30 January 2012

Kuasa ke3

1. Beberapa orang bercakap kehulu kehilir bahawa beliau akan menjadi sebahagian dari kuasa ke3 yang akan menjadi pengancam dan penentu kuasa dalam PRU 13 nanti.

2. Sesiapa pun tahu meramalkan bahawa kalau kuasa ke3 ni hendak menjadi calun ... silakan ... kamu tentu sudah tahu bahawa kalau kamu nak kekal jadi wakil rakyat berbekalkan duit 'penghijrahan' yang kamu terima, kamu pilihlah 'lubuk' yang paling sesuai khususnya jauh dari sini.

3. Kalau setakat Semenanjung ni tak payahlah ... dah berbilion BN habiskan duit untuk membeli undi rakyat .. hasilnya tetap tiada.

4. Sebenarnya 'kuasa ke3' ni habuk pun tarak, cakap aje berdegor-degor (kata orang Perak) ... cuba berlagak kuat dengan harapan UBN menawarkan kerusi pada nya .... alahai tak payahlah perasan .... Ezam pun dah punah ranah sekarang, Umno sana sini tolak dia termasuklah Kota Raja.

5. Yang takut dengan 'kuasa ke3' cuma Muhyiddin Yassin - apa punya orang lah dia ni - rujuk BH.

1 comment:

  1. wahai yang bercakap ni... tiada gunanya hina orang kalau diri tu tak betul.. macam wakil kota raja (pas) yang ada sekarangpun, tiada fungsinya juga. sebenarnya bersatu adalah lebih baik daripada berpecah.saya sebagai antara penduduk bawah adun kota raja ini, dan wakil pada penduduk2 yang hampir 90% dibawah adun kota raja sudah pasti dan confirmd tidak akan menggekalkan wakil (pas) yang ada sekarang. saya personelipun doakan begitu. apapun selamatlah berusaha dan mencuba nasib di PRU13 akan datang.

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini