10 January 2012

Tiada kompromi lagi

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengharapkan kerjasama kontraktor dan juga operator yang bertanggungjawab untuk memastikan kebersihan di Shah Alam berterusan dalam keadaan bersih.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata, isu kutipan sampah sering mendapat perhatian masyarakat kerana ia mempunyai implikasi ke atas kesihatan masyarakat.

"Kita tidak boleh berkompromi dan memandang remeh soal kebersihan, pihak majlis amat serius untuk memastikan kebersihan Bandar Raya Shah Alam di tahap tertinggi kerana jika tidak ia pasti akan mencemarkan imej MBSA di mata masyarakat umum," beliau berkata demikian semasa Majlis Perjumpaan Datuk Bandar Bersama Kontraktor-kontraktor Pembersihan Kawasan MBSA di sini.

Oleh itu, beliau berharap kontraktor dapat memastikan kawasan yang ditetapkan diselenggara dengan baik mengikut jadual, masa dan mutu yang tetapkan bagi memastikan penduduk Shah Alam mendapat perkhidmatan kebersihan terbaik.

Sehingga kini, menurut Jaafar sebanyak 158 kontraktor akan dilantik oleh pihak MBSA untuk kerja-kerja pembersihan kawasan di mana pelantikan kontraktor pembersihan ini dibuat secara tender dan sebutharga dengan sebagai permulaan.

Kini sebanyak 99 kontraktor telah memulakan kerja-kerja pembersihan pada 1 Januari 2012.

"Manakala, pada 1 Mac 2012 nanti, baki sebanyak 59 kontraktor yang lain akan memulakan kerja-kerja pembersihan di kawasan-kawasan yang telah ditetapkan," katanya.

Jaafar berkata, sekiranya ada kawasan yang didapati masih tidak mencapai stardard kebersihan kawasan yang ditetapkan, maka pihak majlis akan mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor terbabit.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini