06 September 2012

FGV untuk Najib kini jadi "Durian Runtuh Pakatan"

Perhitungan terakhir DS Najib untuk membeli undi peneroka Felda dan ingin menunjuk-nunjuk akan kehebatannya dengan penyenaraian FGV yg jatuh pada harga terendah semalam menjadi petak baru baginya dan kerajaan Umno serta Barisan Nasional untuk menghadapi PRU13 yang kelihatan semakin kelam.

Semalam dan hari ini Pakatan Rakyat yang cuba menyanggah idea kartun Najib tetapi "diharam jadahkan" oleh Najib mendapat durian runtuh dengan kejatuhan yang sememangnya telah diduga oleh pakar-pakar ekonomi yang jujur.

Kedegilan dan keangkuhan Najib bakal membawa petaka baru untuk rakyat Malaysia

Sementara itu lapuran yang diterima menunjukkan harga saham syarikat perladangan gergasi Felda, Global Ventures Holdings Bhd (FGV), telah jatuh di bawah paras psikologi RM5.

Ditutup pada harga RM4.85 semalam, dan dijangka mencetuskan satu lagi pusingan debat mengenai kontroversi penyenaraiannya Jun lalu.

Harga sahamnya telah berlanjutan merosot sejak pertengahan bulan Julai - dengan berkisar sekitar paras RM5 dalam tempoh sebulan lalu.

Bagaimanapun, saham FGV datang merosot 15 sen kepada RM4.85 selepas dibuka pada harga RM5 dalam dagangan awal pagi.

1 comment:

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini