07 May 2011

51 dari 50 respondan tidak percaya individu tersebut ialah DSAI

Kerana nama nya Anwar bin Ibrahim, banyaklah orang bersumpah dalam masjid dan luar masjid. Katanya ramai juga antaranya yang jahil pun ikut bersumpah termasuklah dikatakana salah seorang bersumpah baru-baru ni entah apa yang dia tahu sebab dia ni muaalaf pegang kitab suci Al-Quran pada ketika bersumpah tu terbalik.

Allah punya kuasa ramai juga yang hadir pada ketika itu ada antaranya ulamak besar  termasuk pengarah JAWI tak sedar pulak perkara ni.

Oleh kerana banyaknya aktiviti sumpah di negara kita pada ketika ini dengan dibantu oleh publisiti murahan oleh media kerajaan UBN maka tidak hairanlah kini Malaysia akan akan dikenali diseluruh dunia sebagai Negara seSumpah.

Penulis tidak tahu kegembiraan tahap mana yang diperolehi oleh sijahil berkenaan isu sumpah ini kerana mereka nampaknya tidak memahami langsung keperluan untuk melakukan sumpah atau sebaliknya.

Para Mufti kerajaan UBN pula lebih selesa berada dikerusi empuk masing-masing tanpa perlu mengeluarkan sebarang nasihat yang berlandaskan hukum Islam kepada penyumpah-penyumpah ini.

Akhirnya dengan izin Allah SWT keluar pulak berita yang mengatkan Ulama serta cendiakawan akademik berkata Anwar tak perlu sumpah.

Selain itu pada pagi ini keluar lagi satu berita bahawa 'Sumpah mubahalah bukan bagi kes jenayah syariah'

Penulis bersama Sekretariat Parlimen Kota Raja telah membuat kajian di Surau dan Masjid, tempat orang Islam yang beriman dan bertaqwa serta takutkan Allah menunaikan Solat (jenis orang sebelah sana payah nak jumpa kat tempat macam ni, tapi bukan tak ada langsung). Kami memilih secara random beberapa surau dan masjid di Kota Raja untuk mendapatkan ulasan dan tahap kepercayaan mereka berkaitan Video Seks DSAI.

Setelah menjalankan kajian ini sejak beberapa hari yang lalu dari 50 orang respondan yang ditanya pandangan mereka adakah DSAI adalah individu didalam Video tersebut?...  hasilnya kajian itu 51 respondan langsung tidak percaya individu dalam video tersebut adalah DSAI.

Anda boleh teruskan kajian ini ditempat masing-masing untuk meng ia kan kajian kami ini.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini