23 April 2010

Semakan Daftar Pemilih

Sekretariat Parlimen Kota Raja dengan bantuan Pn Fatimah and the gang dan PAS Batng Kali membantu menggerakkan jentera PRK dengan membuka Kaunter semakan daftar pemilih dimana seramai 13950 telah dipindahkan ketempat mengundi yang baru oleh SPR tanpa pengetahuan pengundi di Hulu Selangor.

Kaunter yang dibuka dihadapan pasaraya MSM dari pukul 5.30 ptg hingga 10.00 malam telah mendapat sambutan luar biasa dimana kira-kira 150 orang telah menyemak dikaunter ini dan kira-kira 10 peratus dari pengundi tersebut telah dipindahkan ketempat mengundi yang baru.

Oleh yang demikian bagi memastikan keselesaan pengundi pada hari Ahad ini kami menasihatkan agar para pengundi di HS mengunjungi kaunter Daftar Pemilih yang disediakan oleh para petugas Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini