08 January 2012

Bermulalah 'episod Anjing menyalak' & rakan blogger kita tinggalkan Umno

"Muka sempudal manusia bermasaalah" yang mabok glamour
akan terus menyalak umpama anjing menyalak bukit bermula
malam ini di media utama Umno hingga lidahnya terjulur kepenatan.
Dua berita sensasi petang ahad ini betul-betul  menyeronok.

Tidak dapat digambarkan bagaimana ramainya ahli PAS dan penyokongnya bertepuk tangan gembira dengan berita pemecatan DHA. Manusia bermasaalah ini mmg wajar dipecat sejak awal-awal lagi. Tetapi PAS yang sudah berusia lebih dari usia DHA mengambil pendekatan berhemah walau pun DHA sudah terkinja-kinja mintak dia ditendang keluar.

Pemecatan ini membuatkan PAS lebih selesa dan dapat memberikan fokus bagi menghadapi Pilihanraya Umum 3 hingga 4 bulan dari sekarang.

Ia memang lepas ini DHA akan menyalak umpama anjing.

Dengan bantuan media Umno manusia bermasaalah ini akan menyerang PAS dari setiap sudut tanpa rasa bersalah dan akan menuduh PAS khususnya PAS Selangor mendalangi usaha pemecatan beliau.

Kita tidak perlu menunggu lama, bermula malam ini hingga berita ini menjadi basi DHA akan menjadi manusia paling sibuk memanggil PC bagi menghentam musuhnya (PAS). Tidak cukup dengan itu Umno & konco-konconya akan menyediakan pentas dan roadshow untuk manusia bermasaalah ini menyerang PAS dan Pakatan Rakyat.

Biarkanlah dia menyalak .. letih nanti stop lah dia. Cuma DHA kena ingat jangan ingat dia bagus sangat, semua perangai buruk beliau termasuk tidak amanah dan ???? ada dalam poket ramai orang yang dulu rapat disekelilingnya. Sangat ramai yang tahu berapa banyak duit digunakan untuk membayar hutang piutangnya yang berjumlah sangat besar untuk kita orang PAS.

Sementara itu sebagai rakan bloggers, kita tentu amat gembira apabila 2 penulis blog terkemuka yang juga ahli Umno hari ini, mengakhiri spekulasi beberapa minggu masa depan politik mereka dengan menyertai DAP.

Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz bekas ADUN Pulau Manis dan pemimpin veteran Umno Negri Sembilan Aspan Alias, berkata bahawa penyertaan mereka bersama DAP adalah tanpa sebarang syarat dan mereka tidak dijanjikan mana-mana jawatan.
Sakmongkol AK-47 paling kanan dan Sdr Aspan Alias disebelah beliau dalam  Mesyuarat Agong DAP seterusnya menyerahkan borong keahlian kepada Lim Guan Eng bagi menyertai DAP.
Mengenai sama ada mereka telah keluar Umno secara rasmi, Mohd Ariff berkata bahawa dengan penyerahan borang keahlian dirinya dan Aspan kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini bermakna keahlian Umno mereka secara automatik terbatal.Tindakan itu dianggap satu tamparan kepada Umno yang sebelum ini mendakwa DAP adalah parti yang anti-Melayu. 

Mohd Ariff pernah menjadi ketua penerangan bahagian Umno Pekan yang masih diketuai oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak. Beliau menulis di blog dengan nama pena Sakmongkol-AK47 dan berjaya menarik perhatian pembaca yang agak ramai kerana artikelnya yang kritikal..

2 comments:

  1. Rasanya x patut yb guna kalimah anjing kpd hasan ali... kurang sedap jika ia keluar dr yb... walaupun kita akur dgn keputsan parti... ttapi penghinaan sebegini dr yb rasanya sedikit keterlaluan.

    ReplyDelete
  2. dulu semasa (hassan ali)ha berbalah dengan (khalid samad)ks...saya ambil pendekatan husnu zan terhadap nya...kemudian dengan isu arak...saya husnu zan...salepas itu membuat press statement dengan tv 3/4 mengenai negara kebajikan dan issu jais/murtad....saya masih husnu zan lagi...kemudian dia pergi perhimpunan himpun/satu juta ummat...saya masih bersikap tawakuf....mendiam kan diri...kebelakangan ini dengan sikap nya yang banyak merugikan parti...mula hati saya tertanya2...apa telah terjadi kepada nya?....dan sekarang ni... baru lah saya nampak siapa dia hassan ali yang sabenar nya...bak kata pepatah orang puteh.....he has shown his colour.....

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini