06 April 2010

Ceramah DS Nizar di Jln Kebun diganggu, angkara siapa?

Detik 5 April 2010 menjadi sejarah kepada Kg Jalan Kebun kerana dihadiri seorang tokoh politik terkenal iaitu YB Ir Dato' Seri Nizar Jamaluddin (DSNJ) Ahli Parlimen Bukit Gantang. Kehadiran sekitar 1500 orang pengunjung menggambarkan sokongan semakin kuat diberikan oleh rakyat terhadap Pakatan Rakyat khususnya di Selangor amnya di Kota Raja sendiri. 
 
Bukan sahaja penduduk sekitar Parlimen Kota Raja malahan kawasan yang berhampiran seperti Kuala Langat, Shah Alam, Puchong dan Klang turut beramai-ramai menghadiri ceramah umum kali ini bagi mendengar secara terus krisis politik yang melanda negara kita termasuk persidangan "Orang Bisu dan Pekak" menurut DSNJ di Negeri Perak. 
 
Walaupun permit pemohonan ceramah ini ingin diadakan di padang utama ditolak, ia tidak mematahkan semangat ahli-ahli yang berada di sini untuk meneruskan ceramah yang telah dirancang sejak awal lagi. Berikut sekitar ceramah yang berlangsung:-
 
Anihnya sebelum acara bermula hampir 40 buah motorsikal cuba menganggu  ceramah ini. Mereka cuba menyekat dan mengalih kehadiran kehadiran penonton dengan menunjukkan jalan yang salah, akhirnya perkara ini dapat diselesaikan dengan bantuan Polis dan unit amal. Cuma tidak dapat dipastikan angkara siapakah ini. Mengapa mereka begitu takut dan gentar dengan dengan program penerangan ini?

Peniaga mengambil kesempatan mencari rezeki sebelum ceramah bermula

Bangsa Tionghua tidak berganjak mendengar 3 tokoh pemimpin berucap

Lautan manusia melimpahi jalan raya menghadiri ceramah melihat melalui skrin besar yang dipasang

Setibanya YB Dato' Seri Nizar diapit oleh YDP & TYD bersama Yb Shuhaimi

Ceramah DSN penuh semangat dengan diselang selikan pelbagai bahasa

Tetamu melimpahi perkarangan padang utama melihat dari jauh melalui skrin besar

Antara petugas Jabatan Amal yang berkawal di jalan utama dan sebahagiannya berunding dgn "Mat Motor" mengganggu jalan masuk utama ke tapak ceramah

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini