14 May 2011

PAS mencatat sejarah

Parlimen Kota Raja ingin merakan ucapan Tahniah kepada Pn Eisah A Wahid.

PAS mencatat sejarah tersendiri apabila seorang wanita menjadi ketua cawangannya yang pertama iaitu Puan Eisah A Wahid, 53, (gambar) untuk PAS Cawangan Rahmat Jaya, Kuang.

Bukan itu sahaja, PAS cawangan pimpinan beliau ini berjaya menarik hampir 200 ahli Umno untuk menyertai PAS.

Turut berjaya ditarik cawangan beliau adalah pengasas kampung Kuang dekat sini yang juga Ketua Cawangan Umno Kundang Jaya, Haji Mohamad Ithnin menyertai PAS.

Bermula dengan hanya 52 ahli kini cawangan beliau mempunyai lebih 150 ahli termasuk dari kampung-kampung lain dalam Dun Kuang.

Ibu kepada dua anak dan seorang anak angkat ini bukannya memimpin ahli wanita sahaja bahkan kebanyakan ahli cawangan beliau adalah lelaki.

"Kebanyakan ahli saya lelaki tetapi mereka mahu saya menjadi ketua...naib ketua cawangan saya lelaki," beritahu Eisah ketika ditemui Harakahdaily dalam mesyuarat agung PAS kawasan Selayang.

Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli ketika merasmikan mesyuarat agung itu menyentuh fenomena ini.

"Ini satu fenomena baru dalam PAS. Oleh kerana orang lelaki sibuk cari nafkah, muslimat jaga cawangan...ambik kau," kata Hatta.

Sebelum itu, Eisah dan Mohamad Ithnin diperkenalkan kepada perwakilan PAS yang menyertai mesyuarat agung PAS Selayang dengan mendapat tepukan gemuruh dari mereka.

"Saya pun tak tahu macamana saya masuk PAS sebab saya Umno sebelum ni. Ia bermula sebelum 2008 bila saya mula mendekati program-program PAS," cerita peniaga ikan segar ini.

Apabila usaha dibuat untuk menubuhkan cawangan PAS di Rahmat Jaya, ahli-ahli PAS di situ sepakat memilih Eisah sebagai ketua.

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Selayang, Haji Mohamad Abdul Rahman, satu majlis besar-besaran akan dibuat bagi meraikan kemasukan ahli-ahli baru PAS yang sebelum ini memegang jawatan penting dalam Umno.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini