19 April 2010

Syabas anda petugas bukan pelancung pilihanraya.

Salam4all
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas, tahniah dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kontigen Kota Raja yang diketuai oleh Tn Hj Termizi Ismail NYDP PAS Kawasan Kota Raja merangkap Pengarah MTD DUN Sri Andalas yang telah berkampung di Ampang Pecah bagi memastikan kemenangan PKR/PR dalam PRK Hulu Selangor Ahad ini.
 Saya amat berbangga dengan semua petugas dari Kota Raja yang bekerjasama dengan kontigen negeri Kelantan yang berjaya menjalankan tugas dan amanah dengan cemerlang.

Begitu juga dengan Dewan Pemuda PAS KR yang di ketuai oleh Sdr Zainal Said yang telah menyusun jadual bagi memastikan keberkesanan program-program yang dirancang khusus dalam menjaga aspek keselamatan petugas-petugas muslimat PAS Kota Raja dan Kelantan dalam PRK ini.
Ketua Kontigen Bilik Gerakan Jentera PRK Kota Raja di Ampang Pecah menyampaikan taklimat gerak kerja yang telah dan akan dijalankan oleh petugas PAS KR kepada ADUN Sekinchan.

Rasa terhutang budi yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Dewan Muslimat PAS KR yang diketuai oleh Pn Rosnah yang setiap hari secara bergilir menghantar petugas kesini. Saya dapat bayang bahawa kesusahan muslimat ini sebelum kesini pastinya terpaksa membuat persiapan rapi bagi memastikan urusan rumah tangga dan keluarga dapat dibereskan terlebih dahulu sebelum bertolak untuk bertugas pada PRK ini.

Tidak lupa juga kepada tukang masak Sdr Zainal dari Lanchong Jaya dan Wak yang diimport khas bagi memastikan semua petugas dapat menikmati makanan yang berkhasiat sebelum memulakan tugas dan apabila kembali dari bertugas.
 YDP & TYDP amat berpuas hati dan tersenyum lebar

Terima kasih juga kepada Skuad Pemantau yang berjaya menjalankan tugas dengan berkesan. Bagi mewakili masyarakat Orang Asli Sungai Hijau Ulu Tamu pula saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada YB, Hj. Hakim, Tok Batin, Shamsul, Pak Yob dan Iqbal yang telah berjaya melaksanakan tugasan yang amat cemerlang pada malam ahad yang lalu.

Saya tidak dapat menyebutkan semua nama, tapi semua yang hadir ke Ampang pecah menepati ciri-ciri petugas yang dikehendaki oleh Jentera Parti di Kota Raja. Anda semua membanggakan kami kerana anda datang ke sini bukan sebagai pelancung pilihanraya sebalik sebagai petugas pilihanraya. Anda menyusuri  jalan dari kampung kekampung, dari sebuah rumah kesebuah rumah mencula dan merayu pengundi. Ini amat membanggakan kerana anda tidak menyusuri jalan-jalan raya yang sudah terlalu sibuk tanpa sebarang tujuan.

Gangguan dari pelancung pilihanraya amat merimaskan bagi petugas parti yang terpaksa menghadiri beberapa mesyuarat ditempat-tempat yang berlainan, bayang perjalanan 10 minit dari Ampang Pecah ke Batang Kali menjadi 45 minit dan ada kalanya 1 jam. Ini amat meletih dan membosankan.

Berdasarkan komitmen dari semua pihak pada PRK kali ini termasuk dari KPP yang terdiri dari Sdr Song, Segar, Vijay, Ramu dan puluhan ahli yang lain termasuk memberi sumbangan makanan dan sebagainya di rumah KR, saya percaya Kota raja telah membuat yang terbaik bagi memastikan kesinambungan  kemenangan PR di HS.

Razif
Timbalan Ketua Kontigen PAS KR

1 comment:

  1. Kami doakan kejayaan akan dianugerahkan oleh Allah swt di Hulu Selangor.

    ReplyDelete

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini