.

Sebagai penghisap rokok tegar apa pandangan anda, wajarkah kenaikan ini, bagi orang yang menjauhi rokok kita sudah jelas jawapannya.

Menurut laporan media berbahasa Cina, semua pek 20 batang rokok yang dijual pada harga RM9.30 sekarang, akan berharga RM10 satu pek. Kenaikan RM 0.70 boleh dianggap terlalu tinggi, manakala pek yang bergread tinggi dijangkankan boleh mencapai harga RM14 sekotak. Siapakah yang bakal mengaut keuntungan dari kenaikan ini dan siapa pula yang akan menanggung beban.

Saya masih menunggu lapuran kajian berhubung penghisap rokok tegar dikalangan ahli PAS, kebanyakan dari ahli PAS yang tersebut telah berjaya mengurangkan jumlah batang rokok yang dihisap sepanjang ramadhan menghampiri 80%. Kini dimana prestasi mereka .... semakin meningkat atau menurun?

02 October 2010

Satu lagi tamparan buat Muhyiddin di Galas

Berita dari Bernama yang menyatakan bahawa Ku Li belum menyatakan kesanggupan untuk menjadi Pengarah Jentera Pilihanraya kecil Galas membuktikan bahawa Umno semakin tidak bersedia untuk menghadapi PRK tersebut.

Secara logiknya memang sepatutnya Ku Li tidak menerima jawatan tersebut memandangkan Ku Li dilihat lebih selesa berada di pentas Pakatan Rakyat khususnya dalam memperjuangkan kepentingan rakyat Kelantan. Jawatan tersebut juga sebenarnya merupakan rasuah politik TPM kepada Ku Li. TPM mahukan Ku Li menyerang PAS dalam kempen nanti disamping menekan Ku Li agar menukar pendirian 180 darjah berhubung tuntutan royalti oleh rakyat Kelantan dimana Ku Li mengetuai kaukus tersebut.

Selain itu jika Ku Li menerima jawatan tersebut ia sebenarnya cuba dikambing hitamkan oleh UBN untuk membunuh karier politiknya kerana mereka melihat peluang untuk memenang PRK tersebut kini menjadi semakin tipis kesan dari kemarahan rakyat Kelantan berhubung isu royalti. PRK ini akan menjadi peluang terbaik buat pengundi Galas yang mewakili Rakyat Kelantan menunjukkan kemarahan terhadap sikap buruk PM dan Umno.

Jika ini berlaku orang yang paling selamat ialah TPM Muhyiddin Yassin yang secara tradisinya sepatutnya menjadi Pengarah Jentera ini dan juga Ketua Perhubungan Umno Kelantan Dato Mustapha Mohammad.

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini