12 April 2010

Internet TERUK di HS : SKMM akan bertindak

Paparan Blog ini berkenaan kemudahan Internet di HS dalam posting Pelancaran Jentera Pilihanraya PAS Selangor di Hul... yang begitu teruk nampaknya akan diatasi segera. Ini lah nikmat pilihan raya, komplain apa pun cepat diatasi.

SUNGAI TENGI SELATAN – Masalah tiada kemudahan Internet di sekitar kawasan Felda Sungai Tengi bakal selesai apabila Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang giat membina infrastruktur rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi di sini.

Pembinaan infrastruktur itu adalah untuk melaksanakan program pemberian perkhidmatan sejagat (PPS) bagi mencapai matlamat 50 peratus kadar penembusan jalur lebar isi rumah bermula 2010.

Infrastruktur yang dipanggil Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJLK) diadakan sebagai penyediaan capaian kepada masyarakat luar bandar khususnya kepada penduduk Felda yang tiada liputan perkhidmatan jalur lebar.

SKMM sudah mengenal pasti 36 kawasan perkhidmatan sejagat baru termasuk 71 kawasan perkampungan Felda bagi pelaksanaan projek PJLK yang akan memberi peningkatan ICT bagi semua lapisan masyarakat.

Sebelum ini, kebanyakan penduduk di sini terpaksa keluar jauh ke pekan untuk menggunakan perkhidmatan Internet.

Bagi bekas peneroka, Muhammad Yushak Sajari, 58, dia meminta supaya pihak bertanggungjawab dapat menyediakan perkhidmatan Internet dengan segera.

“Saya amat memerlukan perkhidmatan Internet bagi tujuan rujukan, penyelidikan dan perniagaan on-line yang sedang saya laksanakan.

“Di sini, Internet sukar diperoleh kerana kedudukannya yang jauh dari bandar. Ada juga yang mencadangkan supaya gunakan jalur lebar, tetapi faktor pendalaman menyebabkan kesukaran untuk mendapat talian tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, ia membabitkan kos tinggi apabila terpaksa berulang alik ke pekan berhampiran semata-mata untuk mendapatkan perkhidmatan Internet.

Anak peneroka, Zulkifli Masrani, 28, berkata, dia yang bekerja di kedai runcit di sini turut memerlukan kemudahan Internet bagi tujuan penghantaran laporan ke pusat.

Menurutnya, kedai berkenaan terpaksa melanggan perkhidmatan talian Internet yang mahal bagi memudahkan penembusan talian dibuat.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini