02 January 2012

Jangan ingat glamour jadi wakil rakyat

Maka bermulalah episod demonstrasi di sana sini dalam kawasan Kota Raja belum termasuk kain rentang yang cuba menagih simpati rakyat kepada BN dan cuba membangkitkan kemarahan rakyat kepada Kerajaan Pakatan Selagor.


Tempoh hari di Kg Johan Setia, ada kain rentang yang memaki hamun JKKK kerana hendak mengambil balik dewan orang ramai yang di jadikan pejabat UMNO. 

Kemudian sekumpulan penduduk di Jalan Bkt Kemuning pula berdemo dan menjemput TV3 dan akhbar mengadu mereka tidak dihiraukan dan kawasan perumahan mereka selalu banjir kerana peparitan yang tidak sempurna. Hari ini ada demo pula yang marah sebab perkhidmatan bas ke beberapa kawasan diberhentikan oleh syarikat bas tersebut.

Dalam kes pertama, saya meminta ket Kg Johan Setia supaya bersabar kerana ramai penduduk@rakyat memang tidak tahu yang banyak dewan-dewan orang ramai dijadikan pejabat UMNO terletak diatas tanah kerajaan negeri @ tanah PBT. 

Kalau diambil secara paksa maka mereka akan mencanang pejabat mereka dirampas oleh kerajaan negeri Selangor. Alasan mereka dewan dibina dengan dana UMNO (ye ke?). UMNO mana ada duit sendiri. Semuanya dari kerajaan diterima secara langsung atau tak langsung dari kerajaan negeri atau pusat. Sehingga kini banyak lagi dewan-dewan orang ramai belum diserahkan balik kepada pihak berkuasa negeri. 

Ada kain rentang yang dinaikkan di jalan kebun sebulan dua yang lalu, marah kerana ramai peniaga asing (Aceh dan Indon) berniaga dan mengambil tempat atau hak orang tempatan. Mereka menyalahkan kerajaan Pakatan Selangor. 

Ramai orang TAK TAHU yang PBT tidak memberi lesen berniaga kpd orang asing. Tapi orang asing membeli atau menyewa lesen dan tapak perniagaan dari orang tempatan. Orang tempatan nak duit senang dan nak kaya cepat. Ada orang melayu yang suka mengalibabakan segala hak mereka. Yang dapt kontrak kemudian subkon kpd orang lain. Bersepah di Selangor ni.

Dalam kes kedua, penduduk kampong yang sebelum ini penyokong kuat MIC/BN enggan bertemu dengan wakil rakyat Pakatan untuk membincang masalah mereka. Semasa saya sampai ke kawasan mereka maka ada seorang yang agak berumur mengeluarkan kad ucapan deepavali kpd saya dari seorang pemimpin BN. 

Katanya dia selalu terima kad ucapan dari pemimpin ini. Dia memuji pimpinan BN depan saya. Agaknya ingin menyindir saya kerana tidak menghantar kad kpdnya ataupun nak menyakitkan hati saya. Saya tanya kenapa tidak datang pejabat saya yang tidak berapa jauh dari kampong mereka. Dia jawab tidak tahu di mana pejabat saya. 

Agaknya dia buta dan tak nampak billboard dan kain rentang di merata-rata tempat. Dia tidak pernah hadir mana-mana program atau majlis rapat rakyat termasuk deepavali anjuran pimpinan Pakatan. Beberapa orang anak muda asyik memarahi rombongan kami dan bertanya kenapa kami tak lawat kampong mereka sebelum ini untuk mengetahu masalah yang mereka hadapi. 

Apakah ini pemikiran terkini rakyat yang mengharapkan YB turun ke semua tempat walaupun tiada aduan atau program? Ada beberapa orang dari kampong tersebut yang sering berkunjung ke pejabat saya sebelum ini mengenai hal lain tidak pula pernah mengadu keadaan kampung mereka. 

Bila tiada aduan, saya membuat andaian "all is well". Rupanya tidak. Lepas ni saya kena senaraikan semua lokaliti untuk menyemak di pelusok mana saya belum sampai. Masalah kampung yang berbelas tahun tiba-tiba meletup bila Pakatan Rakyat dah nak lengkap memerintah 4 tahun. 

Masalah pengangkutan awam bukanlah perkara baru. Tidak ramai rakyat yang tahu (tapi UMNO tahu) yang perlesenan dan permit syarikat pengangkutan dulunya diberi oleh LKKPP dan kini oleh SPAD (Suruhanjaya Pengankutan Awam Darat). 

PBT hanya menyelaras tanpa kuasa untuk menarik balik lesen atau permit. Semasa syarikat2 ini nak memohon lesen mereka mengaku akan memberi khidmat di laluan-laluan tertentu termasuk laluan yang tidak berapa menguntungkan. Semua sanggup sebelum dapat. Bila dah dapat selepas berkhidmat seketika, mereka mula memberi alasan bahawa syarikat mereka kerugian teruk. 

Baru-baru ini bila syarikat bas enggan meneruskan perkhidmatan kerana rugi besar, kerajaan telah memberi bantuan rm400 juta kepada mereka. Diantara rungutan pemilik syarikat bas mereka tak boleh untung kerana kerajaan juga memberi lesen kepada syarikat lain untuk berkhidmat di laluan-laluan yang sama. 

Mereka kena bersaing. It is a crowded market. Ada syarikat lain yang juga beroperasi dilaluan syarikat lain. Semua ini tak ramai rakyat yang tahu. Mereka mengharapkan YB menyelesaikan masalah ini.

Urus tadbir dalam negara kita "is in a MESS". bila nak selesaikan sesuatu masalah, satu suruhanjaya atau jawatankuasa bertindak akan ditubuhkan. Tapi masalah tidak selesai juga. Akhirnya rakyat mengarahkan kemarahan kepada wakil rakyat!!! Wakil rakyat yang tiada kuasa. Ha ha ha. Alahai nasib wakil rakyat. Jadi sesiapa yang ada aspirasi nak bertanding dan ingin jadi wakil rakyat fikir banyak 1000x. Jangan ingat glamour jadi wakil rakyat ni.

copy paste dari Facebook : Siti Mariah Mahmud

2 comments:

  1. Tapi kalau tak ada nak jadi YB,siapa hendak jadi YB. Saya kalau ditawarpun tak minat,,kerja wakil rakyat ni berat.Budaya subsidi UMNO telah ajar kepada rakyat.

    ReplyDelete
  2. Saya faham tugas yang berkhimad or berhormat... Sebab d lentur minda oleh umno... Tp kadang2 jawapan drpd yb pakatan lebih dari umno... Cuma nak tanya agak bila boleh selesai masalah jln tmn johan setia... Minta maaf bertanya

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini