31 December 2011

Waktu terus berlalu

Waktu terus berlalu, tahun demi tahun telah dilalui. Coretan demi coretan telah memenuhi ruang yang ada, kekadang tidak bererti, kekadang tanpa makna, atau hanya sedikit sahaja maknanya. 

Semoga ditahun ini setiap tahun memiliki makna, setiap tahun bermanafaat.

Selamat tahun baru 2012 kepada semua pengunjung blog ini, terima kasih atas kesudian anda semua. Kami memohon kemaafan jika ada yang tersinggung atas tulisan-tulisan kami, semoga tahun baru 2012 ini membawa kejayaan kepada anda semua.

DHA

Cara dan tindakan Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali diiktiraf oleh portal berita antarabangsa, Yahoo! sebagai antara tokoh paling panas bagi tahun 2011.
Dalam 10 tangga teratas, beliau menduduki tangga ke 6 dan merupakan dua individu, bersama bekas perdana menteri Itali Silvio Berlusconi, yang dinamakan sebagai berita politik terhangat 2011, manakala lapan yang lain ialah insiden, peristiwa kontroversi ataupun janji-janji pemimpin.
Dalam huraiannya, Yahoo! Malaysia menyifatkan Hasan sebagai seorang yang boleh menulis manual atau cara untuk “membuat musuh dan menyakitkan hati orang”.

“Ini adalah orang yang menyakitkan hati banyak pihak, dan beliau layak menduduki tempat ini berdasarkan tindak-tanduknya sendiri,” tambah laporan itu.
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu turut disebut sebagai individu yang sering menjadi berita muka depan akhbar pada 2011, terutamanya dalam isu siasatan Jabatan Agama Islam Selangor ke gereja Methodist Damansara Utama dan penggunaan kuasa solar talking-Bible untuk memurtadkan orang Islam.
“Beliau mengakhiri tahun 2011 dengan bergaduh dengan pemimpin PAS kerana ingin mewujudkan kembali isu perpaduan antara PAS dan Umno, dan memastikan bahawa beliau memasuki tahun baru ini tanpa dilupakan orang awam,” tambah laporan itu lagi.
Dalam carta Yahoo!, isu skandal Pusat Fidlot Kebangsaan menduduki tangga ke 10, diikuti dengan video seks merupai Datuk Seri Anwar Ibrahim di tangga ke 9.
Mengenai skandal video tersebut, Yahoo! berkata walaupun para penyokong Anwar menyatakan bahawa isu tersebut tidak merosakkan nama baik ketua umumnya, namun persoalan yang lebih besar perlu dijawab ialah adalah isu tersebut telah mengoyahkan keyakinan dan kepercayaan kepada para pengikut yang dekat dengan Anwar yang diibaratkan sebagai “God-sent leader”.
Tangga ke 8 pula diduduki oleh peristiwa Amerika Syarikat berundur daripada Iraq, diikuti kematian Kim Jong-iI di tangga ke 7, Perhimpunan Agong Umno di tangga ke 5 dan diikuti skandal seks Silvio Berlusconi di tangga ke 4.
Tiga tangga teratas pula diduduki janji reformasi Datuk Seri Najib Razak di tangga ke 3, penahanan enam aktivis PSM di bawah ordinan darurat di tangga ke 2, dan kebangkitan Arab menduduki tempat pertama.
Mengenai janji-janji Najib, Yahoo! melaporkan bahawa perhimpunan Bersih 2.0 telah meninggal kesan yang mendalam kepada kerajaan pimpinan Najib yang telah bertindak keras terhadap perhimpunan tersebut, walaupun Barisan Nasional enggan mengakui sepenuhnya.
“Buktinya ialah pengumuman Najib pada Hari Malaysia, di mana beliau mengumumkan beberapa reformasi termasuklah pemansuhan kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa deklarasi darurat.
“Namun begitu, ia masih tidak cukup untuk para pengkritiknya, yang mendakwa perdana menteri hanya melakukan usaha yang minimal yang gagal menyelesaikan masalah sebenar yang dihadapi negara,” kata laporan tersebut.

28 December 2011

Batu Api

Kira-kira DHA dah OK lah dalam satu dua hari ni, tak de lagi nampak dia menyerang PAS sebuah parti yang dianggotainya yang juga merupakan parti kedua terbesar di Malaysia dan merupakan parti yang ahlinya begitu setia terhadap dasar dan perjuangannya.

Tidak senang dengan tindakan DHA, kini mulalah pencacai Umno yang dimulai dengan Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali yang berkata, hanya masa akan menentukan sama ada exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali adalah hero sebenar Melayu-Islam ataupun tidak.

Ibrahim berkata, buat masa ini masih tidak pasti sama ada kemelut dalaman PAS hanya umpama pergaduhan suami-isteri atau Dr Hasan benar-benar memperjuangkan Melayu, Islam dan Raja-raja. Baca seterusnya  di Malaysiakini

27 December 2011

090112 : telekan ahli nujum berkenaan DSAI

Pada 9 Januari 2012 nanti, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan nasib Dato Seri Anwar Ibrahim berhubung kes Fitnah Liwat 2 yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang itu.

Ahli nujum tidak akan mendahului keputusan mahkamah, jauh sekali mempengaruhi keputusan penghakiman tetapi ahli nujum juga rasa berhak untuk membuat andaian berdasarkan pengamatan ahli nujum kepada peristiwa ini.

Umum telah sedia maklum bahawa antara sebab kejatuhan sokongan kepada Umno pada pilihanraya ke10 pada tahun 1999  ialah apabila keputusan Fitnah Liwat 1 telah menjatuhkan hukuman bersalah kepada DSAI dan beliau telah dipenjarakan.

Jika berdasar peristiwa lepas Umno sedia maklum akan risiko yang bakal mereka hadapi jika DSAI dipenjarakan.

Kelak ada yang merana tak sudah kerana ianya akan mengakibatkan peratusan untuk Umno meninggalkan Putrajaya semakin tinggi dan bersedialah kamu dengan lori buruk untuk meninggalkan Putrajaya.
Pada PRU 13 nanti jika Umno membuat kesilapan walau pun kecil. AWAS bersedialah kamu dengan Lori buruk BN bagi meninggalkan Putrajaya dan memberi laluan kepada lori PAS FOR ALL dan rakan-rakan Pakatan Rakyat menuju Putraja dengan selesa.

Jadi pada firasat ahli nujum DSAI tidak akan didapati bersalah dan akan dibebaskan tetapi beliau akan dimalukan seantero Malaysia dan dunia sehingga selesai PRU 13. Diketuai oleh TV3 suku anda semua tentu tahu nasib DS pada ketika itu.

Anda boleh membuat andaian sendiri berdasarkan klu yang diberikan apa kah keputusan nya nanti, silakan ...

Sama-sama kita doakan semoga kita semua mendapat perlindungan dari Allah SWT atas segala fitnah yang melanda ini.

25 December 2011

Jangan pandang remeh

Dapatan awal satu kajian oleh seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) menunjukkan 70 peratus responden daripada golongan belia kini berasa lebih dekat dengan kerajaan berikutan langkah yang dilaksanakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mendekati golongan itu.

Tinjauan terhadap belia melalui kajian yang dijalankan sejak 2010, berpendapat mereka menyambut baik penggunaan media sosial interaktif oleh Najib yang membolehkan golongan ini menghubungi Perdana Menteri secara langsung untuk memberi pendapat, idea dan juga kritikan mengenai pelbagai isu.
    
"Hasil kajian saya mendapati 70 peratus belia menyokong kerajaan kerana mereka seronok dan suka dengan pendekatan yang dilakukan kerajaan menerusi program-program yang dirangka.
    
"Itu adalah kuncinya untuk kerajaan mendekatkan diri dengan belia," kata pensyarah Sains politik di UiTM (Universiti Teknologi Mara) Dungun (Terengganu), Che Hamdan Mohamed Razali kepada Bernama baru-baru ini.
    
Selain pendekatan melalui media sosial, katanya responden yang terdiri daripada golongan berusia antara 18 dan 40 tahun serta daripada pelbagai bidang pekerjaan termasuk pelajar, profesional hingga nelayan dan petani, berpendapat kerajaan pimpinan Najib juga kini lebih terbuka.

Rata-rata responden mengakui sedar akan inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN) yang semakin banyak melibatkan belia dan kepentingan mereka dalam merangka sesuatu program seperti rumah mampu milik untuk belia baru bekerja, bantuan kepada usahawan muda dan kemudahan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
    
Mereka menghargai sekecil-kecil usaha seperti Perdana Menteri duduk bersila bersama belia di jalan raya untuk menonton siaran langsung perlawanan bola sepak, menganjurkan banyak kegiatan seperti futsal dan rancangan membina satu gelanggan futsal bagi setiap mukim.
    
Jadi adalah tidak benar jika dikatakan golongan belia suka menentang kerajaan dan 'anti-kerajaan' seperti yang cuba ditonjolkan pembangkang yang membawa belia ke jalan raya untuk berdemonstrasi dan bertindak tidak hormat terhadap pemimpin?
    
"Adalah menjadi sifat segelintir belia suka memberontak. Dapatan awal saya ialah belia ini bukanlah 'anti-kerajaan' seperti didakwa banyak pihak. Mereka cuma berjauh hati jika berasa dipinggirkan. Jika kerajaan memberi perhatian, mereka ini akan menyokong kerajaan," katanya.

Beliau berpendapat kerajaan perlu agresif memberikan penjelasan mengenai sesuatu perkara sekiranya tidak mahu golongan belia terus diracuni dengan maklumat dan fakta yang salah oleh pihak tertentu yang berkepentingan politik yang cuba menonjolkan golongan belia menyokong mereka.

Che Hamdan bagaimanapun belum bersedia memberikan perincian lanjut dapatan kajian itu atas alasan bahawa ia masih terus dijalankan dan akan hanya diumumkan sepenuhnya setelah selesai.
    
Rumusan awal beliau ialah belia tidak akan menggadai masa depan mereka semata-mata kerana janji-janji manis, sebaliknya mereka lebih bersedia bersama-sama bergelumang dan berusaha dengan kerajaan yang sudah terbukti mempunyai perancangan yang baik untuk masa depan mereka, malah mempunyai rekod yang terbukti.

Sementara itu, naib pesiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Datuk Irmohizam Ibrahim berkata kerajaan tidak pernah meminggirkan golongan belia dalam apa jua aspek termasuk Belanjawan 2012, malah menghargai dan terbuka menerima sebarang pandangan serta kritikan belia kepada kerajaan.
    
"Kerajaan telah melakukan yang terbaik dengan merancang pelbagai usaha untuk mendekatkan golongan belia dengan kerajaan. Jadi dakwaan mengatakan golongan belia anti kerajaan adalah tidak benar, cuma segelintir sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama.
            
Selain mengiktiraf golongan belia dalam Belanjawan 2012, kerajaan juga sedia melakukan pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti.

Mengenai penglibatan mahasiswa dalam politik negara, dan terbaru Perdana Menteri mengibaratkan golongan muda sebagai wira unggul yang mempunyai kuasa menjadikan program transformasi negara sebagai satu realiti.
    
Mengakui bahawa suara golongan muda mantap, Najib pada 12 Dis lepas berkata kerajaan sentiasa terbuka kepada pandangan dan idea golongan belia dan juga kritikan mereka supaya setiap program transformasi yang dirancang akan berjaya dengan penglibatan mereka.
    
Irmohizam yang juga pensyarah di Fakulti Undang-Undang UiTM Shah Alam berkata hasil pemerhatiannya juga, ramai belia atas pagar kini menyukai kerajaan BN dan berterima kasih atas usaha-usaha kerajaan untuk melibatkan mereka dalam banyak isu dan projek.
    
Dalam pada itu, beliau mengakui memang terdapat usaha-usaha pihak tertentu yang cuba menghasut golongan belia di universiti supaya membenci kerajaan hanya untuk kepentingan politik dan keghairahan merebut kuasa pemerintahan.
    
"Namun, belia yang terdedah kepada pelbagai maklumat tidak mudah menerima semuanya bulat-bulat tanpa memeriksa kebenarannya.

Begitu juga dengan janji-janji pembangkang, yang kami sedari sepenuhnya hanya gimik untuk meraih undi tanpa sebarang langkah konkrit diatur untuk belia seperti yang sudah dilaksanakan kerajaan BN sekarang," katanya.
    
-  Bernama

24 December 2011

Pusingan U, pulut, santan & "hinalah Hasan Ali"

Hari ini sipengkhianat, membuat kejutan dijalan raya yang sedang traffic jam dengan secara tiba-tiba membuat pusingan U. Sayang nya beliau tersalah sign board.

Fikirnya ia boleh mereda kemarahan pemandu-pemandu ketika itu, sebalik nya meleset kerana pemanduan tidak berhemah beliau menyebabkan damage yang lebih besar kerana berlaku kemalangan jalan raya dikiri kanan jalan dan perjalanan menuju matlamat menjadi tergendala.

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Lalu Hassan Ali pun berkata dengan menggunakan ayat-ayat yang merudumkan peribadinya sebagai seorang yang zuhud, bertaqwa dan beriman serta tunduk patuh pada kehendak Allah yang maha esa lalu melahirkan sifat-sifat kebencian Allah iaitu riak, sombong & takbur terhambur dari mulutnya pada sidang media dan bual bicara di TV3 pada hari berikutnya.

Sebahagian dari kesombongan, keangkuhan dan kebodohan HA terhambur dalam ayat ini :- 

‘‘Saya tidak kisah sama ada UMNO, persatuan peladang atau persatuan nelayan jika pihak-pihak ini memperjuangkan Islam, Melayu dan raja-raja Melayu saya akan sokong.

‘‘Jika UMNO bawa agenda itu, tetapi saya ketepikan mereka, hinalah Hasan Ali. Hasan Ali tidak ada objektif.
‘‘Dalam hal ini, saya mesti objektif, saya mesti menggunakan keintelektualan saya dan saya tidak harus mengorbankan keintelektualan saya,’’

Sementara itu sebentar tadi Hasan Ali mengakui kesilapannya mengkritik pendekatan Negara Berkebajikan yang mahu dibawa PAS seperti diputuskan dalam Muktamar tahunan parti itu Jun lalu.
Ekoran itu pada sidang media di kediamannya hari ini menarik balik kritikannya itu dan memohon maaf kepada pimpinan dan ahli parti.

“Sebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, saya mengakui terdapat unsur keterlanjuran saya waktu membuat ulasan mengenai perkara itu. Dengan ini saya menarik balik komen mengenai Negara Berkebajikan tersebut.

“Saya memohon maaf kepada saf kepimpinan dan ahli-ahli parti terhadap keterlanjuran saya itu,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini.

“Saya sebagai ahli dan pimpinan, saya menyetujui apa yang dikemukakan dan pada masa sama saya melihat pengisian Negara Berkebajikan sama seperti negara Islam yang dikemukakan parti sebelum ini.

Bila HA berkata “Kemungkinan besar sama apa yang ada dalam konteks negara Islam dengan Negara Berkebajikan,” menunjukkan bahawa beliau tidak membaca kedua-dua dokumen tersebut bagi membuktikan kepada umum bahawa HA bukanlah cerdik sangat seperti mana yang beliau canang tentang kehebatan beliau. 2 hari lepas saya tulis dalam FB 

‎"Hasan Mohamed Ali boleh tegur kepimpinan, tapi bila menyerang seperti umno, guna media umno pulak tu, dia sudah melampaui batas, ngapa tak tegur dlm mesyuarat PAS Pusat? bukan kah dia AJK pusat yg dipilih ahli dlm muktamar? Konsep Negara Berkebajikan pun xfaham. Cuba ambil dokumen Negara Berkebajikan & dokumen Negara Islam ... tunjukkn dimana tersasarnya. Dia tolAk dato presiden sebenarnya. Dato Presiden BUKAN ulamak ke? Ketua Penerangan BUKAN ulamak ke? Majlis syura BUKAN ulamak ker? PENGKHIANAT"

(nota : tulisan ini  dari pengundi Parlimen Kota Raja dan tiada kaitan dengan YB Dr Siti Mariah)

23 December 2011

"lembu korban" umno Selangor

Akhirnya Dr Mohamed Khir Toyo didapati bersalah menggunakan pengaruhnya sebagai menteri besar untuk membeli kediaman mewah dan tanah sehingga potongan sebanyak RM3 juta lapan tahun lalu.

Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan bahawa RM3.5 juta yang dibayar oleh bekas menteri besar bagi hartanah itu adalah satu pertimbangan yang tidak wajar.
“Pembela gagal untuk mencetuskan keraguan munasabah,” kata hakim Datuk Ahmadi Asnawi.
Dr Khir dikenakan tuduhan menerima bagi diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada Shamsuddin pada harga RM3.5 juta, lebih rendah dari harga RM6.5 juta yang dibayar Ditamas pada 2004.
Khir Toyo telah merasakan bahawa beliau adalah mangsa korban Umno Selangor, tulisan dalam BLOG nya pada 23 Ogos yang lalu, kini benar-benar menjadi kenyataan, antara catatan menarik beliau ialah. Penulis pun simpati dengan beliau kerana yang patut dipenjara masih bebas.
Kisah Tiga Menteri 

10. Ketika saya memohon maaf kepada semua orang, saya juga mengambil kesempatan semangat ramadhan tahun ini untuk memaafkan sesiapa sahaja merasakan mereka perlu memohon maaf kepada saya kerana apa sahaja sebab. 

11. Namun sebagai manusia biasa saya juga ada kelemahan kerana tidak mungkin dapat saya maafkan seseorang yang membuat fitnah terhadap saya sehingga terjadinya siatuasi sekarang. Percayalah walau berapa kali beliau mengerjakan umrah belum tentu Allah mengampunkan dosa beliau dengan manusia yang lain. 

12. Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi Menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya. 
Saya tidak mendedahkan nama menteri-menteri ini kerana tidak mendapat bukti yang sahih sungguhpun beberapa sumber saya sangat boleh dipercayai. 

13. Seorang Menteri dilaporkan berkata kepada dua orang Menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang Menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan. 

14. Apakah mereka ini begitu besar boleh menguasai hakim perbicaraan? Saya tidak mahu percaya mereka berupaya mengarahkan hakim atau hakim akan mendengar arahan kumpulan ini. Namun jika pun ada usaha-usaha untuk mempengaruhi kehakiman, saya masih percaya dengan kebebasan dan integeriti institusi kehakiman. Selebihnya, saya percaya saudara/saudari terutamanya para peguam boleh membuat penelitian terhadap fakta-fakta kes saya di mahkamah dan membuat penilaian sendiri. 

15. Cuma saya hendak mengingatkan ketiga-tiga Menteri ini agar menumpukan kerja mereka membantu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan terutama membabitkan potfolio mereka sendiri. Turunlah ke padang dengar pandangan rakyat di bawah terhadap kerajaan bukannya sekadar membaca blog dan media yang telah memilih untuk berpihak di mana. 

16. Kenyataan bahawa jika Khir Toyo dipenjarakan maka BN akan dapat kembali Selangor hanya menunjukkan kecetekan pemikiran pemimpin tersebut yang tidak memahami keseluruhan isu rakyat di Selangor. Lebih daripada itu, ia menunjukkan kebodohan pemimpin ini seolah-olah majoriti rakyat Selangor tidak cerdik dan tidak boleh menilai fakta-fakta kes di mahkamah. 

17. Apakah pada hemat beliau rakyat Selangor secara majoritinya dungu, bebal dan bengap yang akan mengikut skrip sandiwara beliau? Apakah beliau fikir rakyat mahukan pemimpin UMNO dihukum atau mereka mahu melihat keadilan ditegakkan? 

18. Pada hemat saya majoriti rakyat terutamanya di Selangor mahu melihat keadilan undang-undang ditegakkan tidak kira ia di pihak UMNO mahu pun di pihak parti-parti lain. 

22 December 2011

HA keseorangan : Ahli PAS tetap berdiri teguh bersama parti

Perbezaan pendapat ditimbulkan oleh Dr Hasan Mohamed Ali & Ust Nasha tidak akan mengurangkan sokongan ahli terhadap parti itu.
Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, berkata, pertembungan pendapat berlaku antara kepimpinan Pas dan dua bekas pemimpin parti itu, bukan perkara baru malah pernah berlaku dan menjadi tumpuan sebelum ini.

“Pendapat Hasan dan Nasha tidak akan memberi kesan kepada sokongan terhadap parti kerana orang-orang Pas ‘gila’ parti. Mereka tidak kisah pertembungan pendapat itu sebab ia tidak meninggalkan kesan kepada mereka, yang dijaga ialah parti.

“Hasan dan Nasha memiliki fahaman politik tersendiri, mereka bukan politikus yang tidak berpengetahuan. Menjadi alat Umno atau tidak adalah pendirian politik semasa mereka,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pergolakan dalam parti itu, semalam.

Bagaimanapun, Agus menyatakan, konsep Negara Berkebajikan yang menimbulkan pertikaian dalam Pas, wajar dipraktikkan memandangkan ia adalah konsep praktikal untuk dilaksanakan bagi mengelak berlakunya pertembungan dengan parti komponen Pas (DAP).

“Konsep Negara Berkebajikan lebih relevan dengan senario politik semasa berbanding perjuangan asal Pas iaitu membentuk kerajaan Islam. Konsep baru itu lebih sesuai kepada rakyat lebih-lebih lagi untuk berhadapan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Penyelesaian terhadap isu semasa juga perlu menggunakan kaedah semasa dan selari dengan tuntutan rakyat,” katanya.

Sementara itu, penganalisis politik, Prof Dr Mohd Mustamam Abd Karim berkata, pergolakan dalaman parti itu, menggambarkan pembentukan energi baru, bagi menghasilkan keputusan yang mampu mengukuhkan lagi perjalanan parti.

“Itu sepatutnya berlaku dalam PAS. Segala percanggahan pendapat bergantung kepada kebijaksanaan ketua mereka, iaitu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Pergolakan dalam Pas menunjukkan parti itu sedang bergerak dan akan seimbang, setelah mendapat keputusan tetap. Mereka akan terus berfikir bagi mencari penyelesaian serta membentuk titik keseimbangan dalam parti,” katanya.

21 December 2011

Masya Allah - baiknya perangai Umno

Perasan kah anda?

Masya Allah, baiknya perangai para pemimpin Umno baik diperingkat Pusat dan juga Negeri Selangor sendiri. 

Belum pernah terjadi dalam sejarah perangai dan tingkah laku mereka sebaik ini walau pun telah terhidang masaalah Hassan Ali bersama PAS pada ketika ini.

Mereka begitu wal'la dengan arahan pengarah mereka dan mengikut skrip yang telah ditulis dalam film sensasi ini.

Mereka membiarkan Hassan Ali membelasah PAS dengan menyediakan semua kelengkapan peperangan bila mana Hassan Ali hanya perlu memetik triggle sahaja. Semua kemudahan diberi kepada beliau yang sukakan glamour dan bercakap ni. Maklumlah bekas seorang motivator.

Bermula semalam dan diteruskan pada malam ini dan seterusnya pada hari-hari yang mendatang Hassan Ali akan terus membelasah PAS dengan menggunakan machinary Umno.

Umpama mendapat bekalan senjata yang cukup banyak dan canggih malam ini jam11.00 malam Hassan Ali akan mempersenda PAS dan Pakatan Rakyat dengan kerjasama Umno dan TV3.

Sementara itu, Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menganggap tindakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mempersoalkan konsep negara kebajikan anjuran parti itu seperti mengisytiharkan perang terhadap parti Islam itu.

Mahfuz berkata, konsep negara kebajikan telah dipersetujui dalam muktamar tahunan parti itu dan oleh itu, ia tidak harus dipersoalkan sekarang. baca seterusnya Mahfuz anggap Hasan isytihar perang terhadap PAS

Dalam pada itu kita amat bersyukur kehadrat Allah SWT kerana mantan Timbalan Presiden PAS 2 penggal, Ust Nasharudin Mat Isa yang menerima asakan demi asakan berhubung kesetiaannya dalam parti, hari ini membuka mulut dan menyatakan beliau "tidak mempunyai niat sebesar zarah sekalipun untuk menyertai Umno."

20 December 2011

Hasan Ali ; look like umno

1. Maaf cakap - meluat pun ada bila tengok di TV3 sebentar tadi dimana Hasan Ali bercakap seumpama pemimpin Umno.

2. Bagi beliau semua yang dibuat oleh PAS tak ada yang betul termasuk tawaran Negara Berkebajikan.

3. Nampaknya semua yang dibuat oleh PAS tidak kena bagi beliau.

4. Jelas beliau bersifat hipokrit jika terus berada dalam PAS dan memegang jawatan exco kerajaan negeri Selangor atas tiket PAS.

5. Beliau sepatutnya tahu apa yang perlu dibuatnya sekarang.

(Nota : tulisan ini tidak ada kena mengena dengan Dr Siti Mariah Mahmud, ia adalah catatan dari ahli PAS Kota Raja)


Tajuk berita panas Hasan Ali hari ini.

Hasan Ali: Saya bukan duri dalam daging, tapi PAS tergelincir landasan

18 December 2011

Menunggu si penyelak kain cabar kita semua bersumpah

Adoi, pantang cakap sikit terus dicabar bersumpah menjunjung Al-Quran dalam masjid. 

Rasa-rasa kita boleh mencapai tahap Guiness Book of Record dalam bab-bab cabaran bersumpah seperti ini. 

Countdown PRU 13 sudah dekat, mungkin pembubaran Parlimen akan berlaku pada 31hb Mac 2012. Jadi tak jadi tak pastilah, apa pun kita kena bersiap siaga, kerana ia pasti datang,

Kali ini dalam tempuh kempen pilihanraya sudah pasti imam dan j.k masjid sibuk menyediakan tempat bagi membolehkan orang ramai termasuk pemimpin dan ahli Umno mengadakan sumpah menjunjung Al-Quran. Apakan tidak nya setiap ceramah akan dipantau dan jika ada tuduhan walau pun berasas akan tetap dicabar dengan menjunjung Al-Quran keesokan hari.

Kita sama-sama tunggu samaada Shahrizat Abdul Jalil, si penyelak kain wanita umno ini akan mencabar seseorang atau semua orang yang menuduhnya dalam kes termasyhur dihujung 2011 ini bersumpah didalam masjid dengan menjunjung Al-Quran bahawa beliau 'tak tau apa-apa & tidak terlibat' dalam kes yang hangat diperkatakan sekarang.

Ketua Pembangkang DS Anwar yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan bekas PM Che Det yang mencabarnya untuk bersumpah dengan menjunjung  al-quran tidak perlu dilakukan berikutan ia perlu dibuktikan dengan fakta dan bukannya dengan bersumpah seperti yang diminta.


Sementara itu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Biro Komunikasi Parti Keadilan Rakyat hari ini, membidas dakwaan Tun Dr Mahathir mengenai Anwar yang dikatakan adalah agen Barat iaitu Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Menurut  kenyataan itu, dalam rekod Bank Dunia, selepas Anwar dipecat, Malaysia masih menerima bantuan Bank Dunia sedangkan di hadapan khalayak tanpa segan silu Tun Dr mahathir memfitnah Anwar.


"Sewajarnya juga dinyatakan ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan, beliau telah bertindak menulis surat kepada Bank Dunia bahawa Malaysia tidak lagi memerlukan bantuan institusi kewangan itu.


Beberapa hari lalu, Tun Dr Mahathir telah mencabar Anwar bersumpah dengan menjunjung al-Quran. 

Godfather Umno kena "bersuara"

PAS menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak Datuk Seri Najib Razak agar mengambil tindakan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Sri Shahrizat Abdul Jalil yang terpalit dengan skandal RM250 juta Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

AJK PAS Pusat Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, Tun M yang juga bekas perdana menteri diyakini sangat tahu tentang kerakusan pemimpin di dalam Umno yang mengambil wang rakyat untuk untuk kepentingan peribadi termasuk dalam isu NFC.

"Mahathir perlu mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta barisan kabinetnya agar mengarahkan Muhyiddin dan Shahrizat meletak jawatan.

"Jika beliau ingin Najib lakukan tranformasi, maka skandal tersebut perlu disiasat secara telus tanpa ada sebarang perlindungan," katanya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas skandal projek NFC bernilai RM250 juta yang diberikan kepada syarikat suami Shahrizat yang sehingga kini belum ada apa-apa tindakan dari pihak kerajaan.

Selain Shahrizat, ianya juga didakwa membabitkan Muhyiddin selaku menteri pertanian ketika projek itu diluluskan.

Sementara itu, Dzulkefly juga turut membidas kenyataan Tun yang mendesak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tunjukkan surat yang ditulis beliau kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Katanya, cabaran Tun itu tidak lebih dari cuba mengalihkan isu skandal NFC dari diperkatakan oleh rakyat khususnya berdepan pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.

"Saya tidak pasti tujuan sebenar dan mungkin ia ingin mengalihkan perhatian rakyat dari isu lembu kepada desakan tersebut.

"Ini adalah cara Umno sebenar bila terdesak mereka akan mengalihkan isu, bagi saya isu tersebut sudah lama," katanya.

17 December 2011

Aksi Shahrizat membodek Najib.

Nampaknya PRU 13 kali ini bakal mencatat sejarah yang belum pernah terjadi dalam mana-mana 12 pilihanraya yang lalu dan mungkin juga di seluruh dunia.

Ketua wanita yang akan mengepalai bala tentera UBN memberitahu kepada umum bahawa beliau dan suku sakatnya telah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuki berhadapan dengan jentera Pakatan Rakyat dalam PRU 13 nanti.

Beliau memberi tahu bahawa Wanita UMNO, sudah siap siaga untuk bertempur dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa memandangkan pilihan raya kali ini agak luar biasa dan boleh dianggap sebagai medan perang.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata: “Dalam peperangan ini kami Wanita (BN/UMNO) akan taat kepada Ketua Komander dan sedia untuk bertempur pada bila-bila masa PRU ini diadakan.

"Kami tidak takut. Kami tidak akan kecewakan ketua kami (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak),” katanya kepada pemberita selepas Program Pemantapan Jentera Pilihan Raya (Jalinan Rakyat) Warisan Barisan Nasional Negeri Selangor, di sini hari ini.

Shahrizat yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO berkata, tiada pihak yang boleh memandang rendah atau mempertikaikan keupayaan golongan wanita sebagai tunjang parti.

Shahrizat menyifatkan dalam ”peperangan” untuk merebut kerusi dalam pilihan raya umum itu Najib adalah sebagai Ketua Komander, manakala Wanita BN dan UMNO adalah ”jeneral” yang akan berjuang untuk maruah parti.

Wah! nampaknya bagi mempertahankan jawatannya yang sudah goyang sana goyang sini (macam gigi nak luruh) Sahrizat sanggup melakukan apa saja yang dilihat boleh membodek Najib.

Cuma persoalannya berjayakah Shahrizat membodek Najib pada ketika tekanan untuk mengenepikanya semakin meningkat oleh orang keliling kelalang nya.

Peperangan menentang Shahrizat pada kali ini memang teramat sengit untuk ditandingi khususnya oleh Muslimat PAS

Lebih malang lagi Muslimat PAS terpaksa berdikari menghadapi Shahrizat dan bala tenteranya kerana tidak mungkin mereka membenarkan pejuang muslimin turut serta membantu mereka kerana ada kemungkinan akan berlaku adingan lucah menyelak kain oleh Shahrizat seperti amaranya dalam PAU yang lalu.

16 December 2011

Hasan, Nasa : hentikan peperangan ini

1. Jalan terbaik pada ketika ini lah PAS mesti mencari jalan terbaik untuk berhadapan dengan Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa.

2. Nampaknya kedua mereka digunakan sepenuhnya oleh Media Arus Perdana Umno & Barisan Nasional untuk menjawab serta memburuk-burukan PAS.

3. PAS yang sudah berusia lebih 60 tahun mesti dilihat matang dalam menguruskan kemelut dalaman parti ini dan tidak menggunakan media untuk menjadi jurucakap.

4. SU Agung dicadangkan memanggil semua yang terlibat didalam kemelut ini dan menyelesaikanya dalam semangat kekeluargaan dan win win situation.

5. Membiarkan kemelut ini berlarutan umpama menyediakan peluru hidup untuk Umno mengambil kesempatan membelasah kita.

6. Stop War .......

15 December 2011

Perangkap Umno mengena

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menganggap dua pimpinan parti itu Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.

NONE
Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasharudin yang pernah memegang jawatan timbalan presiden bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti.

"Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS.

"Ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS walaupun tidak memberikan kesan besar bagi parti," katanya lagi.

14 December 2011

"anti-Melayu, anti Islam dan Anti Sultan"


DAP Taiping mencipta sejarah lagi apabila mengadakan Majlis Berkhatan secara besar-besaran di perkarangan Masjid Eskpo di Taiping untuk tiga tahun berturut-turut.

Apabila Timbalan Presiden UMNO, Muhyddin Yassin melemparkan tuduhan terbuka terhadap DAP dengan menuduh parti tersebut sebagai parti yang "anti-Melayu, anti Islam dan Anti Sultan", 

DAP Taiping hari ini membuktikan bahawa dakwaan sedemikian adalah usaha licik UMNO tanpa asas untuk mengaburkan mata rakyat jelata demi melanjutkan talian hayat politik UMNO yang kini hanya disifatkan tinggal nyawa ikan sahaja.

Majlis penuh istiadat dan berwarna-warni ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang telah memberikan sumbangan peribadi sebanyak RM5,000 dari potongan elaun Ahli Parlimen beliau sebagai tanda sokongan memupuk semangat muhibbah dan perpaduan Nasional.

Dalam majlis tersebut, lebih dari 100 orang kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 10 tahun telah menjalani upacara berkhatan sebagai memenuhi tanggungjawab sebagai muslim.  

Upacara perasmian tersebut turut dimeriahkan dengan perarakan yang diiringi oleh pasukan kompang dan pemancuhan air oleh kereta bomba dari unit pasukan keselamatan.  

Turut hadir bersama pada Majlis tersebut adalah tetamu khas dan bekas Exco Agama Negeri Perak, Zainuddin bin Mohd Yusof, ADUN Aulong, Yew Tian Woh dan Pesuruhjaya PAS Parlimen Taiping, Ustaz Pakaruddin Bin Abdul Aziz.

Dalam ucapan perasmian beliau, Nga Kor Ming telah menegaskan bahawa DAP dan Pakatan Rakyat adalah parti yang berjuang untuk semua anak Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang budaya masing-masing kerana Pakatan Rakyat bertekad untuk mewujud dan melakar landskap politik baru tanahair kita supaya menghancurkan politik perkauman yang didokong oleh parti perkauman seperti MCA, MIC dan UMNO.

Nga Kor Ming berkata, bertentangan dengan dakwaan UMNO, apabila Pakatan Rakyat berjaya memenangai kerajaan Pulau Pinang, peruntukan untuk agama Islam telah meningkat 100% hingga ke RM24 juta jika dibandingkan dengan RM12 juta ketika di bawah pemerintahan Barisan Nasional.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga memberikan peruntukan sistematik tiap-tiap tahun kepada sekolah agama rakyat sebagai pengiktirifan terhadap sumbangan pendidikan Islam.  

Beliau memohon restu dari kaum Melayu untuk memberi peluang lima tahun kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya supaya rakyat dapat membuat bandingan prestasi pentadbiran di antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. 

Beliau menegaskan bahawa sebagai pengundi bijak, ia adalah sangat penting bahawa pengundi menggunakan kesempatan pilihanraya mewujudkan sistem kerajaan yang boleh saling berganti dan hanya dengan saingan sistem dwi-parti ini rakyat akan memperolehi manfaat yang paling besar.  

"Kita sudah bagi BN menang 12 kali dan sepanjang 54 tahun, apa salahnya kita bagi peluang sekali kepada Pakatan Rakyat untuk lima tahun?" tegas Nga.

13 December 2011

Hantu penentu keputusan

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng beranggapan keputusan pilihan raya umum akan datang akan ditentukan oleh ‘pengundi hantu’.

"Kalau kita tidak bercakap mengenai hantu, kita akan dihantui dengan keputusan pilihan raya yang tidak mencerminkan kehendak rakyat.

"Amat bahaya jika cadangan PSC tidak dilaksanakan,” katanya pada wacana anjuran akhbar Sinar Harian yang berjudul ‘PRU-13: Undi siapa jadi penentu’ di Shah Alam, hari ini.

Lim, yang juga adalah ketua menteri Pulau Pinang berkata jika ‘pengundi hantu’ itu ditangkap kuasa sebenar adalah pengundi di Sabah dan Sarawak.

"Mereka akan tentukan sama ada kita boleh dapatkan angka ajiaib - 112 (bagi majoriti di Parlimen),” katanya.

Selain Lim, anggota lain pada panel lima anggota hari ini adalah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Presiden parti KITA Datuk Zaid Ibrahim dan pensyarah pengajian media Universiti Malaya Prof Abu Hassan Hasbullah.

11 December 2011

Live Video TGHH menjawab :"Hasan Ali digugur"

Berita paling PANAS minggu ini dan kemuncak beritanya disajikan oleh akhbar Mingguan Malaysia terbitan hari ini yang diantara lain menyebut bahawa Dato Hassan Ali tidak dicalunkan untuk bertanding dalam Pilihanraya Umum ke 13 akan datang.

Petikan dari akbar tersebut :-
KUALA LUMPUR 10 Dis. - Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali digugurkan daripada menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Sumber-sumber mengesahkan bahawa nama Ahli Dewan Undangan (ADUN) Gombak Setia itu telah ‘disingkirkan’ oleh Pas Selangor dan pada masa sama Pas Pusat merestui pengguguran tersebut.

Tidak cukup dengan Hassan Ali akhbar tersebut menambah kari lagi dengan menyatakan bahawa :-

Mingguan Malaysia difahamkan Pas Pusat turut menggugurkan beberapa pemimpin Pas yang selama ini tidak disenangi oleh kumpulan pro Datuk Seri Anwar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Erdogan dan antaranya bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa.

Akhirnya sebentar tadi Presiden PAS YB Tuan Guru Dato Seri Haji Abd Hadi Awang bersama Timbalan Presiden Tn Haji Mohamad Sabu serta Setiausaha Agong PAS telah menjawab semua persolan yang ditimbulkan oleh akhbar Utusan.

Ikuti jawapan Dato Seri Presiden & Timbalan Presiden PAS berhubung lapuran Utusan tersebut secara langsung yang sempat saya rakamkan dalam Sidang Media selepas Pelancaran Buku Tawaran Negara Berkebajikan oleh TGHH di ruang legar Kompleks PKNS Shah Alam jam 3.00 petang tadi.

Jawapan paling menarik sudah PASti dati Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohamad Sabu, saksikan Video yang dirakamkan oleh trio Sekretariat Parlimen Kota Raja sebentar tadi.

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini