11 April 2010

Pelancaran Jentera Pilihanraya PAS Selangor di Hulu Selangor

Kira-kira jam 3ptg semalam bertempat di Dewan Orang Ramai Batang Kali kira-kira 350 Ahli Jawatankuasa Jentera Pilihanraya PAS Kawasan JPrK seluruh Selangor telah berkumpul dalam satu Pelancaran Jentera Pilihanraya PAS Selangor untuk PRK Hulu Selangor.

Kota Raja mempunyai perwakilan yang dikira paling ramai termasuk Timbalan Pengarah JPrNS Sdr Norhalim (selaku Pengerusi Majlis), Sdr Jaafar Samsuddin selaku Setiausaha JPrNS, Hj Termizi selaku Pengarah Pilihanraya KR di Hulu Selangor, Sdr Letchumanan selaku Pengerusi DHPP Selangor, Sdr Razif Maslan selaku AJK LPN Negeri merangkap Ketua Penyelaras DHPP Negeri Selangor dan ramai pimpinan JPrK Kota Raja turut hadir termasuk Sdr Shamsul, Sdr Azmi Awang, Sdr Majid, Sdr Ehsan dan rmai lagi.

Jangkaan awal penganjur yang hanya menyediakan 250 kerusi dalam dewan yang agak sempit memaksa ratusan peserta terpaksa berdiri dalam cuaca yang amat panas dalam dewan tersebut.
 Para perwakilan muslimin dari Seluruh JPrK PAS Selangor
Perwakilan Muslimat yang bersemangat untuk memperthankan kemenangan PR di Hulu Selangor
Masaalah awal di Batang Kali telah dikenal pasti dimana pengguna broadband (Celcom lain tak tau) akan menghadapi masaalah sukar untuk mengupdate blog ketika berada disana. anda boleh jadi berpeluh dan angin satu badan dibuatnya. Buat penat pikul laptop sahaja.
Bengang, Sekretariat Parlimen Kota Raja cuba buat siaran secara langsung tapi gagal.
Pelancaran semalam dilakukan oleh Pengarah PRK PAS Pusat Hulu Selangor Ust Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS.
 Timbalan Presiden PAS menyampaikan amanat
 Beliau menyeru seluruh petugas agar berganding bahu bersama-sama PKR dan DAP serta KPP bagi memastikan kemenangan calun yang akan mewakili Pakatan Rakyat pada PRK itu nanti. Berbanding dengan BN yang dilihat mempunyai pelbagai masaalah kebelakangan ini memberikan ruang dan peluang kepada PR untuk muncul sebagai pemenang dalam PRK ini.

Lapuran oleh Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Selangor JPrNS Sdr Mohd Radzi memberikan input yang sangat berguna kepada semua petugas keran pendetailan dlam presentation beliau amat jelas bahawa kekuatan dan kelemahan parti lawan telah ada dalam tangan.

Seterusnya beliau memberi tahu bahawa Kontigen Kota Raja akan bertugas sepenuh masa di Ampang Pecah dan beliau juga mahu agar semua petugas mesti bertugas dengan penuh dedikasi, amanah dan tanggung jawab dan tidak lari dari menjalan tugas pada tempat yang telah ditetapkan.
 YB Dr Rani dan Pengerusi DHPP Perak
Ust Salehuddin Nasir YDP Gombak, Hj Termizi dan Letchumanan
"Kita telah menyedia kan sebanyak 60 buah rumah penginapan untuk semua petugas" katanya disambut tepukan gemuruh oleh para perwakilan.

Nota : Untuk petugas PAS dari Kota Raja satu Taklimat Khas oleh Pengarah Pilihanraya H.S Kota Raja akan diadakan pada hari Selasa 13.4.2010 jam 9.00 malam di Markaz PAS Kawasan, Bukit Naga bagi menyusun jadual bertugas Cawngan-Cawangan PAS di Ampang Pecah kelak.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini