Kempen orang Umno - Apa gambaran yang kita boleh bentuk apabila sebuah parti orang Melayu yang gagah seperti UMNO memerlukan bantuan Ibrahim Ali untuk menang? Apa pula anggapan orang kepada UMNO kalau cara kita nak menang ialah dengan mengumpat Zaid sebagai kaki minum dan kaki betina?
Yang pertama menyatakan UMNO sudah berada dalam keadaan sangat genting. Kita ni dah bengkrap pemimpin ke? Dan besek?
Yang kedua, mendedahkan UMNO sebagai parti yang klas bawahan, tak ada isu yang hendak di jual kepada rakyat. Jika pihak PKR buat perkara ini, ia tidak menjustifikasikan tindakan kita.
Kedua dua cara bukan lah gaya sebuah parti yang hendak menang pilihanraya secara bermaruah.
Saya telah menulis beberapa artikel memberi pandangan saya mengenai PRK HS. Setakat ini ramalan saya mengenai pilihanraya kecil semua betul walaupun ada pihak special branch yang menyatakan sebaliknya.
Saya akan membuat ramalan saya dalam dua tiga hari lagi setelah saya meninjau sendiri dan secara lansung apa yang berlaku di barisan depan. Tapi saya tahu keadaan di KKB tidak memihak kepada BN. Keresahan peneroka Felda jika tidak di atasi, akan membawa padah kepada kita.
Saya telah menyenaraikan beberapa perkara yang boleh menyebabkan kekalahan UMNO dan BN. Saya juga telah menulis mengenai bagaimana kita mendekati PRK Hulu Selangor ini dengan kaedah yang salah.
Jika orang tidak keluar mengundi, itu pun satu lagi bencana kepada kita. Di kalangan orang Melayu, mereka mahukan calun yang boleh menyedekahkan fatihah bila mereka mati. UMNO sekarang berkerja keras untuk Kamalanathan supaya di terima oleh pengundi Melayu.
Antara kaedah yang salah ialah berkempen menyerang peribadi lawan. Rata rata nya pemidato UMNO mengatakan Zaid kaki minum dan kaki betina. Ini tuduhan yang melantun semula kepada orang UMNO. Hampir semua pemimpin UMNO minum. Ada menteri yang saban malam berkelana di kelab malam hotel Shangrila. Yang kaki judi, bukan kepalang ramai nya. Sebab duit yang mereka dapat duit yang amat mudah di perolehi.
Saya orang UMNO tapi yang tidak betul, kita mesti dedahkan. PM mahukan UMNO di susun semula- penyusunan semula bukan hanya melibatkan penstrukturan nya, tapi juga mesti melibatkan amalan, perbuatan dan nilai murni yang mesti di dukung oleh parti UMNO.
Kita mesti menuntut standard yang sama keatas parti kita seperti yang kita mahukan dari pihak lawan. Barulah rakyat akan yakin kepada kata dan ucap kita.
Saya amat gembira bila Dato Ishak dari Negeri Semilan kata- kita mesti tolak semua kaki minum. Tapi gesaan itu mesti lebih di perlakukan keatas UMNO sendiri agar dimasa hadapan, kita akan bersihkan UMNO dari kaki mimun, kaki judi dan kaki betina. Kalau boleh kita nak UMNO ini parti malaikat. Dato Ishak mesti menyatakan dengan lantang dan tegas mengenai syarat ini di dalam perhimpunan agung UMNO tahun ini.
Orang UMNO pun lupa bahawa walaupun ada sifat sifat ini, Zaid pernah di pilih sebagai calun UMNO untuk kawasan parlimen KB dan pernah di angkat jadi menteri. Bererti ketika itu, UMNO tidak memandangkan sifat Zaid ini sebagai amat penting untuk tidak di pilih. Zaid di lantik menteri pada zaman Pak lah, seorang PM yang mempunyai ilmu agama yang tinggi dan bukan setakat melafazkan selawat untuk mukadimah ucapan.
Kenapa boleh terjadi demikian?- yakni walaupun kita tahu Zaid kaki itu dan ini, dia masih di pilih sebagai calun dan jadi menteri pula? Sebab Zaid yang ada sifat sifat tersebut berada dalam kumpulan yang sama- kaki minum dan kaki betina dalam UMNO. Orang macam Zaid biasa dalam dunia orang UMNO- ia luar biasa jika Zaid berada dalam jemaaah PAS.
Bukan sedikit pak menteri kaki minum dan kaik joli dalam UMNO. Amat mudah kita tengok perangai matlaon UMNO ini- iaitu ketika perhimpunan agung UMNO. Seminggu sebelum PAU , semua GRO di kelab kelab dangdut di sekitar PWTC- Jalan Raja Laut dan Sentul habis di tempah. Siapakah yang 'booking' mereka? Tidak lain dan tidak bukan perwakilan UMNO dan kadang kadang yang menjadi kepala dang booking GRO ini ialah ketua bahagian dan menteri.
Maka nya, jika kita mendedahkan aib orang yang bersifat peribadi kepada khalayak umum, orang lain pun boleh mendedahkan aib pimpinan UMNO untuk pengadilan rakyat. Dan kita akan lihat bahawa kaedah yang kita bawa ini lebih banyak mendatangkan kerugian daripada keuntungan.
Kedua, UMNO silap besar jika membenarkan Ibrahim Ali berkempen untuk UMNO. Dia bukan UMNO dan Melayunya Ibrahim mustahil lebih dari Melayunya Zaid Ibrahim atau Melayu nya kita. Perkara yang bersangkut paut dengan orang melayu, kepentingan bangsa Melayu- tidak memerlukan Ibrahim Ali sebagai juara dan jurubicara orang Melayu. Itu kerja2 UMNO.
Jika pimpinan UMNO 'sub-contract' tugas mereka kepada Ibrahim Ali, ini bermakna, pimpinan yang melakukan demikian harus sama di singkirkan dari UMNO seperti kaki mabuk dan kaki betina.
Kenapa kita mesti jemput Ibrahim Ali yang memperjuangkan sesuatu yang bertentangan dengan fikiran dan wawasan PM Najib? Ibrahim Ali juara dan juricukap kelas penindas dan kumpulan Melayu yang terbilang sedangkan PM Najib mahu merungkai semua amalan pilitik dan ekonomi yang di wakili oleh Ibrahim Ali.
Agenda kepartian, ekonomi dan politik PM Najib yang mesti di terangkan kepada rakyat Hulu Selangor untuk meyakinkan mereka, mengapa UMNO adalah pilihan yang lebih baik dari parti Zaid Ibrahim....SAKMONGKOL AK47
No comments:
Post a Comment