07 January 2012

901 : Dr Mariah jawab DHA

Sekali UMNO/BN berjaya memasakkan ke dalam fikiran rakyat sesuatu fitnah menjadi kebenaran sehinggakan ada pimpinan dalam PAS sendiri tergamak mengatakan yang isu DSAI ialah isu peribadi. 

Fitnah II ialah kesinambungan Fitnah I untuk memastikan satu-satunya pemimpin rakyat yang boleh menyatukan parti2 pembangkang untuk membenamkan BN/UMNO. UMNO/BN sudah diketahui rakyat penuh dengan penyelewengan, rasuah dan kerakusan mengaut kekayaan negara ke dalam kocek masing-masing. 

Kita tidak menuduh membuta tuli kerana semua bukti berada di hadapan mata. 

Hatta Tun Mahathir sendiri mengaku yang UMNO/BN busuk hingga ke usus. Cuma sebahagian besar rakyat terutamanya umat Melayu yang masih tidak sedar yang Fitnah II ialah sambungan skrip untuk memenjarakan DSAI sekali lagi dan menghalang kejatuhan UMNO/BN.

Lupakah rakyat bagaimana jalan cerita yang sama telah digunakan untuk menconteng arang ke muka DSAI dengan pengakuan-pengakuan yang dibuat oleh pemandu DSAI si Azizan dan bagaimana Dr Munawar Anees dan Sukma dipaksa untuk membuat pengakuan-pengakuan?. 

Lupakah rakyat bagaimana di dalam Fitnah I kejadian dikatakan di sebuah kondo pada satu tarikh kondo Tivoli itu sendiri belum wujud? Tarikh kejadian beberapa kali dipinda semasa mahkamah bersidang. 

Dalam kes mata lebam DSAI , bagaimana pemalsuan dan pembohongan siasatan telah dibuat dan akhirnya selepas sisatan Suruhanjaya Bebas barulah rakyat tahu Tan Sri Rahim Noor IGP ketika itu yang membantai DSAI. 

Pada ketika itu Tun Mahathir sendiri menuduh DSAI telah menumbuk dirinya sendiri. Memanglah Melayu cepat lupa. 

Saya percaya sesiapa yang mengikuti kes Fitnah I dahulu yg lebih dikenali sebagai kes Sodomi masih ingat. Tetapi pengundi muda yang akan mengundi pada kali ini tidak tahu dan tentulah tidak ingat ini semua. Dato' Hasan Ali pun nampaknya telah melupai fakta kes ini.

Kita boleh mengatakan yang kenapa plot yang sama (berunsur skandal seks) juga digunakan kali ini? Fitnah II tidak berkesan atas rakyat Malaysia yang berumur 40an atau 50an kerana golongan umur ini masih mengingati apa yang berlaku, bagaimana tilam diusung keluar masuk mahkamah, bagaimana semua yang dikemukakan sebagai bukti oleh pembela menjadi tidak relevan oleh hakim HACKS. 

Sasaran sebenar Fitnah II ialah untuk mempengaruhi pemikiran pengundi muda 20an ke 30an. 

Ingat perbicaraan Fitnah I sudah berlalu lebih 10 tahun yang lepas. Kita yang mengikutinya dulu pun sudah ingat-ingat lupa tambahanlah generasi muda yang baru sedar nak mengundi. Sedikit sangat yang akan menggali fakta sejarah atau perbicaraan. Tambahan pula sesuatu pembohongan yang diulang-ulang akan diterima sebagai kebenaran. DSAI perlu dimusnahkan karier politiknya. 

Kehadiran beliau diluar penjara merugikan sokongan kepada UMNO/BN. DSAI memang tidak sempurna sebagai pemimpin tetapi beliau ada karisma dan aura tersendiri. Ini kelebihan yang diberikan Allah swt kepadanya. 

Ramai kita cuba nak berbicara seperti dia tapi tak menjadi. Klon dia yang terkenal YB Ezam Mohd Nor, semasa saya mula-mula melihat dia berceramah sebiji cuba meniru cara DSAI. Tapi sekarang mungkin sudah berubah. Lama tak dengar dia ceramah.

Fitnah II hanya berlandaskan 2 aspek pembuktian oleh pendakwa. Memang sebagai orang biasa mustahil kita mengikuti dengan teliti setiap aspek perbicaraan. Perbicaraan pula bertahun. Pihak Kerajaan mencanangkan yang DSAI sengaja melambatkan perbicaraan. 

Dari awal lagi mahkamah tidak adil kepada yang dituduh kerana semua nota siasatan tidak diberikan kepada peguam beliau. Bagaimana peguam hendak menyediakan pembelaan sekiranya tidak diketahui hasil siasatan dengan telus.

Saya akan cuba ringkaskan dan yang lain pembaca boleh buat fact finding sendiri. Cuma saya nak ingatkan yang dalam kita bercakap nak Islam tulin (bukan Negotiated Islam -istilah Dato' Hassan Ali), jangan dilupakan bahawa tuduhan zina (sodomi/zina kaum sejenis atau tidak) adalah berat. Sekiranya tiada saksi yang adil 4 orang, kes gugur gitu aje. 

Kalau saya sendiri atau seorang exco agama (kredibel lah title tu kan) melihat dengan mata sendiri pun seperti kunci masuk mangga, saya atau dia tidak boleh membuat tuduhan atau dakwaan kerana dalam hukum Islam saya kena bawa 3 lagi saksi. 

Burden of proof is on me. This non negotiated Islam! Itu hukumnya. Dalam Islam juga kita tak boleh menuduh tanpa bukti. 

Saya minta Dato Hassan Ali sebagai exco agama yang sekarang ini sedang mencanangkan ada komplot Kristian untuk memurtadkan orang Melayu untuk membawa bukti. (Mungkin dia akan jawab komplot bukan senang nak bukti!). 

Dakwa mereka dimahkamah. I am with you here kerana ianya salah disegi undang-undang negara. Orang-orang Kristian yang saya kenali pun mahu begitu. Ooops. ....saya takkan ke topik itu kali ini. Saya kena fokus tajuk Fitnah II.

Berbalik ke Fitnah II, aspek pertama hanya berdasarkan pengakuan dan kenyataan Saiful yang mendakwa dia diliwat secara paksa di tempat tertentu dan di masa tertentu. Walaupun banyak kontradiksi sudah tentu kalau dalam mahkamah yang adil, kes ini sudah ranap dan dah kena buang. Tapi kes ini diteruskan juga dengan diulang-ulangi pembohongan dan disebar luas oleh media.

Sehingga perbicaraan ditutup pendakwa tidak dapat membuktikan yang Saiful berada di tempat kejadian pada masa yang didakwa berlaku kejadian. Pendakwa tidak pula mahu memanggil kawan-kawan DSAI yang mengesahkan mereka berada dengan DSAI sepanjang masa yang didakwa. 

 Para doktor (doktor Pusrawi dan 3 doktor HKL) juga telah mengesahkan yang tiada penetrasi ke dalam dubur saiful. Beliau masih teruna. Aspek kedua pendakwaan ialah DNA yang dijumpai dalam dubur Saiful ialah DNA DSAI. 

Untuk makluman pembaca DNA seseorang tidak terdapat hanya pada air mani sahaja. Semua sel yang berasal dari seseorang akan menunjukkan DNAnya. Jadi ia boleh didapati diberus gigi (sel mulut), dari rambut, dari air mandian (sel-sel kulit) dari tuala (sel kulit muka). 

Adanya DNA DSAI dalam spesimen yang diambil dari dubur Saiful tidak semestinya dari air mani beliau. Pendakwaan tidak membuktikan yang sapuan yang didapati dari dubur Saiful ialah mani. Malah fakta kes dalam mahkamah diakui oleh saksi ada DNA seorang lagi yang tidak dikenali. 

Pendakwa tak tanya pun DNA siapa. DNA saiful memang lojik lah ada kalau sapuan itu dari dubur dia. Ahh.. terlalu banyak kontradiksi. 

Belum lagi kita bercakap bagaimana air mani dalam dubur bersama DNA DSAI boleh hidup segar dan tidak reput untuk jangkamasa 99 jam (dari tarikh peristiwa 26hb jun dan penyerahan spesimen kepada makmal oleh I.O , DSP Jude Pereira pada 30hb jun pkl 7.55 malam). 

Pendakwaan mengatakan yang sperma boleh tahan 65 jam. Jangkawaktu spesimen tersbut berada diluar penyimpanan sejuk beku ialah 99 jam. Kuat macam mana pun tak akan boleh tahan kerana apa-apa yang bersifat protein akan mengalami degenerasi atau kereputan. 

Sudah lah tu I.O mengaku dalam mahkamah pula beliau telah membuka "seal" spesimen tersebut. Maknanya keberangkalian merekacipta bukti sangat tinggi. 

Di dalam mahkamah yang adil, secara teknikal, barang bukti ini tidak akan diterima. Peguam DSAI percayai yang bahan bukti telah di cemari dan DNA DSAI telah ditanam (implanted) ke dalam bukti kes.

Teringat saya semasa saya menjadi pegawai perubatan di Melaka lebih 25 tahun yang lepas, saya memeriksa satu kes di mana sampel kencing telah diambil daripada yang dituduh. Polis yang membawa kes itu. Saya tulis dalam nota saya pkl brp saya ambil, dan kpd siapa yang saya serahkan. 

Perbicaraan berlaku setelah saya meninggalkan KKM 2 tahun kemudian. Jadi pada hari perbicaraan saya diberi balik nota pesakit dan saya merujuk kepada nota saya. Pendakwa hendak memastikan yang tidak terputus bahan bukti itu sentiasa dibawah tanggungan seseorang. 

Pegawai polis yyang menjadi I.O pula ditanya dengan terpeinci tentang pergerakan spesimen tersebut, cara penyimpanan dan lain-lain lagi. Pihak pembela pula hendak memastikan yang laporan spesimen yang dibawa ke mahkamah benar-benar spesimen yang saya ambil dari yang dituduh bukan spesimen orang lain. Kalau tak silap saya pada ketika itu dituduh didakwa seorang penagih, maka pendakwa hendak membuktikan yang ada dadah dalam kencingnya. 

Rantaian bagaimana bahan bukti sampai ke makmal tidak boleh putus kalau tidak sia-sia kes ini dibawa kerana akan dibuang atas sebab teknikal. Saya ingat kes ini kerana saya berkhidmat tidak lama dengan KKM dan inilah satu satu kes yang saya perlu menjadi saksi dalam mahkamah. Tapi hebatnya doktor-doktor yang menjadi saksi pendakwa tidak perlu melihat nota mereka semasa perbicaraan. Semua tertanam di dalam kepala.

Saya tak dapat nak ceritakan semuanya di sini. Sukar saya nak faham manusia jenis apa kah mereka-mereka yang sanggup memfitnah hanya kerana ingin kekalkan kuasa. Insyaallah dalam ceramah di Sentosa pada 15hb ini saya akan perjelaskan lagi. 

Saya harap orang UMNO Kota Raja datang dengar. Jangan kita sama-sama panjangkan cerita yang DSAI berzina sedangkan kita tidak tahu hujung pangkal kes ini dan hanya mendengar dakwaan musuh politik beliau. Berat dosa yang kita nak bawa bila kita mati nanti. Lebih selamat kita bersangka baik dan mengatakan perkara ini tidak benar. Kita tidak berdosa begitu. 

Dalam Islam lebih baik membebaskan orang yang bersalah daripada menghukum orang yang tidak bersalah. Bagi saya perbicaraan DSAI tidak membuktikan kedua aspek pendakwaan'beyond reasonable doubt" untuk kita orang biasa berselingkuh dengan dakwaan mereka.

Hanya dua aspek ini sahaja sudah cukap untuk membuktikan mala fide atau niat jahatkes ini diambil tindakan dan dibicarakan. Sekali lagi saya tegaskan yang kes ini bukan kes peribadi DSAI tetapi berkait rapat dengan perjuangan politik beliau. 

Kalau sodomi satu kesalahan dalam undang-undang Malaysia, kenapa Chua Soi Lek yang jelas seorang penzina tidak diheret ke mahkamah. 

Kes Rahim Tamby Chik , ketua menteri Melaka suatu ketika dahulu ditutup begitu sahaja tetapi yang mendedahkannya Lim Guan Eng yang dipenjarakan. 

Bukankah mereka terlepas kerana mereka mendokong politik pemerintah??? Sehingga hari ini, tiada kesalahan lain yang dapat didakwa ke atas DSAI. pemerintah yang kita tahu agendanya.

Seluruh dunia menganggap kes pendakwaan DSAI sebagai pendakwaan politik tetapi UMNO/BN berjaya memperdayakan rakyat yang ianya isu peribadi. 

Kalau seorang seperti Exco Agama kita pun terpedaya, maka saya tidak hairanlah kalau rakyat jelata yang secara umumnya mungkin tidak faham sepak terajang politik lagi tertipu.... sumber : drsitimariah.blogspot

Baca juga Surat terbuka dari PKR Selangor kepada Hasan Ali

4 comments:

  1. dr mariah,

    pls dont quote mqhqthir lah 'busuk sampai ke usus' coz the rots started during his ime. i hate when pas leaders quote him to condemn umno. dont you people have your own justifications, facts and figures? tak guna sebut "tidak menuduh membuta tuli kerana semua bukti berada di hadapan mata", sekira masih menjadi mqhqthir sebagai rujukan!

    "Kalau seorang seperti Exco Agama kita pun terpedaya, maka saya tidak hairanlah kalau rakyat jelata yang secara umumnya mungkin tidak faham sepak terajang politik lagi tertipu...."

    dia educated. dia tidak terpedaya. mana mungkin. rakyat jelata pula bukan tak faham sepak terajang politik. cuma mereka dihidang setiap hari dengan 'kehebatan' umno dan 'kelekehan' pr melalui tv2 mereka kepada 27 juta rakyat jelata. pr peluru asyik bagi peluru percuma kepada umno. yang terkini peluru dari hassan ali. bayangkanlah klip2 video hassan ali 'mencerca' kerajaan pr selangor dan pas disiarkan dalam masa berkempen pru 13 nanti. rakyat mudah percaya apatah lagi ia dari seorang exco kerajaan dan pemimpin pas sendiri!

    inilah akibat dari bertindak hasil musyawarah di kalangan golongan sendiri kerana mahu meraih sedikit habuan (kepenting peribadi) mahu pintas ke putrajaya. kerja siapa ini semua? hassan ali adalah rentetan perkembangan isu ug. usah nafikan!

    sekarang apa pas nak buat kat hassan ali? apa pun, boleh kah pas jamin hassan ali akan berdiam diri? mungkin 'rahsia' ug akan digigit dengan gerahamnya. selepas semua yang berlaku, boleh dipercayaikah hassan ali ini?

    ReplyDelete
  2. akm yb dr mariah mahmud

    terima kasih tidak terhingga yb dr krn mmberikan fakta n facts tepat brdasarkn pngalaman n pandangan beliau spjg mnjadi seorg doktor....lengkap, tepat.

    di harapkn bkn shj dha mmbuka mata n hati ( i dunt think so as he really a trojan horse..counting days to divert ways like ezam, roslan kassim, zulkifli nordin n etc...)
    kdg2 pelik n hairan jga mlihat org politik spt beliau n ibrahim ali yg terang2 mmbodohkn pngundi n penyokong. ..diaorg ingat nih thn 80an k??? skg semua org dh celik..yg x celik hnya sebilangan...seriously....dha ingat pngundi n pnyokong suka dia buat mcm nh.....sorry laaa...tmpat dia brtanding n menang tmpat gol profesional..sy yg brasal dr kmpung pn sedar yg beliau nh sememangnya trojan horse....klau bkn pn mesti ada somethin not right within him...tu org kg mcm sy nih..yg tggal d bndar trutama kaw parlimen beliau lg la...dia pnh jd do..pnah jd ptd..pndai bersyarah n pndai meniaga so conclusionnya dia mmg sukakn perhatian..sukakn glamour....dh jd mcm darah dging....tp whre s ur principal??? ringgit malaysia mybe??

    anyway i really kudos n congrats to yb dr mariah for d bold statemnt....yup with full facts! undeniable!!! harap pengundi pru13 bg peluang parti selen bn memerintah..tiada ruginya..percayalah....bg pluang 5 thn n then we can decide again..d main thing we all d rakyat get d benefit...we r d bos not all the yb....we decide their fate not them...they need us......as d voters..do remember that

    ReplyDelete
  3. Syahas doktor yang prihatin. Doktor adalah pekerja profesional yg mesti berpegang kepada etika profesionalnya. Mereka tidak mudah diperkotak-katikkan walaupun dgn ganjaran wang.

    ReplyDelete
  4. boleh tak nak tanya doktor... Dah berapa kali Hassan Ali ni sama2 kuar berdemontrasi seperti bersih 1.0 ker bersih 2.0 ker atau GMI? Kalau beliau xpernah hadir mcmana beliau nak di kategorikan sebagai pejuang?

    ReplyDelete

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini