08 January 2012

Lega : Akhirnya "manusia bermasaalah" ini di pecat

TERIMA KASIH PAS ... Menjelang PRU13 & 901, Lega & happy : Saya dan MUNGKIN majoriti Ahli Pas seluruh Selangor & Malaysia meraga seronok & gembira bila manusia bermasaalah ini di pecat,


KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS... layan komen pembaca  kat sini

2 comments:

  1. Selesai masalah. PAS buat sebaik mungkin"bagai tarik rambut dalam tepung" syabas.PAS melangkah gagah.

    ReplyDelete
  2. PAS perlu bersedia menangkis tohmahan UMNO bahawa PAS memecat seorang pejuang Islam. Tapi pemecatan Hassan Ali adalah suatu kebaikan untuk PAS dan dirinya sendiri kesan dari baiahnya sendiri.

    Selepas ini bolehlah dia join Kelab Katak Selongkang.

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini