01 April 2010

Mungkinkah DSAI akan digantung menghadiri sidang Parlimen

Kerajaan akan mengheret Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa khas mengenai hak dan kebebasan Parlimen.

"Kerajaan mengambil keputusan membentangkan usul untuk membawa wakil Permatang Pauh ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mengikut Peraturan 18(2)," katanya.

Ini berikutan kenyataan DSAI bahawa DS Najib menggunakan model One Israel untuk 1 Malaysia dfmana syarikat perunding yang sama iaitu Apco pada 1999 menasihatkan perdana menteri Israel ketika itu, Ehud Barak untuk memperkenalkan slogan 'One Israel'.

Setelah diberi peluang selasa lalu DSAI menggunakan kesempatan itu untuk mendedahkan peranan Ethos Consulting, sebuah firma rundingan tempatan yang didakwa bertanggungjawab memperkenalkan Apco kepada perdana menteri, malangnya penjelasan ini seperti diduga tidak diterima oleh UBN sehingga lah cadangan dibuat untukl menghadapkan DSAI JKHK Parlimen.

Anwar dalam pada itu turut mendedahkan nama dan maklumat ringkas beberapa individu dalam Apco yang didakwa mempunyai hubungan secara langsung dengan kerajaan dan tokoh-tokoh Israel.
 
Untuk maklumat, apa-apa yang diluahkan oleh ahli parlimen ketika sidang Dewan Rakyat dilindungi oleh imuniti dan tiada tindakan yang boleh dikenakan, termasuk didakwa di mahkamah kecuali dihadapkan ke jawatankuasa khas itu. 
 
Sekiranya Anwar didapati bersalah, beliau boleh digantung daripada menghadiri sidang parlimen untuk jangka masa yang ditetapkan oleh jawatankuasa berkenaan

3 comments:

  1. inilah parlimen negara kita malayisrael, demokrasi le konon, demokrasi kepala bapak apa macam ni,

    ReplyDelete
  2. Zainul Faqar yang biadap

    Ada ilmu tapi tidak diamalkan, ada adab tapi tidak dipraktikkan, ada maruah tapi ditelanjangkan, sayangkan jamaah tapi merendah-rendahkan orang lain dihadapan khalayak.

    Apakah motif Zainul Faqar menerjah Ust Nasharuddin Mat Isa ketika sedang berbual dengan seorang ahli parlimen Umno ketika parlimen sedang bersidang berkenaan isu APCO. Bagi Zainul Faqar, isu itu terlalu besar sehingga tidak boleh berehat untuk minum air.

    Kalau ya pun ingin tahu apa yang dibualkan oleh Ust Nasha, kenapa sampai ‘ditelanjangkan’ maruah kawan itu semata-mata kerja bodoh engkau tu.

    Apa yang buruk sangat berbual dengan MP Umno tu. Dan satu lagi, kenapa terdesak sangat engkau ingin tahu apa yang dibualkan mereka berdua.

    Tak boleh ke buat secara baik, tanya dengan baik, bagi Ust Nasha selesai dulu minum pastu jumpa dan ajukan persoalan yang engkau mahu tanya sangat kalau ya pun penting bagi engkau orang.

    ReplyDelete
  3. Kepada semua pemimpin gila kuasa apakata balik nanti pikirkan, renungkan dan pertimbangkan.. Wajarkah Agama Islam yang Suci ini dijadikan bahan pertaruhan untuk berkuasa?

    Kembalilah dan renungkan...

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini