04 January 2012

901 : 100% sokongan kepada DSAI

Kota Raja, 4 Januari 2012 - Parti Keadilan Rakyat Cabang Kota bersama-sama sayapnya, Wanita dan Angkatan Muda Keadilan telah memberikan komitmen 100% untuk turun ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada 9 Januari ini untuk memberi sokongan kepada Ketua Umum, Dato Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi perbicaraan Fitnah liwat II.

Satu taklimat pada malam semalam telah diadakan kepada kesemua ahlijawatankuasa Cabang, Wanita dan Angkatan Muda Keadilan Kota Raja yang akan hadir memberikan sokongan.

Taklimat diberikan oleh Ketua Cabang, YB Dr Xavier Jayakumar, Timbalan Ketua Cabang, YB Shuhaimi Shafiei, Ketua AMK, Saudara Azmizam Zaman Huri dan Ketua Wanita, Puan Rozaina Hamzah.

Taklimat yang diberikan mengulas lanjut berkenaan hak-hak untuk ke mahkamah pada 9 Januari nanti mengikut perlembagaan, menjaga keselamatan diri dan mengelak dari diprovokasi oleh pihak-pihak tertentu serta bergerak secara aman.

1 comment:

  1. Belum pernah berlaku dalam sejarah sebuah parti Islam menyokong Raja Homoseksual. Bertaubatlah dr mariah..politik tidak boleh menghalalkan cara..jgn tipu diri sendiri dan rakyat..

    ReplyDelete

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini