30 April 2010

Habuan untuk seorang pengkhianat

PM Najib melihat Mat Kotak lebih hebat berbanding KJ, lantas akan melantik bekas Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Mat Kotak dijangka akan dilantik sebagai Timbalan Menteri selepas mengangkat sebagai Ahli Dewan Negara Isnin depan.

Lantikan Mat Kotak sebagai Senator dan Timbalan Menteri dilihat sebagai satu “habuan politik” setelah membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor dalan pilihan raya kecil Ahad lalu.

Nampaknya PM telah memberi isyarat jelas kepada Khairy Jamaluddin bahawa riwayat dan masa depan nya dalam Pemuda dan Umno akan berakhir tidak lama lagi selepas Timbalannya sendiri dilantik sebagai timbalan menteri.

Najib juga dilihat sebagai PM mahu menunjukkan kepada mana-mana pembelot bahawa mereka akan disediakan tempat dalam kerajaan jika berani melompat menyertai Umno atau menjadi calun bebas.

Antara tugasan Mat Kotak yang dianggap “berjaya” oleh pimpinan Umno ialah tindakan keluar parti oleh beberapa pimpinan AMK peringkat cabang di Selangor dan Kelantan serta memainkan isu arak terhadap calon PR, Datuk Zaid Ibrahim di kawasan majoriti pengundi Melayu di kawasan Felda semasa kempen PRK Hulu Selangor.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini