05 January 2012

901 : Apa kata A. Kadir Jasin

PADA 3 Jan baru lalu, media massa melaporkan yang kepemimpinan Pakatan Rakyat (PR) sebagai berkata, mereka bersedia menghadapi kemungkinan ketua de fakto mereka, Anwar Ibrahim disabitkan kesalahan liwat yang akan diputuskan 9 Jan ini.
Yang memberikan jaminan itu tidak lain dan tidak bukan Anwar sendiri. Malaysian Insider memetik beliau sebagai berkata:
“Kepimpinan Pakatan Rakyat bukan sahaja saya dan (Datuk Seri Dr Wan) Azizah Wan Ismail) tetapi Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang telah membincangkan perkara ini... Jika saya dipenjarakan, terlibat dalam kemalangan atau ditembak, kami bersedia, membincangkan pelbagai kemungkinan, satu, dua atau tiga senario.”
Hari ini, 5 Jan, The Star pula melaporkan yang PR telah mengenal pasti calon bakal Perdana Menteri dan pengganti Anwar. Yang membuat kenyataan itu pun Anwar juga.
Sebenarnya banyak “kalau” yang boleh diperkatakan antara sekarang hingga 9 Jan dan selepas itu.
1. Kalau Parti Keadilan Rakyat dan sekutu politiknya berjaya dengan rancangan mereka, 100,000 orang akan berdemonstrasi di Kuala Lumpur pada 9 Jan ini;
2. Kalau Anwar dibebaskan, mereka akan berdemonstrasi kerana kehakiman memihak kepada mereka. Boleh jadi juga mereka akan memuji Kehakiman Malaysia kerana bebas dan berani;
3. Kalau Anwar disabitkan kesalahan, mereka akan berdemonstrasi kerana kehakiman tidak memihak kepada mereka dan, mungkin juga, menuduh Kehakiman Malaysia dikongkong pemerintah;
4. Kalau Anwar memang, Perdana Menteri MohdNajib Abdul Razak dan Barisan Nasional akan hadapi masalah besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) nanti. Anwar akan menjadi hero dan kredibiliti Mohd Najib merudum;
5. Kalau Anwar kalah, dia akan sekali lagi dianggap mangsa penganiayaan politik dan “mati syahid” oleh penyokong tegarnya dan oleh generasi muda yang kurang faham mengenai sodomi satu dan salah guna kuasa 1999/2000;
6. Kalau Anwar masuk penjara, kesan undi simpati yang menyebabkan BN hilang banyak kerusi dan kalah DUN Terengganu dalam PRU 1999 mungkin berulang; dan
7. Kalau hal ini berlaku, BN akan mendapati lebih sukar mempertahankan kedudukannya kerana ia kini jauh lebih lemah daripada tahun 1999.
Itu adalah antara “kalau” yang terlintas di fikiran saya. Para pembahas dipersilakan untuk menyumbang “kalau-kalau” lain kalau ada. Wallahualam..... sumber  the scribe a.kadir jasin 

4 comments:

  1. option yang ada pada najib,tangguhkan keputusan mahkamah sehingga selepas pru13,wp kesannya ada tetapi tak seteruk jika anwar didapati bersalah...macam mana setuju?

    ReplyDelete
  2. As Salam Tuan. Yang saya amat risaukan sangat bukanlah Anwar...kerana seorang Anwar gugur, akan bangun 1000 orang yang lebih hebat dari beliau kelak. Tetapi yang saya amat bimbang dan musykilkan ialah generasi kita di masa yang akan datang akan mewaris sebuah negara di mana para pemimpin mereka terdiri dari golongan elit yang korupsi dan rasuah serta jahil di dalam mentadbir negara. Manakala korupsi mereka (pemimpin UMNO) tersebut telah disokong pula oleh badan kehakiman juga korupsi, peguam negara (AG) yang juga korupsi, PDRM yang terang-terang korupsi dan rasuah, SPRM yang bertindak hanya atas perintah tuan mereka (UMNO) juga korupsi.... apa lagi yang nak diharapkan kepada mereka ini? Saya fikir gerakan cara aman dan bermesyuarah tidak akan memberi kesan terhadap jiwa pemimpin Melayu yang telah lama korupsi dan terlalu banyak makan rasuah ini (hati mereka hitam dan busuk). Mana boleh dibiarkan selamanya hanya Polis yang bermaharaja lela dan bebas membelasah rakyat sesuka hati mereka.

    ReplyDelete
  3. walau apa pun yg berlaku kepada anwar, yg paling penting perjuangan utk ganti bn sebagai pemerintah dan wujudkan sistem keadilan kepada semua kaum mesti diteruskan walau berseorang, secara terbuka atau senyap.

    ReplyDelete
  4. Pm dalam dilema.
    Anwar lepas bahaya besar
    Anwar sangkut simpati rakyat bertambah
    Senjata yang pm ada lagu lama
    Dulu kini dan selamanya
    Apakah senjata makan tuan?

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini