30 April 2010

Ex-PKR joins Umno

Sebentar tadi saya selesai menulis mengenai Habuan untuk seorang pengkhianat yang diterima oleh Mat Kotak Ex-PKR AMK setelah menyertai Umno yang bakal dilantik menjadi Senator dan bakal menjadi Timbalan Menteri.

Tup tup Malaysiakini pula melapurkan ...Prime Minister Najib Razak today received the application form to join Umno from Port Klang assemblyman Badrul Hisham Abdullah, who quit PKR six months ago.

Kita tunggu apakah habuan oleh PM untuk pengkhianat rakyat ini.

Habuan untuk seorang pengkhianat

PM Najib melihat Mat Kotak lebih hebat berbanding KJ, lantas akan melantik bekas Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Mat Kotak dijangka akan dilantik sebagai Timbalan Menteri selepas mengangkat sebagai Ahli Dewan Negara Isnin depan.

Lantikan Mat Kotak sebagai Senator dan Timbalan Menteri dilihat sebagai satu “habuan politik” setelah membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor dalan pilihan raya kecil Ahad lalu.

Nampaknya PM telah memberi isyarat jelas kepada Khairy Jamaluddin bahawa riwayat dan masa depan nya dalam Pemuda dan Umno akan berakhir tidak lama lagi selepas Timbalannya sendiri dilantik sebagai timbalan menteri.

Najib juga dilihat sebagai PM mahu menunjukkan kepada mana-mana pembelot bahawa mereka akan disediakan tempat dalam kerajaan jika berani melompat menyertai Umno atau menjadi calun bebas.

Antara tugasan Mat Kotak yang dianggap “berjaya” oleh pimpinan Umno ialah tindakan keluar parti oleh beberapa pimpinan AMK peringkat cabang di Selangor dan Kelantan serta memainkan isu arak terhadap calon PR, Datuk Zaid Ibrahim di kawasan majoriti pengundi Melayu di kawasan Felda semasa kempen PRK Hulu Selangor.

KPN sedia arah anggota polis undur



Malaysiakini : Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membidas kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzah dan berkata beliau sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat.

"Biarlah apa yang nak dikatakan oleh ahli politik, tapi saya ingin tahu sama ada anda mahu kami menguatkuasakan undang-udnang atau tidak.

"Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya," katanya dalam laporan The Star online.

Comment: We just want you to work in a professional manner. It's so unprofessional for someone so called "respected IGP" to utter such word.  Arghhh.. what kinda country I'm living in? Zimbabwe?


29 April 2010

Missing jet engines: Top army brass sue for wrongful dismissal

KUALA LUMPUR: A former Malaysian general and four other senior officers have sued the armed forces for wrongful dismissal over the theft of two missing fighter jet engines, their lawyer said today.In January, a Malaysian air force sergeant and a businessman were charged over the theft of the engines worth US$29 million (US93 million), but the attorney-general said no senior military officers were involved.
 
However, Brig-Genl Abdul Hadi Abdul Khatab and four other senior officers -- Mej Rusli Ibrahim, Mej Noor Zeelan Draman, Lt Col Mohamed Ariff Mohd Daud and Col Mohamad Sani Sumarnak -- have complained they were forced to retire over the issue, lawyer Zalil Mohammad Mess said. "The council had asked them to explain allegations of misconduct and negligence over the theft in 2007, which they did and they denied the allegations but were later forced to retire," Zalil said. He said the five were seeking up to RM5 million in damages as they felt the affair implied that they had cheated the government and caused it to suffer losses due to negligence.

Government lawyers have applied to quash the suit which will be heard on May 21, he said. The Malaysian government faced a storm of criticism and allegations of official corruption after two Northrop F-5E jet engines were reportedly taken from a military air base in 2007 and sold on the black market to a South American company. The two engines were traced to Uruguay in February and authorities say they are in the midst of securing their return. A number of countries subject to US arms embargoes, including Iran, Sudan and Venezuela, have F-5 fighters that use the antiquated engines. The jet first flew in 1963 and Northrop ended production in 1989.
- AFP

28 April 2010

Hulu Selangor: Kalahkah PR?

Mujahid Yusof Rawa
Istilah kalah dan menang dalam proses demokrasi berpilihanraya tidaklah semudah yang diungkapkan. Walaupun kalah tetap kalah dan menang tetap menang namun apa yang lebih penting daripada itu ialah bagaimana seorang calon itu boleh menang dan bagaimana seorang calon itu boleh kalah.

Oleh kerana Malaysia mengamalkan demokrasi separuh masak maka satu analisa mestilah melihat kepada keseluruhan sistem yang mempengaruhi corak dan perilaku pengundi dalam menjalankan tugas mereka. Sebelum itu kita harus akur, Pilihanraya Kecil (PRK) tidak mungkin sama dengan (Pilihanraya Umum) PRU dari sudut tumpuan dan mobilasasi jentera parti, kedua dalam PRK kerajaan mempunyai segala kemudahan untuk dieksploitasikan bagi tujuan memujuk pengundi sedangkan dalam PRU, jentera kerajaan bersifat ‘caretaker’ yang walaupun dinodai oleh BN tetapi tetap membataskan tahap ‘keselesaan’ yang boleh dinikmati.

Analisa pertama kepada kemenangan BN ialah bagaimana jentera kerajaan Pusat yang dikuasai BN digunakan habis-habisan untuk berkempen. Paling utama ialah kerahan kepada menteri-menteri untuk meluluskan atau isytihar meluluskan apa-apa projek di kawasan HS bagi membuktikan keprihatinan BN kepada masalah rakyat.

Kedua ialah proses pilihanraya dicemarii dengan liputan media yang berat sebelah menggambarkan parti lawan BN sebagai ‘haprak’ dan tidak berkualiti. Tanpa kekuatan moral para pengamal media perdana menulis apa sahaja yang mereka rasakan dapat menggambarkan keburukan parti lawan BN dan mereka langsung tidak memberi ruang untuk dijawab oleh pihak yang diserang.

Keadaan ini amatlah mendukacitakan kerana antara tuntutan proses demokrasi berpilihanraya ialah perlu ada ruang media yang bebas dan berkecuali dalam membuat liputan supaya media berperanan memantapkan hak kebebasan mendapat maklumat bukan sebaliknya. Walaupun dalam tuntutan BERSIH tempoh hari perkara ini dibangkitkan namun Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menjawab persoalan ini dengan mengatakan bahawa ianya di luar bidang mereka, walhal SPR boleh mengambil tindakan kepada pihak yang membuat liputan berat sebelah kerana menganggu proses pilihanraya yang mana SPRlah yang menjadi institusi utama dalam menjayakan proses ini

Ex-PKR sec-gen says worse yet to come

SHAH ALAM, April 28 — PKR could lose up to five more lawmakers who are disgruntled with the party and are waiting for the right moment to announce their resignations, said Datuk Sallehuddin Hashim (picture).

The party has already lost nine lawmakers, including four MPs, in the past two years and suffered another blow last Sunday when it failed to retain the Hulu Selangor parliamentary constituency in a by-election. It now has 26 MPs.

“Those MPs and state assemblymen, who had been contemplating leaving the party, have all decided but are waiting for the right time to do so in view of their particular beef.” the former PKR secretary-general told The Malaysian Insider yesterday. He said the five each had his own “trigger-point”, when asked if Sunday’s Hulu Selangor by-election defeat would be a catalyst for more defections from the party.

“If by ‘defections’ you mean elected representatives leaving the party, the expected loss of Hulu Selangor is an insignificant event.” Sallehuddin pointed out that ’desertions’ among leader in the grassroots has been continuous since the early days of Datuk Seri Anwar Ibrahim’s second sodomy court hearings.

Comment: We can't deny the fact that this is possibly be true. Let's pray this would not happen. 

Peguam Perancis di KL siasat Scorpene

Joseph Breham, seorang daripada anggota perundangan Perancis yang memfailkan aduan di mahkamah di Paris berhubung skandal pembelian kapal selam kepada kerajaan Malaysia dijangka mendarat di Kuala Lumpur hari ini.
Misi Breham adalah untuk mencari maklumat lanjut bagi menyediakan kes berkenaan serta berjumpa dengan pertubuhan hak asasi manusia, Suaram, yang juga adalah anak guamnya dalam kes berkenaan.

Perjanjian pembelian kapal selam yang menelan belanja berbilion dolar itu dimeterai oleh menteri pertahanan ketika itu (2002), Datuk Seri Najib Razak yang kini adalah perdana menteri Malaysia.  Haa..jaga ko Najib !!!. Mari kita berdoa agar misi Breham ini membuahkan hasil.

27 April 2010

UBN mengulangi kesilapan lalu

Kemenangan undi majoriti tipis menunjukkan Barisan Nasional (BN) tidak pernah belajar daripada kesilapan lalu.

Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana jumlah pelaburan yang dikeluarkan BN tidak berbaloi dengan jumlah undi majoriti diperoleh.

“Sekurang-kurangnya BN menghabiskan lebih RM100 juta untuk mendapatkan majoriti di Hulu Selangor yang mana jumlahnya lebih kurang RM65,000 setiap orang,” katanya.

Menurutnya, perkara itu merupakan bukti ‘pembunuhan’ karakter, perkauman, rasuah dan keganasan yang digunakan oleh BN bagi membantu mereka memenangi pilihan raya kecil.

“Rakyat tidak boleh diperbodohkan dengan sebarang taktik kotor dan penyalahgunaan kuasa kerana mereka tidak akan tertipu,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, negara menghadapi cabaran politik kotor yang masih lagi tidak dapat diselesaikan sehingga kini.

“Selain daripada puluhan menteri berkempen setiap hari, polis turut mengamalkan sikap :double standard: terhadap penyokong PR malah ada yang mendakwa dihalang polis untuk memasuki pusat pengundian bagi menunaikan tanggungjawab,” katanya.

Ketua Pembangkang itu berkata, walaupun kalah di Hulu Selangor, PR akan terus berusaha dengan memberi kesedaran kepada rakyat khususnya di Selangor termasuk ke kawasan Felda.

"Kita akan meningkatkan sokongan rakyat di Hulu Selangor dan banyak yang perlu kita lakukan agar sasaran menarik pengundi di kawasan pedalaman dan Felda tercapai,” katanya.

Anwar berkata, beliau bersyukur atas sokongan luar biasa yang telah ditunjukkan petugas DAP, Pas dan PKR sendiri.

“Komitmen mereka diperlukan untuk mengubah kepada yang lebih baik,” katanya.

26 April 2010

Gambar tempat mangsa dibelasah

Saya tiba kira-kira jam 3.35 petang, ini gambar pertama yang diambil, penyokong BN berada bersebelahan dengan penyokong PR.

Kumpulan penyokong BN, gambar ini diambil kerana saya hairan mengapa mereka pakai baju orange?. Mangsa dibelasah oleh kumpulan penyokong ini, Petugas BN yang bertugas disini berasal dari Melaka manakala petugas PR dari Subang.
Gambar dari arah sekolah pusat pengundian dan disebelah Polis yang ramai itulah penyokong BN berada dan mangsa terpaksa melalui kumpulan penyokong BN untuk pulang. Saya dan rakan juga melalui laluan ini dan sempat bersalaman dengan dua tiga orang penyokong BN.
YB Tian Chua juga berada ditempat kejadian, cuma tidak dapat dipastikan adakah beliau masih berada ditempat tersebut ketika kejadian atau sudah beredar.

Jika ada yang cuba mempersendakan peristiwa ini sila berhubung dengan PAS Cawangan Bukit Sentosa, YB Tian Chua dan PAS Kawasan Subang untuk mendapat penjelasan

25 April 2010

EXCLUSIVE : PRK Berdarah, 2 AMK di pukul, 1 cedera parah

Sungguh menyayat hati, peristiwa ini berlaku kira-kita 10 meter dari penglihatan saya dan 2 rakan ketika kami berada didalam kereta untuk meninggalkan Pusat Pengundian Sekolah Menengah Bukit Sentosa kira-kira jam 3.45 petang tadi.

Mangsa yang tidak saya kenali bersama seorang adik perempuan kecilnya dan seorang lagi yang memakai t-shirt AMK (mungkin adik beradik) telah dipukul dengan kayu hingga berdarah dan lebam seluruh belakang badan. Manakala temannya terbongkok-bongkok kesakitan dibahagian perut akibat dipukul oleh puluhan penyokong Barisan Nasional.

Saya berjaya menangkap dan memeluk adik perempuan yang berlari dan menangis ketakutan dan menjerit memberitahu abangnya kena pukul.

Saya sempat bersama mangsa yang memberitahu bahawa mereka melalui kawasan penyokong Umno untuk pulang tetapi telah dipukul oleh penyokong Umno tersebut.

Anehnya tiada tindakan oleh pihak polis walau pun berlaku dihadapan mereka. Meraka cuma menghalang kemaraan Penyokong PR dari Subang yang meluru kearah penyokong Umno ketika peristiwa tersebut berlaku.

Sepatutnya Polis berkawal menghadap penyokong kedua-dua parti tetapi amat dikesali kerana tiada tangkapan dibuat. Saya tidak pasti adakah mereka nampak peristiwa 2 AMK tersebut dipukul dan jika tidak pun saya tidakk pasti mengapa tindakan terlalu lambat hingga sempat kedua-duanya dipukul hingga berdarah baru Polis bertindak mengawal keadaan.

Saya menasihatkan kedua-duanya membuat lapuran Polis dan seterusnya menghubungi sahabat Peguam dari Kota Raja yang bertugas supaya menghantar peguam ke Bukit Sentosa bagi membantu mangsa.

Bersambung : gambar-gambar bagaimana kejadian berlaku.

Please stop voting for liars and sellouts, Vote For Change

After a quiet few days, here comes the picture that's speaking 30,000 words for Zaid Ibrahim, for Pakatan, for Malaysians!

It's a picture of people's power versus Umno's estimated >2 trillion ringgit squandered from the country and people for the past 30 years. Click here for more photo in the final countdown

This is a picture of hope for Hulu Selangor and the 13th GE; a picture that promises to redeem Malaysia from impending collapse back into contention with, or even surpassing our erstwhile peers.

It's a very promising picture for the 13th GE, even if some semi-rural voters succumb to cash, threats or blackmail later today. All eyes must be on high alert for phantom voters.

Let's all Win With Great Hopes or even lose (touch wood) without much despair tonight. Win or lose today, the pictures do give optimism for a better Malaysia. Let's strive for the best!

Hulu Selangor voters! Please stop voting for liars and sellouts. VOTE FOR CHANGE!!! 

24 April 2010

Tunaikan tanggungjawab sebagai pengundi

Assalamualaikum wbt!

Kepada para pengundi di Parlimen hulu selangor, menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bukanlah semata-mata untuk kepentingan negara dan keselesaan hidup kita sebagai rakyat malahan jauh dari itu kita harus memikirkan tentang masa depan agama dan bangsa serta kehidupan selepas mati. 

Walaupun disana dihidang dan diperbahaskan tentang kempen untuk memenangkan parti masing-masing, berbagai input diterima yang menyatakan kepincangan pemimpin PR tetapi sebenarkan pimpinan 

BN yang ada sekarang semakin melampau dalam memperbodoh dan mempersendakan agama dan bangsa. Cuba renongkan sejak zaman pemerintahan Datuk Sri Najib, apakah perkembangan yang menjurus kepada kedaulatan agama dan bangsa yang yang di lakukan, cuma yang jelas jurang dengan musuh utama Islam iaitu Yahudi dan Israel cuba dirapatkan demi kesinambungan kuasa dan kepentingan diri. 

Para pengundi harus sedar bukan sekadar menunaikan kewajipan diri sendiri tetapi pastikan jua orang yang berada disekeliling anda menjalankan tanggungjawab yang sama. Walau yang bertanding sahabat kita dari PKR, sesungguhnya inilah jalan yang telah diijtihadkan oleh para pimpinan kita yang wajib kita akur dan bekerja bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.

Kemenangan dalam pilihanraya kecil ini amat penting dan bermakna bagi kita sebagai pembuktian bahawa masyarakat di hulu selangor sedar akan kesungguhan kita didalam membela nasib rakyat. Politik atau pemerintahan adalah merupakan unsur utama untuk membentuk rakyat kearah agama. Ini telah dibuktikan oleh sejarah silam, kehebatan dan kejayaan Islam adalah kerana hebatnya pemimpin pada ketika itu. Adakah anda menjangka akan lahir pemimpin hebat seperti Umar Abdul Aziz, Harun Ar Rasyid, Salahuddin Ai Ayubi, Sultan Muhammad Al Fatih dan lain-lain dikalangan pemimpin UMNO yang telah membudayakan rasuah, arak, isteri tak menutup aurat, mengumpul harta melimpah ruah dan sebagainya? Kita perlu beranjak dari sekarang dan saya yakin kalau kita tidak tuai hasilnya dalam jangka pendek sekalipun ia akan di kecapi oleh anak cucu kita digenerasi yang akan datang.

Allah menyaksi dan mengetahui niat hati kita, cuba renungkan antara PR dan UMNO yang mana lebih mementingkan agama, bertindaklah sewajarnya dan InsyaAllah pekerjaan kita diredhai oleh Allah SWT.

23 April 2010

Semakan Daftar Pemilih

Sekretariat Parlimen Kota Raja dengan bantuan Pn Fatimah and the gang dan PAS Batng Kali membantu menggerakkan jentera PRK dengan membuka Kaunter semakan daftar pemilih dimana seramai 13950 telah dipindahkan ketempat mengundi yang baru oleh SPR tanpa pengetahuan pengundi di Hulu Selangor.

Kaunter yang dibuka dihadapan pasaraya MSM dari pukul 5.30 ptg hingga 10.00 malam telah mendapat sambutan luar biasa dimana kira-kira 150 orang telah menyemak dikaunter ini dan kira-kira 10 peratus dari pengundi tersebut telah dipindahkan ketempat mengundi yang baru.

Oleh yang demikian bagi memastikan keselesaan pengundi pada hari Ahad ini kami menasihatkan agar para pengundi di HS mengunjungi kaunter Daftar Pemilih yang disediakan oleh para petugas Pakatan Rakyat.

Pecutan Terakhir Ceramah TGNA sekitar HS

Hari ini Jumaat 23 April 2010, siri ceramah akan diadakan di tempat berikut;

8.30 malam : Assam Kumbang
9.30 malam : Rasa
10.30 malam: Batang Kali 

Sabtu 24 April 2010, siri ceramah akan diteruskan di tempat berikut;

9.30 pagi  : Felda Sg Tengi
1.24 ptg : Kg Koskan
4.30 ptg : Masjid Ar Rahimah Kuala Kubu Bharu
5.30 Ptg:Ramah mesra bersama pengundi Batang Kali
8.00 malam: Ceramah Hancor AMENO di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu.

Pihak sekretariat Parlimen Kota Raja pula akan membuka Barung Semakan Daftar Pemilih di sekitar DUN Batang Kali & sekitar Ampang Pechah bagi memberi perkhidmatan kepada para pengundi menyemak tempat mengundi masing-masing.Sila maklumkan kepada para pengundi untuk menyemak kerana SPR iaitu cabang komponen BN telah memindahkan pengundi-pengundi.

21 April 2010

Penipu, pengampu, pembodek dan .....

Calun terbaik Barisan Nasional ini menepati ciri-ciri seorang pengampu, pembodek dan penipu nombor wahid dilahirkan oleh kerajaan 1 Malaysia.

Beliau menepati ciri-ciri yang turun temurun dari pepatah melayu berkaitan antara snake & .... mana patut .... dulu. Tidaklah menghairankan pula bila dia mewarisi pula ciri-ciri hebat bapa saudaranya samy snake. 

Takdir menentukan belum dipilih menjadi wakil rakyat lagi dia telah cuba menipu seluruh rakyat dan pengundi Hulu Selangor dan seantero dunia. Apa pun malang pula bagi dirinya dan Umno serta Barisan Nasional bila mana sepandai-pandai tupai melompat, tak perlu tunggu lama, dah pun bedebap jatuh ketanah umpama nangka busuk.

Bila ditanya tentang perangai pengampu dan pembodeknya sehingga mencium tangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor P Kamalanathan kata:

"Kiss his hand? When did I kiss his hand? Show me where I did that" 

CV Kamalanathan mendakwa dia mempunyai ijazah Bachelor of Mass Communication dari Edith Cowan University. 

Menurut Malaysia Today hari ini, tidak ada pun rekod orang yang bernama Pancanathan Kamalanathan belajar di universiti itu. Baca selanjutnya dalam Malaysia Today "A lie to cover a lie".

20 April 2010

Umno sudah bangkrap

Kempen orang Umno - Apa gambaran yang kita boleh bentuk apabila sebuah parti orang Melayu yang gagah seperti UMNO memerlukan bantuan Ibrahim Ali untuk menang? Apa pula anggapan orang kepada UMNO kalau cara kita nak menang ialah dengan mengumpat Zaid sebagai kaki minum dan kaki betina?

Yang pertama menyatakan UMNO sudah berada dalam keadaan sangat genting. Kita ni dah bengkrap pemimpin ke? Dan besek?

Yang kedua, mendedahkan UMNO sebagai parti yang klas bawahan, tak ada isu yang hendak di jual kepada rakyat. Jika pihak PKR buat perkara ini, ia tidak menjustifikasikan tindakan kita.

Kedua dua cara bukan lah gaya sebuah parti yang hendak menang pilihanraya secara bermaruah.

Saya telah menulis beberapa artikel memberi pandangan saya mengenai PRK HS. Setakat ini ramalan saya mengenai pilihanraya kecil semua betul walaupun ada pihak special branch yang menyatakan sebaliknya.

Saya akan membuat ramalan saya dalam dua tiga hari lagi setelah saya meninjau sendiri dan secara lansung apa yang berlaku di barisan depan. Tapi saya tahu keadaan di KKB tidak memihak kepada BN. Keresahan peneroka Felda jika tidak di atasi, akan membawa padah kepada kita.

Saya telah menyenaraikan beberapa perkara yang boleh menyebabkan kekalahan UMNO dan BN. Saya juga telah menulis mengenai bagaimana kita mendekati PRK Hulu Selangor ini dengan kaedah yang salah.

Jika orang tidak keluar mengundi, itu pun satu lagi bencana kepada kita. Di kalangan orang Melayu, mereka mahukan calun yang boleh menyedekahkan fatihah bila mereka mati. UMNO sekarang berkerja keras untuk Kamalanathan supaya di terima oleh pengundi Melayu.

Antara kaedah yang salah ialah berkempen menyerang peribadi lawan. Rata rata nya pemidato UMNO mengatakan Zaid kaki minum dan kaki betina. Ini tuduhan yang melantun semula kepada orang UMNO. Hampir semua pemimpin UMNO minum. Ada menteri yang saban malam berkelana di kelab malam hotel Shangrila. Yang kaki judi, bukan kepalang ramai nya. Sebab duit yang mereka dapat duit yang amat mudah di perolehi.

Saya orang UMNO tapi yang tidak betul, kita mesti dedahkan. PM mahukan UMNO di susun semula- penyusunan semula bukan hanya melibatkan penstrukturan nya, tapi juga mesti melibatkan amalan, perbuatan dan nilai murni yang mesti di dukung oleh parti UMNO.

Kita mesti menuntut standard yang sama keatas parti kita seperti yang kita mahukan dari pihak lawan. Barulah rakyat akan yakin kepada kata dan ucap kita.

Saya amat gembira bila Dato Ishak dari Negeri Semilan kata- kita mesti tolak semua kaki minum. Tapi gesaan itu mesti lebih di perlakukan keatas UMNO sendiri agar dimasa hadapan, kita akan bersihkan UMNO dari kaki mimun, kaki judi dan kaki betina. Kalau boleh kita nak UMNO ini parti malaikat. Dato Ishak mesti menyatakan dengan lantang dan tegas mengenai syarat ini di dalam perhimpunan agung UMNO tahun ini.

Orang UMNO pun lupa bahawa walaupun ada sifat sifat ini, Zaid pernah di pilih sebagai calun UMNO untuk kawasan parlimen KB dan pernah di angkat jadi menteri. Bererti ketika itu, UMNO tidak memandangkan sifat Zaid ini sebagai amat penting untuk tidak di pilih. Zaid di lantik menteri pada zaman Pak lah, seorang PM yang mempunyai ilmu agama yang tinggi dan bukan setakat melafazkan selawat untuk mukadimah ucapan.

Kenapa boleh terjadi demikian?- yakni walaupun kita tahu Zaid kaki itu dan ini, dia masih di pilih sebagai calun dan jadi menteri pula? Sebab Zaid yang ada sifat sifat tersebut berada dalam kumpulan yang sama- kaki minum dan kaki betina dalam UMNO. Orang macam Zaid biasa dalam dunia orang UMNO- ia luar biasa jika Zaid berada dalam jemaaah PAS. 

Bukan sedikit pak menteri kaki minum dan kaik joli dalam UMNO. Amat mudah kita tengok perangai matlaon UMNO ini- iaitu ketika perhimpunan agung UMNO. Seminggu sebelum PAU , semua GRO di kelab kelab dangdut di sekitar PWTC- Jalan Raja Laut dan Sentul habis di tempah. Siapakah yang 'booking' mereka? Tidak lain dan tidak bukan perwakilan UMNO dan kadang kadang yang menjadi kepala dang booking GRO ini ialah ketua bahagian dan menteri.

Maka nya, jika kita mendedahkan aib orang yang bersifat peribadi kepada khalayak umum, orang lain pun boleh mendedahkan aib pimpinan UMNO untuk pengadilan rakyat. Dan kita akan lihat bahawa kaedah yang kita bawa ini lebih banyak mendatangkan kerugian daripada keuntungan.

Kedua, UMNO silap besar jika membenarkan Ibrahim Ali berkempen untuk UMNO. Dia bukan UMNO dan Melayunya Ibrahim mustahil lebih dari Melayunya Zaid Ibrahim atau Melayu nya kita. Perkara yang bersangkut paut dengan orang melayu, kepentingan bangsa Melayu- tidak memerlukan Ibrahim Ali sebagai juara dan jurubicara orang Melayu. Itu kerja2 UMNO. 

Jika pimpinan UMNO 'sub-contract' tugas mereka kepada Ibrahim Ali, ini bermakna, pimpinan yang melakukan demikian harus sama di singkirkan dari UMNO seperti kaki mabuk dan kaki betina.

Kenapa kita mesti jemput Ibrahim Ali yang memperjuangkan sesuatu yang bertentangan dengan fikiran dan wawasan PM Najib? Ibrahim Ali juara dan juricukap kelas penindas dan kumpulan Melayu yang terbilang sedangkan PM Najib mahu merungkai semua amalan pilitik dan ekonomi yang di wakili oleh Ibrahim Ali.

Agenda kepartian, ekonomi dan politik PM Najib yang mesti di terangkan kepada rakyat Hulu Selangor untuk meyakinkan mereka, mengapa UMNO adalah pilihan yang lebih baik dari parti Zaid Ibrahim....SAKMONGKOL AK47

Jika Umno terlalu suci, saman jika tidak betul

 BN digesa menghentikan serangan peribadi terhadap calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim - dengan terus mengaitkannya dengan isu minum arak - kerana perkara tersebut "melampau batas" dan menjadi budaya dalam Umno, parti terasnya sendiri.

Menyifatkan kempen sebegitu sebagai "tiada kelas", Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mendakwa, semua perdana menteri Malaysia - kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi - terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol.
"Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak.

"Tetapi empat yang lain ini semua terlibat. Ada yang saya tengok dengan mata saya sendiri terlibat," katanya yang juga bekas pengarah pilihan raya pusat PAS.

Bercakap dalam sidang media di pejabat agung parti itu di ibu negara tengah hari ini, Mustafa turut mendakwa, selain meminum arak, tiada pemimpin utama Umno yang bebas daripada tiga lagi "dosa", iaitu "rasuah, judi dan perempuan."


"Kadangkala empat (dosa) sekali gus ada pada seorang," katanya yang mengaku mengetahuinya kerana pernah berada dalam kerajaan ketika parti itu bergabung dalam BN sekitar tahun 70-an.

Bagaimanapun, Mustafa memberi jaminan, PAS tidak akan mengikut rentak parti lawan dengan mengambil pendekatan yang sama kerana strategi tersebut "orang PAS tidak pernah buat".

"Tidak, tidak, tidak. Maknanya nak beri tahu, kalau PAS nak main isu ini, dah lama dulu PAS boleh main. Tetapi PAS tak buat, kita jaga etika.

"Tetapi saya nak bagi tahu, kamu (Umno) main isu Zaid ini, kalau kita (PAS) hendak main, kita boleh sebut.

"Ini apa yang kamu buat dulu, sekarang pun kamu masih terus (terlibat)," katanya ketika disoal sama ada PAS akan mengikut rentak yang sama dengan Umno selepas ini.

Ditanya sama ada PAS mahu menjadikan isu tersebut sebagai "peluru terakhir" dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor kali ini, Mustafa sambil ketawa berkata:

"Tengoklah kalau (mereka) agas (sombong) sangat."

Katanya, isu melibatkan peribadi silam Zaid sengaja dimainkan Umno kerana parti itu tidak mempunyai sebarang lagi itu untuk "memukul" Zaid.

19 April 2010

Syabas anda petugas bukan pelancung pilihanraya.

Salam4all
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas, tahniah dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kontigen Kota Raja yang diketuai oleh Tn Hj Termizi Ismail NYDP PAS Kawasan Kota Raja merangkap Pengarah MTD DUN Sri Andalas yang telah berkampung di Ampang Pecah bagi memastikan kemenangan PKR/PR dalam PRK Hulu Selangor Ahad ini.
 Saya amat berbangga dengan semua petugas dari Kota Raja yang bekerjasama dengan kontigen negeri Kelantan yang berjaya menjalankan tugas dan amanah dengan cemerlang.

Begitu juga dengan Dewan Pemuda PAS KR yang di ketuai oleh Sdr Zainal Said yang telah menyusun jadual bagi memastikan keberkesanan program-program yang dirancang khusus dalam menjaga aspek keselamatan petugas-petugas muslimat PAS Kota Raja dan Kelantan dalam PRK ini.
Ketua Kontigen Bilik Gerakan Jentera PRK Kota Raja di Ampang Pecah menyampaikan taklimat gerak kerja yang telah dan akan dijalankan oleh petugas PAS KR kepada ADUN Sekinchan.

Rasa terhutang budi yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Dewan Muslimat PAS KR yang diketuai oleh Pn Rosnah yang setiap hari secara bergilir menghantar petugas kesini. Saya dapat bayang bahawa kesusahan muslimat ini sebelum kesini pastinya terpaksa membuat persiapan rapi bagi memastikan urusan rumah tangga dan keluarga dapat dibereskan terlebih dahulu sebelum bertolak untuk bertugas pada PRK ini.

Tidak lupa juga kepada tukang masak Sdr Zainal dari Lanchong Jaya dan Wak yang diimport khas bagi memastikan semua petugas dapat menikmati makanan yang berkhasiat sebelum memulakan tugas dan apabila kembali dari bertugas.
 YDP & TYDP amat berpuas hati dan tersenyum lebar

Terima kasih juga kepada Skuad Pemantau yang berjaya menjalankan tugas dengan berkesan. Bagi mewakili masyarakat Orang Asli Sungai Hijau Ulu Tamu pula saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada YB, Hj. Hakim, Tok Batin, Shamsul, Pak Yob dan Iqbal yang telah berjaya melaksanakan tugasan yang amat cemerlang pada malam ahad yang lalu.

Saya tidak dapat menyebutkan semua nama, tapi semua yang hadir ke Ampang pecah menepati ciri-ciri petugas yang dikehendaki oleh Jentera Parti di Kota Raja. Anda semua membanggakan kami kerana anda datang ke sini bukan sebagai pelancung pilihanraya sebalik sebagai petugas pilihanraya. Anda menyusuri  jalan dari kampung kekampung, dari sebuah rumah kesebuah rumah mencula dan merayu pengundi. Ini amat membanggakan kerana anda tidak menyusuri jalan-jalan raya yang sudah terlalu sibuk tanpa sebarang tujuan.

Gangguan dari pelancung pilihanraya amat merimaskan bagi petugas parti yang terpaksa menghadiri beberapa mesyuarat ditempat-tempat yang berlainan, bayang perjalanan 10 minit dari Ampang Pecah ke Batang Kali menjadi 45 minit dan ada kalanya 1 jam. Ini amat meletih dan membosankan.

Berdasarkan komitmen dari semua pihak pada PRK kali ini termasuk dari KPP yang terdiri dari Sdr Song, Segar, Vijay, Ramu dan puluhan ahli yang lain termasuk memberi sumbangan makanan dan sebagainya di rumah KR, saya percaya Kota raja telah membuat yang terbaik bagi memastikan kesinambungan  kemenangan PR di HS.

Razif
Timbalan Ketua Kontigen PAS KR

18 April 2010

Sokongan Padu Orang Asli

Bila orang Asli datang ke Putrajaya untuk membuat bantahan dan demontrasi berhubung tanah warisan mereka yang dirampas pihak tertentu, ada menteri yang kata kehadiran mereka hanya untuk makan angin dan mereka dilencongkan ketempat lain.

Akibatnya : " Nah ini pengajaran terbaik untuk kamu, satu undi pun dari kami orang Asli Hulu Selangor tadak akan beri pada BN" teriak Tok Batin dan rakan-rakannya yang mewakili pengundi orang Asli dalam PRK HS nanti.

16 April 2010

Ahli Parti Progresif Penduduk / PPP Telah Menyertai Kelab Penyokong PAS



Klang April 14, Ahli PPP Taman Sentosa seramai 50 orang telah menyertai Kelab Penyokong PAS.
Borang penyertaan telah disampaikan kepada YB Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen
Kota Raja di satu majlis yang diadakan di Jalan Jln Dato Yusof Shahbudin 21, Taman Sentosa.

Ketua Kelab Penyokong PAS Peringkat Negeri dan Kawasan Kota Raja menyambut baik akan penyertaan ahli baru. YDP PAS Kawasan Kota Raja juga menyampaikan ucapan beliau dan menyambut baik akan penyertaan ahli baru.

En Magenthiran ( umur 42 ) telah keluar Parti PPP dan menyertai Kelab Penyokong PAS akibat daripada hilang kepercayaan terhadap Parti PPP yang mempunyai masalah dalaman melibatkan pimpinan PPP.

Walaupun Dasar Parti PAS yang hanya untuk orang Islam sahaja, PAS masih membuka ruang untuk menerima kaum lain dengan mewujudkan Kelab Penyokong PAS dan menjaga kebajikan mereka bersama. Dasar ini telah menarik perhatian En Magenthiran untuk menyertai Kelab Penyokong PAS.

Tuan Laksamanan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kuala Selangor berkata , terdapat ramai kaum India yang menunjukkan minat untuk menyertai Kelab Penyokong dan di kawasan Kota Raja angka ini lebih tinggi.

Kelab Penyokong PAS yang terdiri daripada 20,000 ahli di seluruh negara akan mendapat pengiktirafan Dewan Himpunan Penyokong PAS tidak lama lagi.

Selepas kaum India, kaum Cina dan kaum Iban juga menunjukkan minat untuk menyertai Kelab Penyokong PAS, tambah beliau lagi.


Terjemahan berita Akhbar NANBAN
Pn Veni, Pej. Parlimen Kota Raja

15 April 2010

MIC BAGI KATA DUA PADA BN..PANASSSSSSS


Sebahagian daripada ketua-ketua cawangan MIC Hulu Selangor hari ini memberi kata dua kepada kepemimpinan Barisan Nasional agar mecalonkan timbalan presiden parti itu, Datuk G Palanivel di parlimen Hulu Selangor atau menghadapi pembubaran cawangannya.

Tindakan itu dilihat menghangatkan lagi suasana apabila BN dijangka mengumumkan calonnya pada jam 4 petang esok bagi pertandingan pada 25 April ini.

Hampir separuh daripada ketua cawangan yang mewakili kira-kira 30 daripada 72 ketua cawangan hadir di ibupejabat MIC bahagian Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru untuk meluahkan sokongan kepada Palanivel.

Menurut mereka jika cadangan supaya Palanivel dicalonkan ditolak oleh BN, tindakan itu sesuatu yang memalukan kepada MIC dan pemimpin parti itu.

“Kami tidak akan keluar mengundi jika calonnya bukan Palanivel,” kata K Allo Pillai, seorang penyokong akar umbi yang membayangkan BN mungkin dipulaukan.

Ketua penerangan MIC Hulu Selangor, Raily Muniandy juga mengugut bahawa semua cawangan MIC di kawasan pilihan raya itu akan ditutup, kika tuntutan mereka agar Palnivel dicalonkan ditolak.

"Kami menyokong penuh Palanivel kerana dia pemimpin berwibawa, bersih dan telah menjadi penduduk di kawasan ini untuk hampir 15 tahun, “ kata Raily.

Beliau menjelaskan Palanivel, yang berasal dari Pulau Pinang, tidak semestinya dilahirkan di kawasan pilihan raya itu untuk diiktiraf sebagai anak tempatan.

"Dia (Palanivel) kenal siapa Ah Kaw, Ahmad dan Ramasamy di sini kerana telah berada 18 tahun di sini,” katanya.

Ditanya sama ada mereka akan menyokong calon MIC yang lain, Raily berkata: “Jawatankuasa pusat MIC telah memutuskan Palanivel sebagai calon Hulu Selangor dan perkara itu adalah muktamad.”

13 April 2010

APCO begitu istimewa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa kontrak yang dimeterai antara kerajaan dengan firma perunding perhubungan Apco Worldwide bernilai hampir RM77 juta.

Dalam jawapan bertulisnya kepada Tian Chua (PKR-Batu), jumlah yang didedahkan Nazri itu adalah dua kali ganda daripada yang dilaporkan sebelum ini.

Tian Chua merujuk laporan akhbar yang memetik Nazri, sebelum ini sebagai berkata jumlah yang dibayar kepada Apco berjumlah RM28 juta.

Bagaimanapun dalam jawapannya berhubung soalannya itu, Nazri berkata jumlah yang dibayar kepada Apco bernilai US$24 juta.

"Tukarkan jumlah itu dalam ringgit dan anda akan mendapat hampir RM77 juta."

Tian Chua berkata jumlah itu adalah untuk bayaran selama setahun.

"Saya tidak tahu sama ada dia tersilap atau membuat perkiraan yang salah berhubung kadar tukaran asing ringgit kepada dolar. Mungkin dia berfikir bahawa ringgit Malaysia masih kukuh dan nilainya hampir sama dengan dolar,” katanya dengan nada sinis.

Tian Chua melahirkan rasa tidak percayanya bahawa jumlah wang yang sebegitu banyak dibayar kepada firma asing sedangkan syarikat tempatan juga mampu melakukan tugas yang sama.

"Adakah perkhidmatan Apco begitu istimewa yang memerlukan bayaran sebegitu tinggi? Kenapa tiada syarikat tempatan diambil. Saya pasti firma tempatan mampu melakukan kerja itu,” katanya lagi.

Pembersihan Data Pemilih SPR

12 April 2010

Candit

Sekitar Mesyuarat Agong PAS Kawasan Kota Raja kali ke 8 pada hari Ahad 11.04.2010 bertempat di Dewan Dato Fadhil Nor, Pejabat PAS Kawasan Kota Raja.
Perwakilan berdiri menyanyikan lagu resmi PAS
 Turut hadir DHPP Kota Raja. Menjadi tabiat biasa ahli PAS Kota Raja bermula dari YB, YDP, TYDP, NYDP dan AJK Kawasan akan menyambut, melayan dan menerima dengan penuh gembira setiap kali kehadiran DHPP kesetiap majlis anjuran PAS di Kota Raja, tiada rasa kekok langsung bila bertemu.
YB Dr Syed Azman menyampaikan ucapan

Internet TERUK di HS : SKMM akan bertindak

Paparan Blog ini berkenaan kemudahan Internet di HS dalam posting Pelancaran Jentera Pilihanraya PAS Selangor di Hul... yang begitu teruk nampaknya akan diatasi segera. Ini lah nikmat pilihan raya, komplain apa pun cepat diatasi.

SUNGAI TENGI SELATAN – Masalah tiada kemudahan Internet di sekitar kawasan Felda Sungai Tengi bakal selesai apabila Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang giat membina infrastruktur rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi di sini.

Pembinaan infrastruktur itu adalah untuk melaksanakan program pemberian perkhidmatan sejagat (PPS) bagi mencapai matlamat 50 peratus kadar penembusan jalur lebar isi rumah bermula 2010.

Infrastruktur yang dipanggil Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJLK) diadakan sebagai penyediaan capaian kepada masyarakat luar bandar khususnya kepada penduduk Felda yang tiada liputan perkhidmatan jalur lebar.

SKMM sudah mengenal pasti 36 kawasan perkhidmatan sejagat baru termasuk 71 kawasan perkampungan Felda bagi pelaksanaan projek PJLK yang akan memberi peningkatan ICT bagi semua lapisan masyarakat.

Sebelum ini, kebanyakan penduduk di sini terpaksa keluar jauh ke pekan untuk menggunakan perkhidmatan Internet.

Bagi bekas peneroka, Muhammad Yushak Sajari, 58, dia meminta supaya pihak bertanggungjawab dapat menyediakan perkhidmatan Internet dengan segera.

“Saya amat memerlukan perkhidmatan Internet bagi tujuan rujukan, penyelidikan dan perniagaan on-line yang sedang saya laksanakan.

“Di sini, Internet sukar diperoleh kerana kedudukannya yang jauh dari bandar. Ada juga yang mencadangkan supaya gunakan jalur lebar, tetapi faktor pendalaman menyebabkan kesukaran untuk mendapat talian tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, ia membabitkan kos tinggi apabila terpaksa berulang alik ke pekan berhampiran semata-mata untuk mendapatkan perkhidmatan Internet.

Anak peneroka, Zulkifli Masrani, 28, berkata, dia yang bekerja di kedai runcit di sini turut memerlukan kemudahan Internet bagi tujuan penghantaran laporan ke pusat.

Menurutnya, kedai berkenaan terpaksa melanggan perkhidmatan talian Internet yang mahal bagi memudahkan penembusan talian dibuat.

HS, Tough but we are optimistic

Pakatan Rakyat is confident of winning the Hulu Selangor by-election on April 25 although the contest is seen as close.

PAS deputy president Nasharuddin Mat Isa said going by history, the opposition not only had to face a political party, but also the entire government machinery during a by-election.

"At every by-election, we not only face UMNO as a party, but also the combined might of Barisan Nasional and the government machinery.

"It is not (a case of) a party competing with another party, but it is between a party and its political rival which has the backing of government institutions," said Nasharuddin, who is also PAS's election director for the Hulu Selangor by-election.

Nasharuddin hoped that the victories at recent parliamentary by-elections such as in Permatang Pauh, Kuala Terengganu and Bukit Gantang can be repeated, but added it was too early to predict the margin of victory in Hulu Selangor.

The Bachok MP however said Pakatan Rakyat's morale was high and it still enjoyed strong support in the constituency.

11 April 2010

Pelancaran Jentera Pilihanraya PAS Selangor di Hulu Selangor

Kira-kira jam 3ptg semalam bertempat di Dewan Orang Ramai Batang Kali kira-kira 350 Ahli Jawatankuasa Jentera Pilihanraya PAS Kawasan JPrK seluruh Selangor telah berkumpul dalam satu Pelancaran Jentera Pilihanraya PAS Selangor untuk PRK Hulu Selangor.

Kota Raja mempunyai perwakilan yang dikira paling ramai termasuk Timbalan Pengarah JPrNS Sdr Norhalim (selaku Pengerusi Majlis), Sdr Jaafar Samsuddin selaku Setiausaha JPrNS, Hj Termizi selaku Pengarah Pilihanraya KR di Hulu Selangor, Sdr Letchumanan selaku Pengerusi DHPP Selangor, Sdr Razif Maslan selaku AJK LPN Negeri merangkap Ketua Penyelaras DHPP Negeri Selangor dan ramai pimpinan JPrK Kota Raja turut hadir termasuk Sdr Shamsul, Sdr Azmi Awang, Sdr Majid, Sdr Ehsan dan rmai lagi.

Jangkaan awal penganjur yang hanya menyediakan 250 kerusi dalam dewan yang agak sempit memaksa ratusan peserta terpaksa berdiri dalam cuaca yang amat panas dalam dewan tersebut.
 Para perwakilan muslimin dari Seluruh JPrK PAS Selangor
Perwakilan Muslimat yang bersemangat untuk memperthankan kemenangan PR di Hulu Selangor
Masaalah awal di Batang Kali telah dikenal pasti dimana pengguna broadband (Celcom lain tak tau) akan menghadapi masaalah sukar untuk mengupdate blog ketika berada disana. anda boleh jadi berpeluh dan angin satu badan dibuatnya. Buat penat pikul laptop sahaja.
Bengang, Sekretariat Parlimen Kota Raja cuba buat siaran secara langsung tapi gagal.
Pelancaran semalam dilakukan oleh Pengarah PRK PAS Pusat Hulu Selangor Ust Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS.
 Timbalan Presiden PAS menyampaikan amanat
 Beliau menyeru seluruh petugas agar berganding bahu bersama-sama PKR dan DAP serta KPP bagi memastikan kemenangan calun yang akan mewakili Pakatan Rakyat pada PRK itu nanti. Berbanding dengan BN yang dilihat mempunyai pelbagai masaalah kebelakangan ini memberikan ruang dan peluang kepada PR untuk muncul sebagai pemenang dalam PRK ini.

Lapuran oleh Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Selangor JPrNS Sdr Mohd Radzi memberikan input yang sangat berguna kepada semua petugas keran pendetailan dlam presentation beliau amat jelas bahawa kekuatan dan kelemahan parti lawan telah ada dalam tangan.

Seterusnya beliau memberi tahu bahawa Kontigen Kota Raja akan bertugas sepenuh masa di Ampang Pecah dan beliau juga mahu agar semua petugas mesti bertugas dengan penuh dedikasi, amanah dan tanggung jawab dan tidak lari dari menjalan tugas pada tempat yang telah ditetapkan.
 YB Dr Rani dan Pengerusi DHPP Perak
Ust Salehuddin Nasir YDP Gombak, Hj Termizi dan Letchumanan
"Kita telah menyedia kan sebanyak 60 buah rumah penginapan untuk semua petugas" katanya disambut tepukan gemuruh oleh para perwakilan.

Nota : Untuk petugas PAS dari Kota Raja satu Taklimat Khas oleh Pengarah Pilihanraya H.S Kota Raja akan diadakan pada hari Selasa 13.4.2010 jam 9.00 malam di Markaz PAS Kawasan, Bukit Naga bagi menyusun jadual bertugas Cawngan-Cawangan PAS di Ampang Pecah kelak.

10 April 2010

APCO : Laporan Polis oleh MP Kota Raja

Tepat jam 11.15 pagi tadi satu rombongan yang diketuai oleh YB Dr Siti Mariah Mahmud dan Sekretariat Parlimen Kota Raja serta Dewan Pemuda PAS Kota Raja telah membuat lapuran Polis di IPD Klang, agar pihak polis dapat melakukan satu siasatan terperinci terhadap syarikat APCO Worldwide Sdn Bhd dan pembabitannya dengan kerajaan Malaysia. Ia adalah menegenai satu perjanjian diantara Kerajaan Malaysia dan APCO Worldwide Sdn Bhd yang beralamat di berdaftar di Level 21 - Suite 21.01, The Garden South Tower, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur bagi satu perjanjian perkhidmatan iaitu "..to provide services public relation, daily management and government relation outreach for government in United States.." dimana dokumen perjanjian tersebut telah dimeterai pada 24 August 2009. Salinan "Letter of Acceptance yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri bertarikh 15 Julai 2009 juga dilampirkan.

Penyokong Umno Melutut di Kaki MIC

SYABAS PENYOKONG UMNO SEKELIAN
Anda memang hebat, walau pun ramai penulis mengatakan anda golongon yang paling racist dalam dunia dengan mantan Presiden Umno anda sendiri dituduh oleh Menteri Umno kebanggaan anda sebagai "racist giller" baca sini tetapi akhirnya anda melutut dikaki MIC, kadavali .... kadavali .... vanakam Umno ... gembiranya Samy Vellu hingga tak terkata.
Ramai yang suka dengan sikap pondan anda, kami PR pun amat berbangga dengan sikap yang anda tunjukkan. Lebih teruk anda cuba mengugut DS Najib (hingga menonggengkannya) dan TS Muhyiddin berkenaan calun di Hulu Selangor tapi akhir anda jadi Penjilat kedua-duanya. Anda fikir anda siapa? 'Lu Fikirlah Sendiri'

Oleh kerana anda pondan anda cuba mencari kekuatan dengan bergabung dgn 'Perkosa' & 'Perkatak'. Ni semua yang kononnya jaga Melayu kuat sungguh tapi buat apa bila DS Najib umum calun MIC bertanding di PRK Hulu Selangor, Mana demo kamu? Bila orang kata 'Perkosa' & 'Perkatak' ni 'alat' Umno, kamu tak suka, tapi itulah hakikatnya.

Memalu dan memualkan ... retorik 'cakap tak serupa bikin', Umno semakin lemah dan pupus sebenarnya. Jika anda orang Umno Hulu Selangor dan anda seorang yang bermoral anda kena fikir dulu sebelum memangkah calun pilihan anda. Jika ini yang anda lakukan anda berprinsip dan bermoral dan kami ucapkan tahniah kerana kebijaksanaan anda.

Mereka menulis panjang lebar untuk menutup kebongkakkan mereka sebelum ini..  tapi pengundi bijak tidak akan percaya dengan kata-kata dan janji palsu manusia retorik ini.

NS Najib dah warning hanya dia berkuasa penuh untuk umum siapa calun pilihannya pada PRK P094 nanti, tapi orang penyokong Umno logo baru ni dah buat keputusan sendiri.

umno bahagian hulu selangor kabarnya telah bersetuju untuk memilih/melantik v mugilan anak tempatan dari mic untuk menjadi calon pada prk hulu selangor.v mugilan akan menjadi 'proksi/anak didik' kepada umno.

v mugilan naik namanya melalui endorsement umno,parti keramat melayu. bermakna v mugilan adalah calon pilihan umno hulu selangor,yang mempunyai 25 ribu ahli di sana.

v mugilan namanya bukan datang dari mic. v mugilan namanya naik dari mulut pemimpin umno bahagian hulu selangor...

usaha kami telah berjaya. mudah cerita v mugilan 'akan mengikut kata' umno bahagian. walaupun pada dasarnya, orang melayu bukan calon BN namun bila umno bahagian sendiri beri kelulusan bermakna kata putus suara melayu akan dilontarkan oleh v mugilan di parlimen kelak,insyaallah jika memang..

aku istihar tarik diri bertanding bebas . aku istihar sokong 1 juta peratus calon pilihan umno hulu selangor, iaitu v mugilan bertanding pada prk hulu selangor !

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini