10 May 2011

Taktik keji untuk merampas Selangor terbongkar!

Jika berita ini benar, amat malanglah Malaysia. Patutlah berbondong rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara yang melihatkan fenomena luar biasa "brain drain" yang dilaporkan oleh Bank Dunia.
 
Taktik keji yang dilakukan oleh gerombolan songkok tinggi cawangan Hulu Selangor terbongkar hari ini. Di dalam misi gerombolan untuk menawan kembali Negeri Selangor yang jatuh kepada Pakatan Rakyat, pada Pilihan Raya ke 12 yang lalu, mereka sudah memulakan pelbagai taktik keji.

Beberapa taktik keji UMNO dan Barisan Nasional untuk merampas Selangor telah dimulakan, satu persatu taktik-taktik keji lagi menjijikkan ini akan didedahkan nanti. Kita londehkan satu persatu, biar diorang terutama menteri-menteri yang terlibat, tercengang-cengang.

Salah satu taktik keji yang dilakukan oleh mereka dibongkarkan hari ini. UMNO Cawangan Hulu Selangor telah menghantar sepucuk surat kepada Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussin Onn, memohon kelulusan mendapatkan Warganegara Malaysia untuk warga asing yang sudah dipilih dan dikenal pasti bagi membantu kemenangan Barisan Nasional di kawasan Hulu Selangor pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Secara ringkasnya begini, UMNO cawangan Hulu Selangor telah memilih mana-mana warga asing yang akan menyokong Barisan Nasional pada Pilihan Raya ke 13, maka mereka meminta Hishammuddin untuk meluluskan permohonan kewarganegaraan warga asing ini. Taktik yang diguna pakai ini saling tak tumpah seperti yang dilakukan di Negeri Sabah. Baca surat di bawah ini, klik untuk membesarkan image.


Read More Here

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini