21 May 2011

PRUI 13, Pakatan mula bincang agihan kerusi

pengerusi jawatankuasa pemilihan parti Datuk Abdul Halim Abd RahmanPakatan Rakyat telah mengarahkan setiap negeri supaya membincangkan mengenai pembahagian kerusi di kalangan parti-parti komponennya menjelang pilihan raya umum ke-13, kata pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Abdul Halim Abd Rahman.

Menurut beliau, sekiranya rundingan itu tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri, maka kebuntuan berkenaan akan dibawa ke peringkat pimpinan atasan Pakatan untuk diselesaikan.

"PAS pada dasarnya kekal dengan status-quo, tapi mungkin ada perubahan," katanya sambil menambah perundingan dan agihan kerusi terletak di bidang kuasa setiausaha agung.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita pada sidang mengenai pembahagian kerusi bagi Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Pada pilihan raya umum lalu, PAS-DAP-PKR yang bergabung dalam Pakatan Rakyat mencapai persefahaman bahawa mereka tidak akan bertanding di kerusi yang diwakili oleh rakan mereka yang lain.

Ini membolehkan mereka bertanding satu lawan satu menumbangkan BN.

Malah, persetujuan dan kerjasama itu dilanjutkan pada pilihan raya kecil apabila amalan tersebut terus dipraktikkan sehingga hari ini.

Hasil persefahaman itu, Pakatan Rakyat berjaya menguasai lima negeri - Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kelantan. Bagaimanapun Perak kemudiannya dirampas semula apabila beberapa ADUN Pakatan berpaling tadah.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini