Pengumuman peruntukan di kawasan Parlimen Hulu Selangor oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin adalah peruntukan pembangunan ‘mee segera’ yang sering dibuat Barisan Nasional (BN) apabila menghadapi setiap pilihan raya di negara ini.
Timbalan Pengerusi PKR Negeri 1, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, ia adalah amalan tradisi yang digunakan oleh pihak berkenaan untuk meraih undi penduduk setempat.
“Ia budaya yang mereka ikut sejak dulu lagi dan ia perkara biasa kita lihat bila berlaku pilihan raya di kawasan berkenaan.
“Masyarakat setempat disogok dengan pembangunan ‘mi segera’ hanya semata-mata untuk raih sokongan dan mendapatkan undi daripada mereka,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Sambil menyifatkan perkara itu sebagai ‘bonus pilihan raya’, Abdullah Sani berkata, ia peluang terbaik bagi penduduk setempat.
“Ini peluang untuk mereka dapatkan apa yang mereka mahu kerana ketika ini Kerajaan Persekutuan berlumba-lumba menaburkan peruntukan hanya semata-mata untuk memastikan kemenangan mereka semasa pilihan raya nanti.
“Rasuah pilihan raya ini memang sudah sinonim dengan mereka,” katanya.
“Kita kena lihat mereka sebelum ini menggunakan cara yang sama semasa pilihan raya di Kuala Terengganu, Bukit Selambau, Penanti tetapi semuanya tidak menjadi dan kita memenangi semua pilihan raya berkenaan.
“Rakyat sudah matang untuk buat pilihan dan, kita percaya mereka juga akan memilih PR,” katanya.
Sementara itu, Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Mohamed Talha meminta pengundi di Hulu Selangor agar tidak terpengaruh dengan tindakan BN.
“Kalau betul-betul mereka hendak tolong kenapa perlu tunggu bila ada pilihan raya? Malah Mereka ini seolah-olah tidak jujur serta ikhlas memberi bantuan kepada rakyat.
“Kita tidak pelik jika mereka masih amalkan cara lama hanya semata-mata untuk meraih undi pengundi di kawasan berkenaan,” katanya.
Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumunkan peruntukan RM2 juta bagi menyelesaikan masalah banjir di Batang Kali.

No comments:
Post a Comment