22 January 2012

Umno Kota Raja antara hilang kuasa & hilang akal.

YB Manoharan ketika melawat Sdr Krishnan, Ketua Pemuda
DHPP Kota Raja di Sentosa Medical Centre malam tadi
Alhamdulillah Parti Umno khususnya Umno Kota Raja (sekali pun mereka tidak akan mengaku terlibat) menunjukkan kepada dunia walau pun mereka telah diberi peluang selama lebih 50 tahun untuk memerintah negara Malaysia, dan tugas serta tanggung jawab untuk menyuburkan demokrasi  terletak sepenuhnya ditangan mereka, namun mereka adalah parti yang gagal menjalankan amanah yang diberi oleh rakyat.
Mereka gagal melahirkan manusia dan pengikut serta ahli yang dilihat berpelajaran, berfikiran matang dan taat pada agama. Pengikut serta ahli mereka kini terdiri dari anak-anak muda yang tidak terdidik dengan sempurna, jauh dari agama dan perintah Allah dan bertindak mengikut hawa nafsu setelah diarahkan seperti robot yang tiada peri kemanusian dan tiada akal.
Berada didalam majlis ABU & Hindraf di Dewan MBSA Jalan Kebun malam tadi memang menjengkelkan apabila melihat perilaku anak muda melayu yang bertindak seumpama samseng dengan memasuki dewan tempat ceramah ketika majlis baru bermula dengan deruman motosikal. Hampir semuanya bukan mereka yang layak mengundi.
Perilaku ini amat memalukan dan keburukan perangai mereka memang wajar di war-war kan keseluruh pelusuk tanah air bagi membuktikan kepada kepimpinan Umno bahawa inilah hasil anak didik mereka selama ini, dan rakyat bersedia untuk menolak mereka dalam PRU13 nanti atas kegagalan mendidik anak bangsa ini menjadi yang terbaik boleh dibanggakan oleh negara dan masyarakat Melayu.
Adengan menghalau orang India

Kelaku mereka menunjukkan kepada kita dan dunia betapa Umno berjaya menanamkan sikap rasis yang keterlaluan kepada ahlinya dan peristiwa maki hamun, jerit pekik, deruman bunyi motorsikal cupchai dan adengan menghalau orang India keluar menunjukkan bahawa mereka memang tidak berakal.
Semua maklum bahawa ceramah tersebut diadakan didalam dewan dan tidak mengunggu mana-mana orang yang tidak hadir kedewan tersebut. Jadi untuk apa ada provokasi seburuk malam tadi dilakukan hanya semata-mata untuk menggalkan ceramah tersebut - paling mengapa mereka perlu menghalang ceramah tersebut - atas alasan apa?
Selepas ini Umno Kota Raja pasti bersilat mengelak dan buat-buat tak tau apa yang berlaku, lakonan biasa yang sudah basi dan memualkan rakyat jelata. Sama juga ketika mereka terpekik terlolong macam orang gila ketika lawatan YAB MB pada hujung tahun lalu di tempat yang sama. Tapi budak-budak bukannya cerdik sangat sebab ramai yang memakai baju T lambang parti mereka.
Kira-kira jam 12.40 pagi saya berjumpa dengan Ketua Pemuda DHPP Kota Raja Sdr Krishnan di Sentosa Medical Centre dan beliau menceritakan tragedi ngeri beliau dipukul dengan topi keledar oleh orang-orang hilang akal tersebut.
Sebelum itu YB Dr Siti Mariah setelah selesai memberi nasihat kepada penyokong untuk bersurai di Dewan MBSA turut berada di Hospital tersebut.
Alhamdulillah keadaan Krisnan sudah semakin stabil, dan ketika kami tanya perasaan nya dia berkata, peristiwa ini tidak akan menakutkannya dan beliau berjanji akan terus berjuang bersama PAS yang memakai baju PAS ketika kejadian tersebut.
Krisnan Ketua Pemuda DHPP Kota Raja diselamatkan oleh rakan-rakan selepas dibelasah
oleh sekumpulan anak muda di Jln Kebun mlm tadi
Ketua Pemuda DHHP Kota Raja ketika menerima rawatan dari hospital

TYDP PAS Kota Raja - Hj Norhalim Sirome, Pengarah Pilihanraya DHPP Kota  Raja
dan Cikgu Bard cuba menenang penyokong PR agar bertenang untuk tidak menghuru-harakan keadaan.
Berita dari Sinar Harian - Ceramah Asal Bukan Umno anjuran Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) dan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) terpaksa ditangguhkan selepas majlis tersebut diserang sekumpulan lelaki tidak dikenali di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam di sini, malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam apabila lebih kurang 20 lelaki yang menunggang motosikal dengan bersenjatakan kayu menyerang orang ramai yang berada di dalam dewan tersebut.
Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang ada ketika kejadian berkata, lebih kurang 100 orang berada di dalam dewan dan akibat serangan tersebut, beberapa orang mengalami kecederaan.
Menurutnya, sekumpulan lelaki yang menyerang dengan menggunakan kayu dan topi keledar itu menyebabkan seorang lelaki berusia 40-an terpaksa dibawa ke
Hospital Sentosa untuk mendapatkan rawatan akibat kecederaan di bahagian kepala.
“Sekumpulan lelaki ini ada memakai baju-T yang memaparkan lambang salah sebuah parti dan mereka bukan sahaja mencederakan orang ramai tetapi merosakkan gerai makanan yang berada di pekarangan dewan.
“Susulan kejadian tersebut, pihak penganjur terpaksa menangguhkan ceramah atas alasan keselamatan orang ramai,” katanya.
Menurutnya, setakat tengah malam tadi, beliau dimaklumkan mangsa berada dalam keadaan stabil dan masih di bawah pemantauan doktor.
Badrul berkata, pihak penganjur akan membuat laporan polis pada malam ini untuk tindakan tegas kepada pihak yang menimbulkan kekecohan di ceramah tersebut.
Program Asal Bukan Umno di dewan MBSA adalah yang ketiga dianjurkan selepas di Gombak dan Bayan Baru dan difahamkan juga menerima gangguan yang sama oleh pihak yang berkenaan.
Dalam pada itu, Badrul Hisham yang turut dikenali dengan nama mesra Chegubard berkata, "mereka cuba bakar sentimen kaum, tetapi mereka turut musnahkan gerai-gerai peniaga Melayu yang datang berniaga."
"ABU bukan satu kaum tetapi milik rakyat semua," katanya lagi.
KLANG: A rowdy mob gatecrashed a ceramah organised by Anything But Umno (ABU)/Hindraf in Jalan Kebun here, causing serious injury to at least one person earlier tonight.
Organisers told FMT that one of the volunteers at the ceramah was badly assaulted and had to be rushed to the hospital.

The incident happened at about 9.15pm when the ceramah was about to start.

About 30 attackers, waving sticks and helmets, rode their motorcycles into the ceramah venue – a hall – and rammed into participants and chairs.

Others had followed on foot and had allegedly ’caused havoc’ by tossing chairs, throwing away ABU brochures, and hurling insults at participants, demanding for them to leave.

Organiser and ceramah participants believe the attackers were linked to Umno.

“I believe they were Umno people. They had the BN and Umno flags, and were wearing Umno t-shirts,” said one participant who alerted FMT of the incident.

“There was some arguments and one boy was badly beaten by the unruly youths using helmets,” said Suara Rakyat Malaysia (Suaram) executive director E Nalini who was there to observe the ceramah.

She said the group left the venue when a couple of police patrol cars arrived. She added that the group however loitered outside the hall, shouting slogans and ignoring the policemen.

The speakers of the disrupted ceramah were supposed to be lawyer-activist Haris Ibrahim, PAS deputy president Mohamad Sabu, PKR leader Badrul Hisham Shahrin and Hindraf national coordinator W Sambulingam.

Mohamad Sabu said he was on stage when the incident happened.

“They can’t do this, if they disagreed with us or our programmes, they can complain to police, not attack people. This is very bad image for democracy,” he said.

Hurling racial abuses

Meanwhile, another ceramah participant told FMT that the incident had gotten racial at one point when one of the ‘uninvited guests’ hurled racial abuses shouted at the participants, many who were Indians.

“One of them called us ‘keling’ while others proceeded to taunt the Indians present and shouted at the Malays there ‘you orang tak kenal hutang budi‘ (you unappreciative lot),” said legal executive M Yuktesvaran.

The organisers meanwhile said they were calling off the ceramah tonight, and will be resheduled to a venue in Seremban on Jan 28.

It is also learnt that they will be lodging a police report soon.

Police: Villagers were angry

Meanwhile Selangor police chief Tun Hisan Tun Hamzah brushed off claims of any attacks at the ceramah tonight.

“No such incident though there was some dissatisfaction by the residents about the activity,” he told FMT.

“No damages or injuries to people as alleged…no riots occurred,” he said, adding that Hindraf supporters were present at the venue.

However Shah Alam OCPD Zahedi Ayob confirmed there was “shouting and pushing” at the ceramah but everything calmed down after the arrival of the police.

He said that the tension was caused by the anti-Umno ceramah in a Malay area. He added that the Malay residents got angry with the ceramah, especially with a banner which called for the end of the Umno/BN “regime”.

“The villagers were also angry with the 20-odd Malays who had attended the ceramah…the kampung people came out to protest against the presence of the Malays in the Hindraf organised ceramah,” he told FMT when contacted.

He said the face-off between the villagers and the ceramah organisers caused a confrontation and “they were shouting and pushing in the dewan”.

He said that the ceramah, attended by about 70 people, was cancelled and so far the police had not received any reports of anyone being injured.

“I’ll like to say that we managed to avoid the incident from becoming worse apart 
from shouting and pushing. There is no such thing as people being beaten with sticks.

“The act of holding the ceramah was provocative. How can you hold such a meeting in a predominantly Malay area? No permit was requested as well,” he said.

He also warned the public not to spread rumours of a racial tension in Jalan Kebun, adding that false messages were being spread through SMSes that a Malay stall had been set on fire.

“That is untrue. When the group was leaving, the police were already there. They managed to control the situation,” he added. -FMT

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini