Barisan Nasional Kelantan merasakan mereka berpeluang untuk menubuhkan kerajaan baru di Kelantan pada pilihanraya negeri kelak. Berdasarkan pengamatan saya, BN Kelantan kelihatan berpeluang untuk dipilih di 18 kerusi Dewan Undangan Negeri.
18 kerusi tersebut ialah,
- N1 Pengkalan Kubur
- N04 Wakaf Bharu
- N22 Jelawat
- N23 Melor
- N25 Kok Lanas
- N29 Selising
- N31 Semerak
- N35 Kemuning
- N36 Bukit Bunga
- N37 Ayer Lanas
- N38 Kuala Balah
- N39 Mengkebang
- N40 Guchil
- N41 Manek Urai
- N42 Dabong
- N43 Nenggiri
- N44 Paloh
- N45 Galas
10 daripada kerusi ini berada di kawasan Kelantan Selatan dan dibawah Parlimen Gua Musang, Parlimen Kuala Krai dan Parlimen Jeli.
Kesemua 18 kerusi ini melainkan N35 Kemuning dimenangi oleh Barisan Nasional pada PRN 2004. BN kemudiannya tewas 11 daripada kerusi-kerusi DUN tersebut di dalam PRN2008.
Bagi menubuhkan Kerajaan Negeri, BN perlu menang sekurang-kurangya 23 kerusi daripada 45 kerusi dalam DUN Kelantan.
Untuk itu BN perlu memenangi setidak-tidaknya 5 lagi kerusi daripada 10 kerusi yang mampu diusahakan oleh mereka. Kerusi-kerusi tersebut ialah,
- N11 Tendong
- N12 Pengkalan Pasir
- N15 Gual Periok
- N16 Bukit Tuku
- N21 Perupok
- N24 Kadok
- N27 Gual Ipoh
- N32 Gaal
- N33 Pulai Chondong
- N34 Temangan
Kerusi berikut dari senarai di atas diwakili oleh BN dalam PRN 2004,
- N11 Tendong
- N15 Gual Periok
- N16 Bukit Tuku
- N27 Gual Ipoh
BN Kelantan juga telah memenangi kerusi N12 Pengkalan Pasir di dalam pilihanraya kecil 2005. Walaupun tewas di dalam PRN 2008 dimana diperingkat nasional tercatat sebagai prestasi terburuk BN dalam semenjak 1974, BN Kelantan sebaliknya mencatat penerimaan undi yang lebih baik di 8 daripada 10 kerusi DUN ini dalam PRN2008.
Oleh yang demikian, jika dibandingkan prestasi terburuk PAS di Kelantan dalam PRN2004 dan prestasi terburuk BN, BN Kelantan tetap mencatat keputusan pungutan undi lebih baik di kerusi-kerusi tersebut berbanding PAS.
PAS Kelantan pula bersandarkan kepada 17 kerusi selamat mereka untuk mempertahankan Kerajaan Negeri yang diwakili mereka. Kerusi-kerusi tersebut ialah,
- N2 Kelaboran
- N3 Pasir Pekan
- N5 Kijang
- N6 Chempaka
- N7 Panchor
- N8 Tanjong Mas
- N9 Kota Lama
- N10 Bunut Payong
- N13 Chetok
- N14 Meranti
- N17 Salor
- N18 Pasir Tumboh
- N19 Demit
- N20 Tawang
- N26 Bukit Panau
- N28 Kemahang
- N30 Limbongan
Kebanyakan kerusi ini terletak di 3 Parlimen iaitu Parlimen Kota Bharu, Parlimen Kubang Kerian dan Parlimen Pengkalan Chepa. Kerusi-kerusi DUN tersebut sudah menjadi kerusi tradisi bagi PAS sehinggakan sudah hampir mustahil untuk mereka kehilangan kerusi ini, melainkan jika mereka kehilangan tampuk pemerintahan mereka di Negeri Kelantan terlebih dahulu.
PRN akan datang bakal menyaksikan pertembungan jentera veteran berpengalaman luas PAS dengan jentera muda BN yang diketuai oleh beberapa hulubalang berpengalaman luas.
Jika bersandarkan kepada arus perubahan pada hari ini, BN mempunyai peluang cerah untuk mencatatkan keputusan yang baik berbanding PRN2008. Tetapi apakah mereka mampu mendapatkan keputusan yang lebih baik dari PRN2004 bila mereka memenangi 21 kerusi?
Sebenarnya sejak kebelakangan ini politik Malaysia dipekakkan oleh kebingitan suara pembangkang yang amat kuat sekali. Bagaimanapun kebisingan bukan bermakna ia datang dari kelompok yang ramai. Namun ia tetap boleh membawa kesan negatif terhadap kewarasan dan perhitungan seseorang individu.
Walaupun jentera BN Kelantan kebelakangan ini kelihatan memberangsangkan tetapi juga berpotensi menempa bahaya. Dengan semangat yang kuat, jentera yang kurang berdisiplin akan bertukar menjadi ‘aggah’ atau angkuh. Bibit-bibit keangkuhan itu sudah mula bercambah di dalam media baru terutamanya Facebook dan Twitter milik individu-individu tertentu yang rapat dengan UMNO Kelantan.
Fitnah dan dakwaan tidak berasas di angkat seperti firman Illahi. Menewaskan PAS di Kelantan seperti satu kewajipan menumpaskan tentera Jahiliyah dalam Perang Badar. Slogan dilaungkan seperti didalam Perang Salib.
UMNO Kelantan sendiri perlu berhati-hati didalam penggunaan perkataan-perkataan untuk mengisi majlis, program dan terbitan bercetak mereka. Mereka harus sedar Negeri Kelantan bukan untuk diperintah atau ditawan. PRN akan datang sekadar menentukan parti mana yang dipilih untuk mentadbir Kerajaan Negeri.
Kalimah perintah dan tadbir, tukar dan ubah, tawan dan dipilih mempunyai perbezaan yang ketara. Melihat tekanan kuat dari BN, PAS Kelantan akan berlembut dan bertanya kepada kepimpinan UMNO dan rakyat, Kelantan ini diperintah oleh kepimpinan Islam, kenapa nak dikacau? Sudah tentu orang-orang muda dalam BN Kelantan mempunyai seribu satu jawapan yang menusuk kalbu, tetapi apakah itu jawapan kepada persoalan PAS?
Dari manakah sumber maklumat ini? saya sedikit kurang bersetuju kerana pada pengamatan saya, dun jelawat akan kekal ditangan pas. saya bakal menggundi didalam dun jelawat, saya tahu situasi disitu, wakil rakyatnya chegu aziz amat bagus orangnya dan perkhidmatannya. saya nampak jauh lebih baik dari penggal2 yang lepas yang dimenangi pas mahupun umno. bahkan calon umno dato lias sememangnya seorang yang ditolak dan tidak disenangi sendiri oleh orang umno disebabkan sikapnya yang sedikit sombong. saya yakin pru13 dun jelawat kekal dibawah pas dengan kemenangan majoriti melebihi 3000undi.
ReplyDeleteSyabas tuan Anon 5.10am .... ini adalah tulisan Kickdefella ... apa nak heran.
DeleteBagi ana tulisan ini merupakan tulisan org yg bermimpi disiang hari .... umpama angan-angan mat jenin .... Umno memang tidak berpeluang langsung untuk merampasnya dari PAS.
Umno Kelantan sudah tidak berdaya dan semakin lemah ... hanya tulisan begini adalah langkah terbelakang untuk cuba menguatkan kembali samagat juang penyokong mereka yg sudah tiada