Assalamualaikum wbt!
Kepada para pengundi di Parlimen hulu selangor, menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bukanlah semata-mata untuk kepentingan negara dan keselesaan hidup kita sebagai rakyat malahan jauh dari itu kita harus memikirkan tentang masa depan agama dan bangsa serta kehidupan selepas mati.
Walaupun disana dihidang dan diperbahaskan tentang kempen untuk memenangkan parti masing-masing, berbagai input diterima yang menyatakan kepincangan pemimpin PR tetapi sebenarkan pimpinan
BN yang ada sekarang semakin melampau dalam memperbodoh dan mempersendakan agama dan bangsa. Cuba renongkan sejak zaman pemerintahan Datuk Sri Najib, apakah perkembangan yang menjurus kepada kedaulatan agama dan bangsa yang yang di lakukan, cuma yang jelas jurang dengan musuh utama Islam iaitu Yahudi dan Israel cuba dirapatkan demi kesinambungan kuasa dan kepentingan diri.
Para pengundi harus sedar bukan sekadar menunaikan kewajipan diri sendiri tetapi pastikan jua orang yang berada disekeliling anda menjalankan tanggungjawab yang sama. Walau yang bertanding sahabat kita dari PKR, sesungguhnya inilah jalan yang telah diijtihadkan oleh para pimpinan kita yang wajib kita akur dan bekerja bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.
Kemenangan dalam pilihanraya kecil ini amat penting dan bermakna bagi kita sebagai pembuktian bahawa masyarakat di hulu selangor sedar akan kesungguhan kita didalam membela nasib rakyat. Politik atau pemerintahan adalah merupakan unsur utama untuk membentuk rakyat kearah agama. Ini telah dibuktikan oleh sejarah silam, kehebatan dan kejayaan Islam adalah kerana hebatnya pemimpin pada ketika itu. Adakah anda menjangka akan lahir pemimpin hebat seperti Umar Abdul Aziz, Harun Ar Rasyid, Salahuddin Ai Ayubi, Sultan Muhammad Al Fatih dan lain-lain dikalangan pemimpin UMNO yang telah membudayakan rasuah, arak, isteri tak menutup aurat, mengumpul harta melimpah ruah dan sebagainya? Kita perlu beranjak dari sekarang dan saya yakin kalau kita tidak tuai hasilnya dalam jangka pendek sekalipun ia akan di kecapi oleh anak cucu kita digenerasi yang akan datang.
Allah menyaksi dan mengetahui niat hati kita, cuba renungkan antara PR dan UMNO yang mana lebih mementingkan agama, bertindaklah sewajarnya dan InsyaAllah pekerjaan kita diredhai oleh Allah SWT.
No comments:
Post a Comment