24 May 2012

Akhbar paling tak guna

Utusan yang popular dengan gelaran Utusex dan juga Meloyer kan tekak adalah akhbar milik Umno yang tak laku dan saban tahun mengalami kerugian.
Akhbar ini terus hidup dengan ikhsan Kerajaan Barisan Nasional yang membiayai kos operasinya.
Akhbar ini bolehlah diibaratkan sebagai akhbar memfitnah no 1 negara dengan pelbagai fitnah dilakukan tanpa rasa tanggung jawab. Utusex atau Utusan Meloyer ini saban tahun disaman oleh ramai individu dan pemimpim parti politik yang tidak sealiran dengan UBN kerana sering menyebarkan berita fitnah. Sudah terlalu banyak kerugian yang ditanggung oleh akhbar ini kerana kebanyakan kes saman yang dibuat akan menyebabkan Utusex kalah dan terpaksa membayar ganti rugi puluhan ribu ringgit.
Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad membayar RM60,000 sebagai ganti rugi kepada Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad kerana menerbitkan artikel bersifat memfitnah di akhbar itu dua tahun lepas.
Panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus, Datuk Azhar Ma'ah dan Datuk Abdul Wahab Patail sebulat suara menolak rayuan Utusan Melayu selepas memutuskan notis rayuan syarikat itu tidak kukuh.
Mahkamah membenarkan  permohonan Khalid untuk membatalkan notis rayuan Utusan Melayu dengan alasan ia tidak kukuh kerana gagal mematuhi Seksyen 68(1)(a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964. 
Seksyen itu menyatakan rayuan untuk tuntutan kurang daripada RM250,000, kebenaran mesti diperoleh daripada mahkamah untuk mengemukakan rayuan.
Hishamuddin juga memerintahkan Utusan Melayu membayar kos RM10,000.
Pada 14 Oktober 2011, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas membuat taksiran kerosakan yang dialami, memberi award itu kepada Khalid.
Pada 30 Sept tahun yang sama mahkamah membenarkan tuntutan saman Khalid dan memutuskan Khalid dapat membuktikan kesnya bahawa beliau telah difitnah dan dimalukan oleh defendan dalam artikel bertajuk 'Zulkifli bidas Pak Janggut'. 
Anggota Parlimen PAS itu menamakan Ketua Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, Datuk Aziz Ishak serta penerbit Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, Utusan Melayu, sebagai pihak defendan.
Beliau mendakwa pada 11 Sept 2009, Aziz dengan niat jahat, membenarkan penyiaran dan pencetakan perkataan berbaur fitnah terhadapnya di muka depan Utusan Malaysia.
Defendan dalam pernyataan pembelaan mereka menyatakan penyiaran artikel berkenaan dibuat berdasarkan komentar Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkfli Noordin dalam blognya pada 9 Sept 2009.
Khalid diwakili peguam Azhana Mohd Khairudin manakala Utusan Melayu diwakili Mohana Kumar - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini